Oleh pada 14 Sep 2017 kategori

Sumber foto: pinterest.com / listicle.co

Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dengan berlayar di Arktik, ini bermakna anda mungkin juga berminat tentang budaya Eskimo. Sebelum pergi melawat Greenland, kami sediakan 10 fakta mengenai Eskimo yang anda patut tahu dan pelajari.

1. Nama panggilan sebenar ialah "Inuk" atau "Inuit"

10 fakta menarik mengenai eskimo 1

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber foto: forksoverknives.com

Biarpun kita sudah biasa memanggil mereka dengan nama "Eskimo", tetapi itu bukanlah nama pilihan mereka. Malah, ianya tiada sebarang kaitan dengan warisan budaya mereka. Perkataan "Eskimo" dipercayai berasal dari negara Perancis atau Denmark yang bermaksud "penjaring kasut salji" atau "pemakan daging." Majoriti orang Inuit moden akan melihat perkataan "Eskimo" sebagai suatu hinaan perkauman. Oleh itu, jika anda sedang bercakap tentang topik berkaitan suku Inuit, elakkan dari menggunakan perkataan tersebut bagi menunjukkan anda peka tentang sensitiviti budaya mereka. Ia juga penting untuk mengetahui bahawa Inuit adalah penggunaan jamak sementara Inuk pula adalah tunggal.

2. Populasi utama Greenland adalah Inuit

10 fakta menarik mengenai eskimo 2 2rh60

Sumber foto: bigfoto.com

Pada tahun 2012, 89% daripada jumlah penduduk Greenland adalah Inuit. Ini bermakna terdapat kira-kira 51,349 orang Inuit dan kebanyakannya tinggal di bahagian barat daya. Walaubagaimanapun, Inuit mempunyai tiga kumpulan utama yang berbeza iaitu Inughuit, Tunumiit and Kalaallit. Dianggarkan 10% daripada penduduk Inuit tinggal di kawasan terpencil dan setiap kumpulan bercakap bahasa mereka tersendiri.

3. Menggosok hidung bukanlah satu bentuk ciuman

10 fakta menarik mengenai eskimo 3

Sumber foto: aengaeng.com

Anda pasti pernah mendengar ungkapan "Eskimo kiss" dan bukan sesuatu yang ganjil untuk melihat pasangan bukan Inuit melakukannya sebagai sebuah ekspresi kasih sayang. Realitinya, Inuit tidak menggosok hidung untuk mencium, sebaliknya mereka menggunakan bentuk isyarat tersebut yang sedikit berbeza untuk menyapa orang tersayang seperti ibu bapa dan kanak-kanak. Tidak seperti "Eskimo kiss" yang anda mungkin biasa lihat, Inuit sebenarnya membau pipi dan rambut masing-masing yang dikenali sebagai "kunik".

4. Perisai purba buatan Inuit

10 fakta menarik mengenai eskimo 4

Sumber foto: listverse.com

Apabila mendengar perkataan perisai, anda mungkin membayangkan kesatria yang dilindungi oleh keluli. Inuit pada zaman kuno tiada bekalan keluli tetapi masih perlu melindungi diri dari haiwan dan sebarang unsur berbahaya. Oleh itu, mereka mencipta perisai versi mereka sendiri daripada tali kulit mentah dan plat tulang (bone plate) yang biasanya dibuat dari gigi walrus. Reka bentuk ini sememangnya bijak kerana membolehkan orang Inuit zaman kuno terselamat dari pelbagai kejadian yang boleh mengancam nyawa.

5. Igloo bukan sekadar sebuah pondok salji

10 fakta menarik mengenai eskimo 5 2rh13

Sumber foto: kurzhaar.us

Imej yang anda gambarkan sebagai sebuah "igloo" mungkin seperti gambar di atas, tetapi ia bukanlah maksud sebenar perkataan tersebut. Walaupun terdapat segelintir Inuit yang masih atau pernah tinggal di bangunan berbentuk kubah yang dibina menggunakan bahan utama seperti salji dan ais, perkataan "igloo" yang sebenarnya bermaksud apa-apa jenis struktur bangunan yang didiami oleh seseorang. Oleh itu, sama ada anda tinggal di banglo mewah atau rumah teres sekalipun, anda sebenarnya tinggal di dalam sebuah "igloo".

6. Tidak banyak menggunakan perkataan "salji"

10 fakta menarik mengenai eskimo 6 plus

Sumber foto: Avatar_023 / shutterstock.com

Antara salah faham tentang budaya Inuit ialah kononnya terdapat ratusan perkataan yang membawa maksud "salji". Ini adalah disebabkan oleh seorang ahli antropologi bernama Franz Boas pada abad ke-19 dimana beliau diberi peluang tinggal bersama Inuit untuk mengenali budaya mereka dengan lebih mendalam. Beliau menulis bahawa mereka seringkali merujuk kepada "salji". Bagaimanapun, tanggapan itu ternyata salah berpunca dari salah faham Boas terhadap struktur ayat mereka.

Apa yang sebetulnya ialah Inuit tidak menggunakan pelbagai perkataan untuk menggambarkan sesuatu. Sebaliknya. individu Inuk menggunakan satu perkataan sahaja seperti "aqilokoq" untuk merujuk kepada keseluruhan frasa "salji yang turun dengan perlahan". Sememangnya, Inuit mempunyai banyak frasa contohnya "timbunan salji", "salji tebal", "runtuhan salji" dan "pohon salji" untuk menggambarkan keadaan cuaca di sana. Terdapat tiga perkataan akar sahaja yang dipercayai membawa maksud sebenar "salji".

7. Makanan

10 fakta menarik mengenai eskimo 7 2rh2

Kredit foto: bigstockphoto.com

Walaupun akses ke kedai makanan Barat telah menyebabkan diet Inuit beralih ke arah kebaratan, diet amalan turun-temurun mereka sendiri amat menarik. Seorang vegetarian mungkin sukar hidup dengan suku Inuit tradisional. Oleh kerana mereka hidup dalam persekitaran yang tandus dan sejuk, diet mereka banyak berasaskan beberapa jenis daging dan kadangkala disulami buah beri dan rumpai laut. Walaupun pada zaman moden, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah jarang dan mahal untuk diimport sehinggakan mereka agak bergantung pada hasil tanah.

Inuit hebat dalam memburu dan boleh menangkap hampir apa sahaja binatang. Daging yang mereka makan termasuk karibu, narwhal, walrus, anjing laut, serta pelbagai jenis ikan dan burung. Malah, beruang kutub juga kadangkala dijadikan menu sajian. Terdapat pelbagai cara tradisional untuk Inuit menyediakan makanan seperti mengering, memasak dalam minyak anjing laut atau menanamnya sehingga ia ditapai secara semulajadi. Sesetengah makanan tidak dimasak sama sekali manakala whitefish mentah dan beku boleh dijamah segelintir mereka sebagai makanan istimewa.

Walaupun diet yang terlalu bergantung pada daging dianggap menyebabkan masalah kesihatan yang serius, percaya atau tidak Inuit merupakan antara orang yang paling sihat di dunia. "Inuit Paradox" telah lama menjadi subjek kepentingan saintifik yang meluas.

8. Eskimo berambut perang

10 fakta menarik mengenai eskimo 8 2rh27

Kredit foto: motherhoodchristian.blogspot.com

Pada tahun 1912, seorang penjelajah bernama Stefansson menemui suku Inuit yang aneh dimana semuanya terdiri daripada mereka yang berambut perang (blonde), tinggi dan berwajah Skandinavia. Ini mencetuskan isu hangat mengenai sifat suku ini. Majoriti akhirnya bersetuju bahawa Inuit berambut perang dari arktik Kanada ini adalah keturunan penjelajah Viking yang telah menetap di kawasan itu berabad yang lalu.

Bagaimanapun, teori berkenaan diragui kerana mereka tidak pernah kelihatan sejak itu. Sebuah kajian DNA 2003 membuktikan mitos keseluruhan hipotesis itu. Namun, saintis yang mengambil bahagian dalam membuktikan kesilapan Stefansson mendapati teori itu cukup menarik untuk mengatakan mungkin terdapat sesuatu di sebaliknya. Menurut mereka, mitos orang-orang Artik yang berambut warna terang cukup meluas sehingga mungkin terdapat petunjuk akan kebenarannya, meskipun jika penemuan Stefansson itu tidak cukup tepat.

9. Pengangkutan ciptaan sendiri

10 fakta menarik mengenai eskimo 9 2rh61

Sumber foto: isuma.tv

Tinggal di kawasan yang ditumpahi salji, penting untuk mereka mencari bentuk pengangkutan yang lebih mudah berbanding berjalan kaki. Oleh itu, segelintir suku Inuit zaman purba  bertanggungjawab untuk mewujudkan "qamutiks" atau "dogsleds" dan "qajaqs" yang kini dikenali sebagai "kayak". Ia juga menjadi kebiasaan buat kumpulan orang Inuit yang lebih ramai untuk diangkut merentasi air melalui "umiaqs". "Dogsleds" dibina daripada kayu dan tulang paus. Malah, bahan yang sama digunakan untuk membuat kapal mereka.

10. Kemiskinan

10 fakta menarik mengenai eskimo 9

Kredit foto: George R. King / wearecanadianeh.wordpress.com

Seiring dengan zaman moden dan undang-undang yang semakin maju, Inuit telah mengalami nasib yang sama dengan suku kaum semi-nomad lain seperti "Abogirinals Australia". Kehidupan mereka yang telah "dimodenkan" sedikit menampakkan lebih kemiskinan dan pengangguran berbanding majoriti bahagian lain dunia Barat. Ditambah pula dengan diskriminasi dan pegawai yang mengabaikan budaya khususnya di Amerika Syarikat telah membawa kepada banyak masalah sosial seperti meningkatnya isu penggunaan alkohol. Diet Barat dan gaya hidup yang kurang aktif juga telah menimbulkan banyak masalah kesihatan pada mereka.

Di sebalik itu, kita masih dapat melihat bagaimana budaya Inuit mampu bertahan sehingga kini. Ini mungkin disebabkan kepentingan yang diambil oleh perniagaan besar di bahagian Utara dan sumber semula jadinya yang banyak. Inuit mengetahui kelebihan tersebut serta mempunyai banyak tenaga kerja yang masih belum diterokai. Jadi sekurang-kurangnya masa depan kewangan mereka mungkin lebih cerah selepas ini.

Rujukan:

1. oceanwide-expeditions.com

2. listverse.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)