Institusi perbankan adalah sangat penting bagi ekonomi dan latar belakang kewangan sesebuah negara. Mereka menyediakan peluang pinjaman, simpanan dan kemudahan penting lain kepada entiti awam dan korporat.

Setiap tahun, S&P Global Market Intelligence menerbitkan laporan tahunannya mengenai perkhidmatan perbankan dan kewangan serta 100 bank terbesar di dunia berdasarkan jumlah aset mereka. Kami ingin kongsikan bersama anda 10 bank yang berada di tangga teratas berdasarkan jumlah aset keseluruhan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Crédit Agricole - RM 8.838 trillion

cr dit agricole

Crédit Agricole merupakan kumpulan perbankan kedua terbesar di Perancis. Ia ditubuhkan pada tahun 1894, khusus untuk menjaga keperluan perbankan petani dan menggalakkan aktiviti pertanian di seluruh negara. Bank ini telah mengalami beberapa perubahan institusi dari tahun 1988 hingga 2001. Pada tahun 2003, Crédit Agricole mengambil alih salah satu pesaing terbesarnya iaitu Crédit Lyonnais setelah syarikat itu mengalami masalah kewangan besar pada akhir 1990-an.

Syarikat ini mempunyai struktur institusi tiga peringkat merangkumi bank tempatan, bank serantau dan Crédit Agricole S.A. Hanya bank tempatan dan serantau sahaja yang menyediakan semua jenis perkhidmatan kewangan kepada pelanggan individu dan entiti korporat. Manakala Crédit Agricole S.A pula bertindak sebagai badan pusat bagi syarikat itu dan bertanggungjawab untuk interaksi yang lancar antara bank serantau dan tempatan.

9. BNP Paribas - RM 9.331 trillion

bnp paribas

BNP Paribas adalah kumpulan perbankan terbesar di Perancis dan yang kedua terbesar di Eropah dari segi aset di bawah pengurusannya dan permodalan pasaran. Bank itu ditubuhkan pada tahun 2000 berikutan penggabungan antara BNP (Banue Nationale de Paris) dan Paribas.

Ia kini aktif di semua tujuh benua, sama ada secara langsung atau melalui anak syarikat. di Amerika Syarikat, BNP Paribas adalah pemilik kepada Bank of the West, sebuah pembekal perkhidmatan kewangan utama di utara AS. Manakala di Itali dan Belgium pula, BNP Paribas mengandalikan Banca Nazionale del Lavoro (BNL) dan Fortis

BNP Paribas mempunyai kedudukan kukuh dalam sektor perbankan runcit dan korporat. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 40 juta individu di seluruh dunia dan perbankan pelaburannya dianggap sebagai salah satu yang terbaik dalam derivatif dan kewangan berstruktur.

8. Bank of America - RM 9.522 trillion

bank of america

Bagi mereka yang masih ingat, nama bank ini memang tidak asing lagi. Bank of Amerika adalah bank utama yang mengeluarkan sejumlah besar jaminan berdasarkan pajakan sebelum 2008, yang membawa kepada krisis kewangan dunia 2007-08.

Selain itu, bank yang juga dikenali sebagai BoFa kini merupakan bank kedua terbesar di Amerika Syarikat. BoFa mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM 363 billion dan pendapatan bersih RM 76 billion pada tahun 2017.

BoFa menjadi pemain terbesar di kalangan institusi perbankan setelah ia mengambil alih Merril Lynch pada tahun 2008. Pengambilalihan ini menjadikan BoFa ransangan yang serius dalam sektor perbankan pelaburan.

7. HSBC - RM 10.525 trillion

hsbc

HSBC adalah raksasa perbankan British dan merupakan bank terbesar di seluruh Eropah. Pada mulanya ia ditubuhkan di British Hong Kong pada sekitar tahun 1885 sebagai Hongkong and Shanghai Banking Corporation. Bank itu telah melalui satu siri perubahan struktur dan akhirnya disusun semula pada tahun 1991.

Pada tahun 2017, HSBC melaporkan jumlah pendapatannya sebanyak RM 214.6 billion, meningkat 7% daripada tahun sebelumnya dan keuntungan sebanyak RM 71.39 billion sebelum cukai. Syarikat itu beberapa kali pernah terlibat dalam kontroversi besar sejak tahun 2003 seperti skandal LIBOR dan kes penggubahan wang haram.

6. JPMorgan Chase - RM 10.575 trillion

jpmorgan chase

JPMorgan Chase & Co. kini merupakan syarikat perbankan terbesar di Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan selepas perjanjian penggabungan antara J.P. Morgan & Company yang merupakan salah satu institusi perbankan paling kuat masa itu dan Chase Manhattan Bank pada tahun 2000. Sejak itu, ia merupakan gergasi perbankan dunia.

Ia menyediakan perkhidmatan perbankan runcit dan kad kredit di bawah jenama Chase, manakala perkhidmatan perbankan korporat seperti pengurusan asat, pengurusan harta swasta dan perkhidmatan keselamatan pula dijalankan di bawah jenama Morgan. Pada tahun 2017, syarikat itu melaporkan pendapatan tahunan mereka sebanyak RM 415.9 billion dan keuntungan bersih pula sebanyak RM 102 billion.

5. Mitsubishi UFJ Financial Group - RM 11. 623 trillion

mitsubishi ufj financial group

Mitsubishi UFJ Financial Group Inc. adalah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan terbesar di Jepun. Syarikat perbankan ini merupakan salah satu anak syarikat terbesar Mitsubishi Group. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan bergabungnya Bank of Tokyo-Mitsubishi dan UFJ Bank, anak syarikat kepada UFJ Holdings.

Selain daripada menyediakan perkhidmatan perbankan runcit, syarikat ini juga menyediakan pengurusan pelaburan, pengurusan runcit dan perkhidmatan yang serupa.

4. Bank of China - RM 12.487 trillion

bank of china

Bank of China ini dikenali sebagai salah satu daripada "Big Four". Bank ini adalah salah satu bank awam yang terbesar di China. Syarikat ini ditubuhkan oleh Kerajaan China pada tahun 1912 sebagai salah satu pengeluar utama nota wang kertas. Pada masa kini, ia merupakan pemberi pinjaman kedua yang terbesar di China.

Syarikat yang mempunyai ibu pejabat di Daerah Xincheng, Beijing ini mempunyai dua anak syarikat. Satu di Hong Kong dan satu lagi berada di Kanada dan aktif di 27 negara lain di seluruh dunia. Bank ini juga terlibat dalam perniagaan insuran dan menyediakan perkhidmatan kad kredit bersama-sama dengan penyelesaian pengurusan harta dan aset.

3. Agricultural Bank of China - RM 13.714 trillion

agricultural bank of china

Agricultural Bank of China (ABC) atau AgBank adalah salah satu bank yang paling terkenal di dunia. Walaupun tertubuhnya bank itu pada tahun 1951 berikutan penggabungan antara Farmers Bank of China dan Cooperation Bank, namun ia telah digubah semula beberapa kali sebelum ditetapkan pada tahun 1979 sehingga sekarang.

Ia mempunyai kira-kira 24 ribu cawangan di seluruh negara dengan lebih daripada 320 juta pelanggan umum dan 2.7 juta pelanggan institusi. Pada tahun 2010, ABC mencatatkan IPO terbesar di dunia pada masa itu, tetapi telah dikalahkan oleh Alibaba sejurus selepas itu. Selain pelaburan runcit dan pelaburan, ABC juga terlibat dalam pengurusan kekayaan global dan peniagaan ekuiti swasta.

Pada tahun 2007, bank itu menjadi mangsa rompakan besar dengan sebanyak RM 28 juta dicuri. Dilaporkan bahawa ia dilakukan oleh kakitangan pengurusannya sendiri. Sehingga kini, ia kekal sebagai rompakan bank terbesar dalam sejarah negara China.

2. China Construction Bank Corporation - RM 14.195 trillion

china construction bank corporation

China Construction Bank Corporation atau CCB adalah salah satu daripada sepuluh syarikat awam terbesar di dunia. Beribu pejabat di Beijing, ia mempunyai kira-kira 13,600 cawangan domestik dan lebih daripada sedozen cawangan antarabangsa termasuk anak syarikat milik penuh yang terletak di London.

Ia menawarkan perkhidmatan perbankan runcit seperti pajakan, kad kredit dan pinjaman peribadi kepada orang awam serta penyelesaian perbankan pelaburan untuk syarikat-syarikat besar. CCB juga terlibat dalam perniagaan pengurusan ekuiti dan kekayaan persendirian.

Dalam usaha mereka untuk memanfaatkan sektor perbankan China yang semakin meningkat, Bank of America telah membeli 9% saham dalam China Construction Bank Corporation dengan nilai RM 12.52 billion pada tahun 2005 dan 1.75% lagi pada 2008. BoFa kemudian  menjual kesemua saham mereka dalam bank ini bernilai RM 40.9 billion dalam tempoh tiga tahun.

1. Industrial and Commercial Bank of China - RM 16.737 trillion

industrial and commercial bank of china

Dengan lebih daripada RM 16 trilion dalam jumlah aset, Industrial and Commercial Bank of China kini merupakan bank terbesar di dunia. Menurut laporan tahunan mereka, bank itu memperoleh keuntungan operasi sebanyak RM 221 billion dan keuntungan bersih sebanyak RM 171 billion pada tahun 2016.

Ia merupakan bank pertama di China yang menjadi syarikat awam terbesar mengikut jumlah aset. Seperti tiga bank besar di China yang lain, sebahagian besar ICBC dimiliki oleh Kerajaan China. Pemegang saham lain termasuklah Temasek Holdings dan National Council for Social Security Fund (NSSF).

Bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk perbankan pengguna dan korporat, pengurusan pelaburan, ekuiti persendirian dan kad kredit. Selain itu,  ia juga mempunyai beberapa anak syarikat asing di Kanada, Macau dan Turki.




Hakcipta iluminasi.com (2017)