Siapa yang suka tersangkut dalam kesesakan trafik? Kita selalu mengeluh apabila tiba waktu puncak pagi dan petang semasa orang pergi dan pulang dari tempat kerja. Ramai yang mengatakan ini adalah salah si polan dan si polan kerana tidak menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang mudah dan selesa kepada rakyat. Tapi, adakah benar?

Baru-baru ini sistem kereta api baru MRT telahpun dilancarkan merangkumi kawasan yang sangat luas sekitar Lembah Klang. Tetapi berapa ramai orang yang beralih kepada perkhidmatan MRT daripada memandu sendiri ke pejabat? Kelihatan seperti trafik setiap hari masih juga sesak walaupun dengan pelancaran MRT.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ya, kita berasa letih berulang-alik ke pejabat dan tersangkut dalam kesesakan selama berjam-jam lamanya semasa waktu kemuncak. Tapi tahukah anda ada rakyat di negara lain lebih terseksa jiwa dan raga mereka?

Pengeluar alat navigasi GPS, TomTom, setiap tahun mengeluarkan laporan Indeks Trafik hasil pemerhatian data selama 12 bulan dari 390 buah bandar di 48 buah negara. Kami kongsikan 10 bandar dengan kesesakan lalu lintas yang paling teruk dalam dunia:

10. Beijing, China

Kadar kesesakan : 46%

Masa terbazir dalam setahun : 179 jam

beijing trafik sesak paling teruk dalam dunia

9. Tainan, Taiwan

Kadar kesesakan : 46%

Masa terbazir dalam setahun : 143 jam

tainan trafik sesak paling teruk dalam dunia

8. Rio de Janeiro, Brazil

Kadar kesesakan : 47%

Masa terbazir dalam setahun : 164 jam

rio de janeiro trafik sesak paling teruk dalam dunia

7. Chengdu, China

Kadar kesesakan : 47%

Masa terbazir dalam setahun : 176 jam

chengdu trafik sesak paling teruk dalam dunia

6. Istanbul, Turkey

Kadar kesesakan : 49%

Masa terbazir dalam setahun : 175 jam

istanbul trafik sesak paling teruk dalam dunia

5. Bucharest, Romania

Kadar kesesakan : 50%

Masa terbazir dalam setahun : 218 jam

bucharest trafik sesak paling teruk dalam dunia

4. Chongqing, China

Kadar kesesakan : 52%

Masa terbazir dalam setahun : 212 jam

chongqing trafik sesak paling teruk dalam dunia

3. Jakarta, Indonesia

Kadar kesesakan : 58%

Masa terbazir dalam setahun : 184 jam

jakarta trafik sesak paling teruk dalam dunia

2. Bangkok, Thailand

Kadar kesesakan : 61%

Masa terbazir dalam setahun : 244 jam

bangkok trafik sesak paling teruk dalam dunia

1. Mexico City, Mexico

Kadar kesesakan : 66%

Masa terbazir dalam setahun : 227 jam

mexico city trafik sesak paling teruk dalam dunia

Menurut laporan ini, Malaysia berada pada kedudukan ke-54 dengan kadar kesesakan 34% sahaja. Kalau anda selalu rasa semput dada, cuba letakkan diri anda di tempat orang lain sekali-sekala. Tengok gambar trafik mereka saja pun dah rasa merenyut kepala.

Sumber: TomTom Traffic Index




Hakcipta iluminasi.com (2017)