Gangguan Kompulsif Obsesif atau Obsessive Compulsive Disorder (OCD) diketahui umum sebagai masalah yang dialami oleh individu yang cerewat dalam segala hal dan sangat teliti atau keterlaluan dalam hal kebersihan.

Malangnya, maklumat ini tidak hampir dengan realiti apa sebenarnya itu OCD. Sebilangan besar orang mempunyai kesalahfahaman yang besar mengenai OCD dimana mereka menyangka orang yang OCD adalah seorang perfeksionis atau terlalu cerewet dalam banyak perkara remeh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Terdapat banyak jenis OCD dan pastinya jauh lebih rumit dan sukar ditangani daripada apa yang sering dipaparkan di kaca televisyen. Di bawah ini kita akan membincangkan beberapa fakta yang kurang diketahui mengenai OCD dan membongkar beberapa salah faham mengenai OCD.

1. Kebanyakan penderita menderita OCD dalam diam

penderita ocd

Ramai orang suka menganggap OCD sebagai penyakit yang sangat umum. Mereka yang mempunyai OCD akan terus melakukan ritual kecil secara berulang-ulang yang menunjukkan betapa "gila" dan "aneh" mereka dan akibat perbuatan tersebut mereka biasanya akan ditertawakan orang sekeliling.

Realitinya, orang yang mempunyai OCD sebenarnya merasa sangat malu dengan apa yang mereka lakukan. Walaupun ada yang menderita OCD melakukan perkara seperti ini, ramai yang sebenarnya tidak. Namun, ia sering digambarkan seperti itu kerana mudah untuk menunjukkannya di TV tetapi ramai yang menderita OCD hanya memikirkan mengenainya di kepala mereka sendiri.

2. Perhatian berlebihan terhadap penderita OCD menyukarkan mereka mendapatkan bantuan

jenaka ocd 729

Jenaka berterusan mengenai OCD mungkin lucu bagi mereka yang membuatnya tetapi bagi mereka yang menderita OCD, ini menjadikannya lebih sukar untuk mereka mendapatkan pertolongan yang mereka perlukan dan perbuatan ini juga sangat menyakitkan hati mereka.

Apabila anda menjadi bahan ejekan, terutamanya jika anda adalah orang yang menderita OCD maka anda tidak mungkin akan datang kepada orang lain untuk mendapatkan pertolongan kerana sudah terdapat stigma buruk untuk berjumpa dengan individu profesional kesihatan mental. Mereka yang bergurau mengenai OCD harus berfikir dua kali mengenai apa yang mereka lakukan.

3. Bersikap menjaga kebersihan secara keterlaluan atau terlalu cerewet tentang hal remeh bukan OCD

ocpd

Orang yang terlalu menjaga kebersihan (sehingga menyusahkan diri) dan terlalu cerewet dalam banyak hal remeh bukanlah penderita OCD, sebaliknya mereka menderita gangguan personaliti kompulsif obsesif atau obsessive compulsive personality disorder (OCPD).

Sering kali individu OCPD ini mempunyai didikan yang lebih ketat atau ada kejadian yang mengganggu perasaan selamat mereka. Mereka yang mempunyai OCPD melakukan apa yang mereka lakukan itu kerana mereka menganggapnya "lebih bagus". Disebabkan salah faham, apabila ramai orang mengatakan mengenai OCD mereka sebenarnya bermaksudkan OCPD.

4. Mereka yang menghidap OCD sering menderita dengan perasaan serba salah

gangguan pemikiran

OCD hampir sepenuhnya mengenai rasa bersalah dengan diri sendiri. Sama ada rasa bersalah atas apa yang anda lakukan sehingga anda takut bahawa anda akan dihukum akibat melakukan kesalahan tersebut, pemikiran yang anda miliki atau rasa bersalah atas sesuatu yang anda lakukan salah.

Mereka yang mempunyai OCD mempunyai gangguan pemikiran di otak di mana apabila mereka merasa bersalah terhadap sesuatu, mereka akan mula berfikiran terus menerus untuk membuatkan diri mereka merasa lebih baik dan cuba meyakinkan diri mereka sendiri. Sayangnya, akibat pemikiran sebegini perasan rasa serba salah mereka akan makin menebal.

5. Gejala OCD yang berterusan boleh menyebabkan kemurungan dan gangguan mood yang lain

gangguan ocd

Mempunyai OCD sangat memberikan tekanan. Penderita akan melalui fasa dimana adakalanya mereka akan merasa lebih baik daripada sebelumnya namun bila-bila masa sahaja boleh merasa diri mereka lebih teruk apabila terdapat sesuatu yang perkara yang meransang kembali pemikiran negatif.

Kira-kira tiga dari empat orang yang menderita OCD juga mengalami kemurungan kerana mereka sedar betapa sukarnya untuk menangani masalah OCD yang kronik. Agak sukar untuk merasa baik secara berterusan apabila anda sentiasa mempunyai perasaan serba salah atau terobsesi dengan pemikiran atau tindakan dalam usaha untuk mengelakkan rasa bersalah.

Kredit:

Hufington Post

The Atlantic

Psychology Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)