Oleh pada 05 May 2021 kategori

Antara perkara yang terlintas di fikiran apabila mendengar nama Arab Saudi sudah tentulah pasir.

Malah, jika anda melihat negara ini melalui Peta Google, ia kelihatan seperti sebidang tanah luas tanpa pokok.

95% daripada negara ini dianggap sebagai padang pasir dan sebahagian besarnya terdiri dari bukit pasir.

Namun, apa yang agak aneh adalah negara ini mengimport pasir dari negara lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

arab saudi import pasir dari negara luar

Mengapa ini berlaku sedangkan Arab Saudi memiliki pasir dalam jumlah yang tersangat besar?

Sebenarnya, pasir yang dimiliki oleh Arab Saudi adalah jenis pasir yang tidak begitu memberi manfaat yang dimahukan mereka.

Apa yang mereka mahukan adalah pasir yang berkualiti tinggi dan dengan ini, Arab Saudi mengimport pasir dari Scotland.

Pasir di padang pasir atau gurun adalah agak berbeza dengan pasir maritim.

pasir di padang pasir atau gurun

Pasir gurun terhakis akibat tiupan angin yang menjadikannya agak halus. Pasir laut dan sungai pula terhakis oleh air yang membuatkannya wujud dalam bentuk yang lebih kasar, yang mana sangat berguna.

Ini kerana pasir seperti ini sangat penting dalam untuk menghasilkan kongkrit, bahan yang sangat berguna untuk perkara seperti membuat bangunan.

Sifat pasir gurun yang lebih halus menjadikannya ia tidak berguna untuk dalam industri pembinaan.

Berapa banyak jumlah pasir maritim dalam konkrit sangat berbeza kerana nisbah yang berbeza digunakan untuk mendapatkan sifat kongkrit yang berbeza, namun secara keseluruhan pasir merangkumi sebahagian besar daripada kongkrit. 

pasir pantai dalam pembinaan

Masalahnya, sama seperti petroleum, pasir adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui. Masa yang diperlukan untuk menghasilkan lebih banyak pasir adalah lebih daripada tempoh untuk menghasilkan lebih ramai manusia.

Oleh itu, sesetengah negara yang sangat suka membina bangunan dan prasarana menghadapi masalah kekurangan pasir yang boleh digunakan dalam industri tersebut.

Dan salah sebuah negara itu sudah tentunya Arab Saudi dan oleh kerana mereka kini kekurangan pasir maritim, Arab Saudi terpaksa mengimport dari negara lain.

Harga pasir pada ketika ini tidaklah begitu mahal, namun memandangkan ia mudah didapati dan ramai yang memerlukan pasir, maka tidak hairanlah jika sebahagian besar pasir ini diambil dengan cara yang melanggar undang-undang.

Pencurian pasir telah menjadi satu fenomena yang sangat signifikan sehinggakan ia mempunyai halaman Wikipedia sendiri.

pencurian pasir di india

Malah, kes-kes pencurian pasir berlaku secara berleluasa di negara-negara seperti Jamaica, Hungary dan India.

Secara global, kita sekarang berada dalam situasi kekurangan pasir.

Sudah tentu kita boleh untuk tidak menggunakan pasir dalam pembinaan dengan cara mengitar semula kongkrit dan bahan-bahan lain, namun tiada siapa yang pedulikan tentang situasi ini.

Apa akan terjadi jika pasir tidak lagi wujud? Wallahualam.

Rujukan:

1. Popsugar

2. Times of India

3. Halfas

 




Hakcipta iluminasi.com (2017)