Aktiviti perlombongan adalah satu aktiviti yang menawarkan jumlah pekerjaan yang ramai kepada penduduk setempat. Malah, dalam sejarah juga telah menunjukkan aktiviti perlombongan telah membuka penempatan-penempatan baru seperti di La Rinconada di Peru yang terletak di kawasan pergunungan.

Tidak semua individu sanggup bekerja di tapak perlombongan. Walaupun bayaran gajinya mungkin lumayan, para pekerja perlu melakukan kerja-kerja berat dan berisiko tinggi yang adakalanya boleh meragut nyawa mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kes kemalangan dan tragedi pekerja yang terperangkap dalam tapak perlombongan selama beberapa hari malah ada yang mati tertimbus adalah perkara yang biasa didengari dalam industri ini.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 kes kemalangan paling dahsyat di kawasan perlombongan yang pernah dicatatkan dalam sejarah. Diharapkan tragedi-tragedi ini memberi kita kesedaran (para majikan terutamanya) mengenai risiko keselamatan yang perlu dititikberatkan.

7. Lombong arang batu Senghenydd, Wales - 440 Kematian

tragedi aktiviti perlombongan

Pada 14 Oktober 1913, 440 pelombong mati apabila berlakunya letupan habuk arang batu menggegarkan lombong di Senghenydd. Universal Colliery di Wales adalah tempat di mana kemalangan ini berlaku dan hingga kini peristiwa ini dianggap sebagai salah satu bencana paling parah yang terjadi di kawasan perlombongan di United Kingdom.

Percikan api daripada gas metana terkumpul dipercayai sebagai punca yang mewujudkan api besar di lantai lombong arang batu. Ia membunuh ramai orang yang bekerja di sana termasuklah mereka yang berada di bahagian paling dalam lombong tersebut kerana adanya penghasilan gas karbon monoksida beracun dari api yang terhasil.

6. Lombong arang batu Mitsui Miike, Jepun - 458 Kematian

mitsui miike coal mine

Satu lagi bencana lombong arang batu yang terjadi di Jepun adalah di lombong arang batu  Mitsui Miike di Fukuoka. Letupan debu arang batu berlaku di bawah tanah dan menyebabkan rangkaian letupan besar yang menghancurkan lombong arang batu di beberapa titik sepanjang terowong lombong itu pada 9 November 1963, membunuu 458 orang.

Walaupun letupan debu arang batu berlaku agak jauh dari pintu masuk ke lombong, kekuatannya telah mematahkan tiang dan struktur yang menahan bumbung dan dinding lombong, menyebabkan bencana pada skala yang luar biasa.

Bencana ini dianggap sebagai salah satu tragadi yang paling terkenal dalam sejarah perlombongan di Jepun. Ramai pelombong yang tidak mati akibat letupan metana itu terus hidup dengan kerosakan otak dan masalah lain yang berkaitan selama bertahun-tahun kemudian.

5. Lombong Hawks Nest Tunnel, Amerika Syarikat - 476 Kematian

hawks nest tunnel

Semasa pembinaan terowong di lombong Nest Hawks, pekerja binaan telah diminta untuk melombong simpanan silika dari terowong tersebut. Dalam proses tersebut, mereka malangnya tidak mengambil langkah keselamatan diperlukan. Deposit silika mula menyumbat paru-paru para pekerja dan menyebabkan mereka mengalami masalah pernafasan.

Kajian lanjut mendapati bahawa pelombong-pelombong ini terkena silikosis yang merosakkan saluran udara mereka. Banyak yang mati dan pada tahun 1931, jumlah pelombong yang mati akibat komplikasi ini berjumlah 476 orang pelombong yang telah meninggal dunia akibat silikosis dan komplikasi yang berkaitan.

Walaupun pemeriksa dan pegawai yang mengunjungi tempat itu semasa pembinaan terowong diketahui sentiasa memakai topeng dan mempunyai langkah keselamatan, keselamatan para pelombong miskin yang bekerja di situ telah diabaikan, mengakibatkan kemalangan besar ini.

4. Lombong gangsa Sumitomo Besshi,  Jepun - 512 Kematian

lombong gangsa jepun

Pada tahun 1899, kira-kira 512 orang mati akibat aliran serpihan di lombong gangsa Sumitomo Besshi di Shikoku, Jepun. Tragedi itu berlaku akibat tanah runtuh, perkara yang biasa terjadi di kawasan perlombongan pada masa itu kerana tiada kawalan hakisan dan sokongan struktur yang sering diabaikan sepenuhnya.

Serpihan dari tanah gelongsor mengalir ke kawasan itu membunuh semua orang yang terperangkap dalam arus dalam terowong. Ini adalah salah satu kemalangan pekerjaan yang paling serius yang pernah menggegarkan Jepun, sekurang-kurangnya antara yang pernah direkodkan di sana.

3.  Lombong arang batu Laobaidong, China - 682 Kematian

tragedi lombong arang batu 179

Pada 9 Mei 1960, 682 orang mati dalam satu tragedi perlombongan yang berlaku di China. Di kawasan perlombongan Laobaidong yang terletak di Datong, letupan gas metana meragut nyawa para pelombong ini dan kemalangan ini telah disenaraikan sebagai kemalangan perlombongan kedua paling tragis dalam sejarah China.

Tragedi ini dan jumlah kematiannya yang sangat mengejutkan, tidak pernah didedahkan ke pengetahuan umum selama bertahun-tahun hingga tahun 1990-an apabila pemerintah China mengeluarkan jumlah angka kematiannya. 

Sehingga ke hari ini, letupan ini dianggap sebagai salah satu kemalangan paling serius yang berlaku di China, kedua setelah tragedi di Benxihu yang pernah berlaku beberapa tahun sebelumnya.

2. Lombong arang batu Courrieres, Perancis - 1099 Kematian

tragedi lombong paling dahsyat di eropah 734

Salah satu kemalangan perlombongan paling dahsyat yang pernah direkodkan di Eropah adalah kejadian ini yang berlaku di Courrieres, Perancis dan mengorbankan 1099 orang. Pada awal pagi pada 10 Mac 1906, satu letupan gas berlaku seterusnya memulakan rangkaian letupan di seluruh lombong.

Tragedi ini mempunyai kesan yang lebih dahsyat dan tragis lagi kerana di antara yang terkorban terdapat banyak kanak-kanak dan wanita yang tinggal di sebuah perkampungan yang terletak di atas tapak terowong yang telah meletup. Letupan gas dikenalpasti menjadi sebab utama kejadian ini.

1. Lombong arang batu Benxihu, China - 1549 Kematian

tragedi lombong benxihu china

Satu letupan debu gas dan arang batu adalah penyebab di sebalik bencana ini di lombong arang batu Benxihu yang terkenal di Liaoning, China. Letupan gas bawah tanah ini berlaku pada 26 April 1942. Kira-kira 1549 pelombong mati, kebanyakannya disebabkan oleh sesak nafas akibat kewujudan gas beracun karbon monoksida.

10 hari diperlukan untuk mayat pelombong dibawa keluar dari lombong arang batu di mana mereka telah mati. Kejadian malang ini berlaku ketika tentera Imperial Jepun masih menguasai bahagian-bahagian besar China dan wilayah Benxihu juga berada di bawah pemerintahan mereka.

Pasukan Jepun ketika itu menggunakan tekanan untuk memaksa pelombong bekerja sangat keras dan sering mengabaikan keselamatan mereka. Jumlah sebenar kematian yang berlaku semasa letupan ini tidak diumumkan sehinggalah beberapa tahun kemudian setelah pengunduran Jepun.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Reuters
  3. World Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)