Pada tahun 2018, kerajaan Liberia mengumumkan bahawa ia kerugian RM420 juta.

Apa yang mengejutkan adalah ini bukanlah berlaku disebabkan oleh pelaburan yang teruk atau penipuan perakaunan, tetapi kerugian tersebut melibatkan kehilangan wang tunai.

Wang kertas berkenaan telah dipesan oleh bank pusat Liberia dari luar negara namun hilang setelah melepasi pelabuhan dan lapangan terbang utama negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sementara itu, pada tahun yang sama, kerajaan India meluahkan kemarahan di media sosial mengenai pencetakan wang.

liberia kehilangan wang kertas yang dicetak di luar

Satu laporan oleh South China Morning Post mendakwa bahawa syarikat milik kerajaan China iaitu China Banknote Printing and Minting Corporation telah menerima kontrak untuk mencetak wang kertas rupee India, yang mana telah menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan negara.

Kerajaan India menafikan perkata ini dengan mengatakan bahawa ia "tidak berasas", dan mereka sebenarnya mencetak semua mata wang di empat tempat pencetakan berkeselamatan tinggi.

Namun, kedua-dua kes ini telah menimbulkan persoalan penting iaitu sama ada kita perlu berhati-hati tentang di mana wang kertas negara dicetak.

Adakah ia satu amalan biasa?

pencetakan wang kertas

Sesetengah negara seperti India menghasilkan semua wang tunai mereka di tanah air sendiri dan Amerika Syarikat diwajibkan dari segi undang-undang untuk mencetak wang kertasnya di wilayahnya sahaja.

Namun bagi kebanyakan negara, mencetak wang kertas di luar negara adalah satu amalan biasa dan bagi negara lain seperti Liberia, ia tidak mempunyai kilang pencetakan wang kertas sendiri.

Ketika ini terdapat sejumlah syarikat yang sangat khusus menghasilkan wang untuk sebahagian besar mata wang dunia.

Pengeluar wang kertas terbesar kebanyakannya terdapat di Eropah dan Amerika Utara.

Syarikat British iaitu De La Rue, yang kehilangan kontrak untuk mencetak pasport UK biru baharu pada tahun 2018, adalah syarikat pembuatan wang kertas terbesar di dunia. 

syarikat pencetakan wang kertas terbesar dunia de la rue

De La Rue menganggarkan pasaran cetak komersial merangkumi 11% daripada semua wang kertas yang dihasilkan.

Ia menghasilkan wang tunai untuk sekitar 140 bank pusat dan setiap minggu, ia menghasilkan sejumlah wang kertas yang cukup untuk mencapai ketinggian Gunung Everest sebanyak dua kali.

Pesaingnya iaitu Giesecke & Devrient dari Jerman, menghasilkan wang kertas untuk kira-kira 100 bank pusat, sementara syarikat pencetakan wang kertas Kanada, Amerika Syarikat dan Sweden juga sangat berpengaruh.

Walaupun ia merupakan sebuah perniagaan besar, pencetakan wang juga merupakan perniagaan yang sangat rahsia.

BBC telah menghubungi beberapa pengeluar wang kertas namun semuanya enggan mendedahkan dengan tepat tentang bank pusat mana yang menggunakan khidmat mereka.

Ini dapat difahami memandangkan kemarahan oleh kerajaan India, yang mana menunjukkan sensitiviti tentang di mana lokasi wang kertas mereka dicetak.

"Ia menjadi satu isu nasionalisme," kata Duncan Connors, seorang pakar dalam sejarah wang di Universiti Durham.

Mengapa negara tak cetak wang kertas sendiri?

mengapa tak cetak wang kertas sendiri malaysia

Malaysia adalah antara salah sebuah negara yang tidak mencetak wang kertas sendiri dan menggunakan khidmat luaran.

Jawapan mudah kepada soalan ini adalah mencetak wang kertas sendiri adalah sangat mahal dan sukar untuk dilakukan.

Malah, syarikat yang terlibat dalam pencetakan wang kertas telah wujud selama beratus-ratus tahun dan mempunyai teknologi pakar serta mengembangkan kredibiliti keselamatan.

De La Rue mula menghasilkan wang kertas pada tahun 1860, pertamanya untuk Mauritius dan kemudiannya untuk yang lain. Syarikat ini juga menghasilkan wang kertas polimer £5 dan £10 baharu untuk Bank of England.

Bagi negara-negara yang lebih kecil, adalah tidak berbaloi untuk mereka membeli mesin mencetak yang sangat mahal hanya untuk mencetak sejumlah kecil wang kertas.

mesin cetak wang kertas 174

Malah, mereka perlu mengikuti kemajuan teknologi yang sangat pesat bagi mencegah pemalsuan wang.

Sebuah pencetak wang kertas biasanya menghasilkan di antara 1 hingga 1.4 bilion helai wang kertas setiap tahun, jadi jika sesebuah bank pusat menghasilkan wang kertas kurang dari itu, ia tidak berbaloi dari segi kewangan. 

Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat mencetak sekitar 7 bilion wang kertas setiap tahun.

Kos yang tinggi ini membuatkan pencetakan wang menggunakan khidmat luaran adalah sesuatu yang lebih menguntungkan dan munasabah.

Wang kertas bagi negara pasifik yang sangat kecil iaitu Pulau Solomon yang mempunyai populasi 600,000, direka dan dicetak oleh De La Rue.

Negara-negara lain yang menjadi pelanggan syarikat ini termasuklah Macedonia dan Botswana dan juga Malaysia.

Bukankah mencetak wang kertas di luar negara sangat berisiko?

mata wang rupee india bermasalah

Banyak kebimbangan di India didasarkan pada masalah keamanan nasional, lebih-lebih lagi ketika negara ini sedang terlibat dalam perbalahan perbatasan dengan China.

Namun adakah kebimbangan terhadap khidmat luaran ke atas wang kertas ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan?

Satu contoh yang sangat jelas adalah di Libya pada tahun 2011.

Kerajaan UK menahan sekitar 1,.86 bilion dinar (RM5.095 bilion) wang kertas Libya, yang mana RM768 juta dicetak oleh De La Rue, menyebabkan kekurangan wang kertas pada saat-saat terakhir kekuasaan Muammar Gaddafi.

Oleh itu, dalam situasi tertentu, pemerintah asing dapat menahan wang tunai sesebuah negara namun ini jarang berlaku.

Insiden dialami Libya ini mengejutkan pakar industri wang kertas tetapi tidak banyak mempengaruhi pengeluaran wang kertas dari luar.

Secara teorinya, sesebuah negara boleh terjejas melalui khidmat luaran ini jika pengeluar mencetak wang kertas lebih daripada apa yang diminta tanpa izin bank pusat dan ini boleh membuatkan ekonomi mengalami lambakan wang kertas.

wang kertas palsu malaysia

Ini sekaligus boleh memberikan kesan buruk kepada ekonomi seperti inflasi. Juga terdapat risiko di mana kuasa luar yang mencetak wang kertas mengetahui ciri-ciri keselamatan bagi wang kertas tertentu, memungkinkan penghasilan wang palsu.

Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang dapat menunjukkan bahawa salah satu daripada contoh ini sedang berlaku.

Terdapat masalah berkaitan dengan kepercayaan di negara-negara dengan tahap rasuah yang tinggi mencetak mata wang mereka sendiri. 

"Adakah anda mempercayai orang di negara anda sendiri untuk mencetak wang sendiri?," tanya Duncan Connors. 

Namun, memandangkan kebanyakan mata wang masih dicetak oleh negara sendiri, jadi kemungkinan masalah ini tidaklah begitu besar.

"Sebilangan besar negara mencetak wang kertas mereka sendiri dan sejumlah kecil dicetak dengan industri komersial," kata Guillaume Lepecq, pengarah Persatuan Mata Wang Antarabangsa.

Sehingga kini, tiada badan antarabangsa bagi mengawal selia pengeluaran wang.

Di mana Malaysia mencetak wang kertas?

di mana malaysia mencetak wang kertas 239

Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan wang kertas Malaysia pada Jun 1967.

Sehingga kini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggunakan khidmat pelbagai syarikat pencetak dalam pencetakan wang kertas.

Kebanyakan daripada wang kertas Malaysia dalam siri awalnya dicetak oleh Bradbury Wilkinson & Co dan Thomas De Lar Rue, kedua-duanya merupakan syarikat United Kingdom.

Kemudian, wang kertas Malaysia juga dicetak oleh beberapa pencetak lain termasuklah BA Banknote (Kanada), United States Banknote (Amerika Syarikat), Canadian Banknote (Kanada), Francois Charles Oberthur (Perancis), Giesecke & Devrient (Jerman) dan Harrison & Son (United Kingdom).

Jika anda perasan, terdapat cetakan perkataan yang sangat kecil di bahagian paling bawah bahagian belakang Siri 1 dan 2 wang kertas Malaysia.

syarikat pencetakan wang kertas malaysia 60

wang kertas rm1 dicetak oleh thomas de la rue

(Wang kertas RM1 yang dicetak oleh Thomas De La Rue. Kredit gambar: Malaysian Banknotes)

Cetakan perkataan tersebut adalah maklumat yang memberitahu kita di mana wang kertas ini dicetak atau teknologi asing yang kita percaya.

Mereka adalah syarikat pencetak yang diberi kuasa yang bertanggungjawab untuk mencetak wang kertas bagi pihak Bank Negara Malaysia.

Namun begitu, ciri-ciri ini tidak lagi terdapat pada wang kertas Malaysia siri ke-3 dan ke-4.

Bagi wang polimer terbaharu Malaysia, ia dicetak oleh syarikat Australia iaitu Note Printing Australia (NPA).

wang kertas polimer malaysia 776

(Wang kertas polimer RM5 Malaysia)

Banyak lagi negara di dunia yang menggunakan teknologi Australia dari segi pencetakan wang kertas polimer.

NPA adalah anak syarikat milik penuh Bank Rizab Australia.

Organisasi inilah yang mula mencetak wang kertas untuk warga Australia dan kemudian memperkenalkan teknologi wang kertas polimer pada tahun 1998 setelah diperbadankan pada yang sama.

Rujukan:

1. BBC

2. Malaysian Banknotes

3. Economics Help




Hakcipta iluminasi.com (2017)