Permainan catur sangat digemari ramai, dari Moscow hinggalah ke Amsterdam, orang ramai berkumpul di ruang tamu, pub, perpustakaan dan pelbagai tempat lagi untuk melihat ia dimainkan.

Untuk mahir bermain catur, seseorang itu perlu berlatih dan menghabiskan masa yang lama bermain catur, yang mana memberikan pelbagai manfaat kepada pemain.

iluminasi.com kongsikan 10 manfaat bermain catur.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Catur mengembangkan keupayaan melihat daripada perspektif orang lain

garry kasparov master chess

Pemain catur yang mahir belajar untuk menjangka pergerakan lawan yang seterusnya. Untuk meramalkan apa yang akan dilakukan oleh lawan, seseorang pemain itu mestilah mengembangkan kemampuan untuk menggunakan perspektif orang lain dan membuat kesimpulan tentang tindakan yang mungkin mereka ambil.

Para saintis tingkah laku memanggil keupayaan untuk melihat dari sudut pandang lain sebagai "teori pemikiran."

Ia merupakan keupayaan yang sangat penting untuk bersikap empati dan membina hubungan sosial yang sihat.

Satu kajian pada tahun 2017 mendapati bahawa catur mengembangkan keupayaan ini bagi kanak-kanak yang berlatih bermain permainan ini.

2. Catur meningkatkan keupayaan ingatan

catur meningkatkan ingatan

Anda mungkin tidak terkejut untuk mengetahui bahawa pemain catur hebat mempunyai kemahiran ingatan yang kuat. 

Lagipun, permainan ini melibatkan menghafal pelbagai kombinasi pergerakan dan kebarangkalian hasil daripada setiap pergerakan.

Juga perlu diketahui bahawa pemain catur berpengalaman menunjukkan prestasi yang lebih tinggi yang berkaitan dengan ingatan tertentu iaitu memori pendengaran.

Ini adalah kemampuan untuk mengingat apa yang anda pelajari melalui pendengaran.

Dalam satu eksperimen, para penyelidik membandingkan kemampuan ingatan pemain catur pakar berbanding orang yang tidak mempunyai pengalaman bermain catur.

Mereka mendapati bahawa para pemain catur jauh lebih hebat dalam mengingati senarai perkataan yang didengari, berbanding mereka yang tidak pernah bermain permainan ini.

Pemain catur yang mahir juga mempunyai kemampuan yang lebih baik dari segi mengingat dan mengenali corak visual dengan cepat, yang mana menurut penyelidik keupayaan ini berasal dari menghafal kedudukan catur yang kompleks.

3. Catur meningkatkan kepintaran

catur meningkatkan kepintaran individu

Individu yang mempunyai banyak pengalaman bermain catur mempunyai kemampuan berfikir yang sangat maju dalam dua bidang (selain kemahiran ingatan):

Kecerdasan cecair: Ini adalah kemampuan untuk mempertimbangkan jenis masalah baru dan menggunakan pertimbangan untuk menyelesaikannya.

Kelajuan memproses: Ini adalah kemampuan untuk cepat memahami tugas dan bertindak balas terhadap cabaran dengan cekap.

Satu analisis tahun 2017 menunjukkan bahawa kedua-dua jenis kepintaran ini terdapat dalam diri pakar catur.

4. Catur meningkatkan kreativiti

catur meningkatkan kreativiti

Para penyelidik di sebuah sekolah di India menguji kemahiran berfikiran kreatif dua kumpulan pelajar.

Satu kumpulan diajar bermain catur manakala satu lagi tidak. Ujian yang diberikan meminta pelajar tampil dengan penggunaan alternatif bagi barang biasa dan mentafsirkan corak dan makna dalam bentuk abstrak.

Pelajar yang bermain catur mendapat markah yang tinggi dalam ujian ini, membuatkan penyelidik menyimpulkan bahawa catur meningkatkan kemampuan pelajar untuk melatih pemikiran yang berbeza dan kreatif.

5. Catur meningkatkan kemahiran merancang

catur meningkatkan kemahiran merancang

Permainan catur sememangnya terkenal dengan renungan senyap yang sangat lama, ketika mana pemain-pemain mempertimbangkan setiap pergerakan mereka.

Pemain menghabiskan masa menjangkakan tindak balas lawan mereka dan berusaha untuk meramalkan setiap kemungkinan.

Tabiat minda ini iaitu renungan dan perancangan yang teliti, adalah salah satu faedah kesihatan kognitif bermain catur.

Saintis-saintis tingkah laku memberikan dua kumpulan ujian "Tower of London", satu ujian fungsi kognitif yang melibatkan pasak dan manik, lalu mengukur kemahiran merancang mereka.

Kumpulan yang biasa bermain catur menunjukkan kemahiran merancang yang jauh lebih hebat daripada kumpulan yang tidak bermain catur.

Juga, kumpulan bermain catur juga menghabiskan masa yang lebih lama dalam membuat keputusan dalam ujian tersebut.

6. Catur boleh memberikan perlindungan terhadap perkembangan demensia

catur boleh memberikan perlindungan terhadap perkembangan demensia

Dalam tinjauan penyelidikan tahun 2019, para saintis mendapati bahawa fleksibiliti mental kompleks yang diperlukan untuk bermain catur dapat membantu melindungi orang tua dari demensia.

Demensia adalah istilah umum bagi kehilangan ingatan, bahasa, penyelesaian masalah dan kemampuan berfikir lain yang cukup parah sehingga mengganggu kehidupan seharian.

Para penyelidik menemui bukti bahawa catur, yang mencabar ingatan, pengiraan, kemahiran visual-spatial dan kemampuan berfikir kritikal, boleh membantu mengurangkan penurunan kognitif dan menangguhkan kesan demensia ketika manusia semakin menua.

7. Catur dapat memperbaiki gejala ADHD

catur dapat memperbaiki gejala adhd

Dalam sebuah kajian tahun 2016 melibatkan 100 kanak-kanak dengan gangguan hiperaktif dan kekurangan tumpuan, para penyelidik memasukkan permainan catur biasa dalam pendekatan rawatan pelbagai aspek.

Para pelajar yang mengambil bahagian dalam teknik rawatan ini mengalami penurunan 41% dalam ketidaktumpuan dan aktiviti berlebihan semasa menjalani rawatan.

Kajian juga mendapati bahawa catur meningkatkan perkembangan keupayaan ini dalam kanak-kanak:

  • Kemahiran menyelesaikan masalah
  • Kemahiran sosial dan membina hubungan
  • Kemahiran berfikir

Rujukan:

1. Chess

2. Healthline

3. Woochess




Hakcipta iluminasi.com (2017)