Kesedaran tentang pentingnya kita sebagai pengguna menyokong produk asli, khasnya judul-judul permainan video serta perisian komputer semakin lama semakin berkembang di Malaysia.

Jauh berbeza dengan 2 dekad dahulu, kempen kesedaran serta operasi pihak berkuasa dalam membanteras penjualan cakera padat yang mengandungi bahan cetak rompak berjaya menangani masalah ini dengan baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun perubahan teknologi kepada format digital membuatkan permintaan kita kepada bahan cetak rompak juga berubah, mengakibatkan wujud beberapa kaedah baru yang diamalkan dalam memenuhi permintaan pengguna yang enggan membayar harga sepatutnya.

Berikut adalah lima kaedah cetak rompak paling popular dalam era digital.

1. Penjual semula 'CD key' aplikasi dan permainan video

cd key reseller jual harga murah diskaun original

Seandainya anda buka laman web membeli belah terkemuka di negara kita dan anda lakukan carian kata kunci judul permainan video atau perisian, pasti anda akan menemui tawaran-tawaran harga tak masuk akal oleh penjual.

Permainan video baru mampu dijual pada harga RM30 ke RM50 dalam versi asli sementara perisian pula, dijual berkali-kali ganda murahnya berbanding biasa.

Lebih menarik - pembeli yang membelinya mendapati transaksi penjualan berlaku dengan sempurna dan dia mendapat produk yang dibeli dalam versi asli atau 'original.' Jadi persoalannya di sini - di mana silapnya?

Tidak ramai menyedari sistem penjualan semula kunci digital untuk permainan video atau perisian ini, biasanya didalangi pihak-pihak yang berkaitan dengan jenayah - sama ada melalui penipuan kad kredit atau penyeludupan wang.

Modus operandi penipuan kad kredit adalah dengan membeli kunci digital produk dengan menggunakan kad kredit curi, sebelum perbuatan itu dikesan untuk dijual semula kepada pengguna yang mahukan perisian murah.

Oleh sebab itulah ada kalanya syarat yang diletakkan dalam transaksi memerlukan anda sebagai menggunakan akaun pengguna yang baru, dicipta khas untuk transaksi itu atau menggunakan perisian yang sepatutnya tidak dijual di Malaysia.

Bagi sindiket penyeludupan wang pula, mereka menggunakan dana-dana gelap ini dengan membeli kunci-kunci digital ini seterusnya menjual semula kepada anda produk melalui laman web, membolehkan duit yang diterima dari anda sebagai duit yang telah dibersihkan.

Sindiket perlu menanggung kerugian sedikit kerugian dalam mensubsidikan pembelian anda, tetapi itu lebih baik berbanding wang mereka terus terperap perlu disembunyikan begitu saja.

2. Syarikat pengendali TV internet haram

screenshot siaran televisyen percuma curi

Penulis melihat rakyat Malaysia gemar sekali mendapatkan sistem kotak 'set-top box' (STB) Android yang memberikan jaminan 'bayar sekali, dapat semua saluran.'

Apa yang paling menarik minat adalah bagaimana pihak-pihak ini menjanjikan kepada anda semua saluran rangkaian Astro pada harga sekali bayaran saja seumur hidup. Tidakkah anda sedar perkara itu merupakan satu kaedah cetak rompak?

Kami bukanlah penyokong tegar Astro disebabkan cajnya yang agak berlebihan (khasnya bagi peminat bola sepak) namun penggunaan STB yang dikendalikan syarikat-syarikat entah dari mana ini adalah sesuatu yang kurang wajar diteruskan.

set top box sekali bayar semua saluran

kaedah cetak rompak dalam era digital 258

Anda dijanjikan semua saluran seumur hidup, lengkap dengan STB serta semua filem dan drama terbaru namun semua itu diambil tanpa kebenaran pelesennya yang sah.

Lagipun STB yang diberikan, kebiasaannya merupakan STB murah yang berharga sekitar bawah RM100 dengan spesifikasi yang lemah, berbanding kotak-kotak lain yang dijual.

Tidak ada jaminan bahawa servis yang dijanjikan kepada anda untuk seumur hidup itu akan kekal, kerana pada bila-bila masa servis yang telah anda beli dengan harga ratusan ringgit itu boleh dihentikan - tanpa notis.

Agak menyedihkan melihat bagaimana filem-filem hasil karya anak tempatan kita ditayangkan secara percuma melalui pengendali siaran-siaran ini, tanpa kebenaran.

3. Memori USB penuh filem dan drama

usb jual video kartun animasi filem

Harga USB stick atau thumbdrive sangat murah ketika ini, berbanding harganya semasa baru dikeluarkan dulu. Namun beberapa peniaga tidak beretika mula menjual semula peranti itu, yang telah diisi dengan beribu episod drama serta filem lalu dijual semula pada harga berkali ganda nilai asalnya.

Kami tidak tahu siapa yang mulakan model perniagaan ini.

Apa yang menjadi masalah adalah sambutan orang ramai khasnya ibu bapa, yang membelikan peranti berisi produk-produk curi ini untuk tontonan anak-anak mereka. Animasi tempatan seperti 'Didi and Friends', 'Upin dan Upin' dan sebagainya menjadi mangsa utama sindiket penjualan ini.

Ada juga penjual ini memberikan pembeli menu untuk memesan apa yang perlu diisi ke dalam USB stick, lengkap dengan pakej-pakej tertentu. Dah macam restoran pula.

Sesuatu yang agak memalukan (pada penulis) adalah melihat usaha penjual-penjual USB stick ini menggunakan elemen agama untuk menarik minat pelanggan.

Ada yang memuatkan video-video ceramah serta video bacaan doa sebagai 'selling point' produk mereka.

Walaupun apa yang mereka jual - sebenarnya bukan produk mereka.

contoh iklan usb stick kartun indonesia malaysia

Kami sedar produk cetak rompak ini memenuhi permintaan mereka yang tiada akses internet di rumah. Kami juga tahu kapasiti data anda setiap bulan adalah terhad, jadi anda perlukan produk seperti ini.

Tetapi tulisan kami ini hanyalah untuk memberitahu anda, produk yang anda beli dan anda guna pakai serta gembira kerana dapat diskaun banyak itu - adalah produk curi.

Untuk terus menghalalkan tindakan anda dengan menyifatkan pihak-pihak yang karya mereka dijaja sewenang-wenangnya 'tidak berdepan kerugian' atau 'masih untung', adalah satu perbuatan yang pada kami tidak baik untuk semua.

Anda pun akan marah kalau hasil kerja anda dicuri, untuk dijual semula oleh pencurinya pada harga tak masuk akal kan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)