Pada 13 Oktober 2020, kerajaan kita telahpun mengumumkan berkenaan perancangan negara kita untuk menyertai program yang dinamakan sebagai Covid-19 Vaccine Global Access atau COVAX sebagai usaha utama mencegah penularan pandemik itu.

Kesemua negara yang menjadi peserta program COVAX akan diberikan akses samarata kepada vaksin, tanpa mengambil kira kemampuan kewangan negara tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun demikian, kos untuk menyertai program ini yang dianjurkan oleh Badan Kesihatan Sedunia atau WHO bersama beberapa badan lain layak dikatakan terlalu tinggi bagi sesetengah negara - sehingga menjadi penghalang kepada penyertaan banyak negara.

Termasuklah juga negara kita.

Apa itu COVAX?

covax inisiatif vaksin covid

COVAX adalah cabang utama pemvaksinan dalam inisiatif bagi mencegah penularan virus Covid-19, hasil kerjasama Coalition of Epidemic Preparedness Innovations (CEPI), The Vaccine Alliance dan WHO bagi mewujudkan satu rangkaian kerjasama antara semua negara yang pada ketika ini sedang berusaha membangunkan vaksin.

Disertai oleh 80 buah negara yang bertindak sebagai penyumbang utama kepada penyelidikan dengan 92 buah negara lagi sebagai negara penyokong, tujuan utama inisiatif COVAX adalah untuk memastikan akses vaksin dapat disediakan kepada negara-negara maju serta negara-negara membangun serentak.

Sasaran COVAX adalah untuk menyediakan 3 sampel vaksin yang disahkan selamat dan berkesan, dengan sasaran penggunaannya dapat dimulakan pada penghujung tahun 2021 serentak di semua 172 negara perserta.

Dianggarkan untuk mencapai tahap efektif, sebanyak 2 billion dos vaksin diperlukan yang akan dibahagikan mengikut tahap populasi negara peserta dengan pekerja barisan hadapan akan diberikan keutamaan utama, sebelum dos-dos diberikan kepada warga tua dan mereka yang sudah mengalami masalah kesihatan.

Penciptaan vaksin yang berkesan

covid19 who department of medical science 17 resize

Setakat ini terdapat 18 sampel vaksin yang sedang melalui ujian pelbagai fasa, diramal bakal menjadi pilihan program COVAX.

9 daripadanya didanai sendiri melalui kerjasama antara pihak-pihak swasta dan juga CEPI, sementara 9 lagi dibangunkan sendiri di beberapa buah negara; 2 di China, 2 di Amerika Syarikat, satu di Korea Selatan, satu di United Kingdom dan satu lagi hasil kerjasama beberapa buah negara.

Semua negara yang berminat menjadi negara anggota COVAX perlu mengesahkan penyertaan mereka dengan menyatakan hasrat menyertai pada 31 Ogos 2020, sebelum melakukan penyertaan secara bertulis pada tarikh 18 September 2020.

Semua negara anggota perlu memaktubkan persetujuan dengan bayaran yuran pertama tidak lewat daripada 9 Oktober 2020.

Walaupun begitu, tiga negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Russia dan China memilih untuk tidak menyertai program ini.

Apa yang menariknya, negara kita juga setakat ini belum menyatakan persetujuan untuk menyertai program COVAX secara rasmi, sebaliknya kelihatan bakal memilih kaedah yang berbeza berbanding majoriti negara-negara dunia lain.

Kenapa Malaysia tidak menyertai COVAX?

vaksin covid 19 malaysia

Walaupun terdapat laporan pada pertengahan bulan September tahun 2020 yang menyatakan persetujuan lisan pihak kerajaan Malaysia menyertai COVAX, nampaknya kita berkemungkinan besar tidak menyertai inisiatif ini; berdasarkan laporan-laporan terbaru.

Kos yang dikatakan terlalu tinggi untuk setiap dua dos vaksin bagi seorang penerima diramal pada harga RM91 bagi setiap negara anggota COVAX, menjadi penghalang utama negara kita.

Kerajaan kita perlu membelanjakan hampir RM600 juta untuk mendapatkan hanya 6 juta dos tanpa dibenarkan berunding berkenaan harganya, sebelum diambil kira RM42 juta yuran penyertaan program.

Faedah Malaysia menjadi rakan baik China

kerjasama mou malaysia china

Langkah Malaysia ini kelihatan seiring dengan pengumuman yang dilakukan hasil rundingan negara kita dengan Menteri Luar China pada 14 Oktober 2020, yang menjamin kedudukan Malaysia sebagai antara negara penerima terawal vaksin yang dibangunkan mereka.

Dianggarkan vaksin yang sedang dibangunkan di China berkemungkinan besar akan sedia untuk diedarkan seawal bulan Disember tahun 2020.

Walau demikian, bagi menjamin kedudukan Malaysia dalam isu program pemvaksinan ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama mengumumkan penyertaan awal Malaysia dalam program COVAX dengan bayaran yuran penyertaan pertama akan dilakukan.

Dengan bayaran itu, Malaysia sekurang-kurangnya sudah mempunyai hak pembelian pakej vaksin COVAX di masa hadapan, seandainya kita berdepan isu lain kelak walaupun kita tak semestinya akan membeli vaksin dari pihak mereka.

Anda setuju dengan langkah kerajaan kita yang cuba menangani masalah ini dengan cara yang agak berbeza?

Rujukan

172 countries and multiple candidate vaccines engaged in COVID-19 vaccine Global Access Facility




Hakcipta iluminasi.com (2017)