Sekitar dua ke tiga dekad sebelum ini, apabila kita bercakap tentang komputer, banyak pihak melihatnya hanya sebagai sebuah kotak berwarna kelabu atau kelabu cair.

Era awal millennium memulakan trend popular rangka komputer yang  bahagian sisinya dipotong, dipasang dengan bahagian lutsinar, membolehkan isi kandungannya yang dipasang di dalam rangka kelihatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bermula daripada trend tersebut, barangan komputer mula menjadi sesuatu yang kerap ditayangkan, lengkap dengan lampu, grafik dan sebagainya.

 Rekaan yang pada asalnya untuk peranti dalam komputer mula diterjemahkan ke dalam produk-produk luaran lain, seperti tetikus, papan kekunci, fon kepala dan bermacam lagi.

Rekaan-rekaan berorientasikan 'gamers' mula popular dengan penggunaan warna-warna garang, sangat 'fancy' dan mempunyai logo serta rekaan ala futuristik.

Masalahnya, kenapa majoriti produk khas untuk 'gamers' ni, buruk belaka rekaannya?

Dua falsafah rekaan berbeza

rekaan konsol videogame terbaru ps5

Di kalangan peminat permainan video, perdebatan tentang siapa 'gamers' sebenar sama ada pengguna komputer atau pengguna konsol sering berlaku, khasnya di media sosial dan internet.

Pengguna konsol seringkali dikritik sebagai 'gamers miskin' yang tetap setia dengan konsol mereka, yang dianggap terkebelakanv berbanding keupayaan komputer terbaru; mampu menghasilkan grafik yang jauh lebih berkualiti.

Apa yang menarik diperhatikan jika dilakukan perbandingan antara dua kumpulan 'gamers' berbeza ini, adalah penerimaan mereka terhadap standard rekaan peranti yang mereka gunakan.

Syarikat pengeluar konsol seperti Sony, Microsoft dan Nintendo tampak mempunyai falsafah yang sama dalam mereka bentuk produk konsol mereka.

Rekaannya seringkali dibuat dalam kaedah minimalis, tidak kelihatan garang serta sesuai untuk diletakkan di ruang tamu.

rekaan pc casing moden

Pemilihan warna rangka konsol juga kebiasaannya berlegar pada warna hitam, dengan penggunaan LED cahaya yang seminima mungkin.

Setakat ini hanya Microsoft XBox pertama paling mirip dengan prinsip rekaan produk 'gamers', selebihnya kekal minimalis, ringkas dan agak ceria.

Falsafah rekaan konsol permainan video mempunyai rekaan yang konsisten; di mana rekaannya ringkas, agak 'utilitarian' dengan pencetakan logo dan penggunaan warna hanya pada bahagian yang perlu.

Ini jauh berbeza dengan trend rekaan produk berorientasikan 'PC gamers', di mana penggunaan lampu dimaksimakan, logo dicetak sebesar yang boleh dan warna peranti serta perabot khusus untuk mereka juga menggunakan warna-warna garang.

Apa yang membingungkan - cubaan 'try hard' untuk kelihatan futuristik ini dibuat sebagai standard oleh majoriti pengeluar produk dan 'PC gamers' juga seolah-olah turut sama menyambutnya dengan baik.

Kenapa wujud dua falsafah rekaan yang berbeza antara PC gamers dan pemain konsol? Sukar kami fahami.

Pengeluar produk mengambil kesempatan

pc dulu dulu simple ringkas

Bermula dengan potongan pada rangka sisi komputer dengan plastik lutsinar, pengeluar mula mencari jalan untuk menghasilkan produk agar 'mesra tayangan.'

Sehinggalah kebanyakan rekaan yang digunakan, bukanlah keperluan tetapi lebih kepada keperluan kosmetik semata.

Rekaan peranti dan produk mula menggunakan kod kosmetik yang dirasakan standard untuk sesuatu peranti itu diiktiraf 'dari gamers, untuk gamers.'

Peranti yang mempunyai penggunan jalur cahaya RGB yang keterlaluan, bentuk yang tajam-tajam serta berbucu dan bermacam hiasan yang tidak membawa sebarang penambahan fungsi kepada penggunanya jelas sekali direka hanya untuk membawa pulang keuntungan maksima kepada pengeluarnya.

plexiglass casing pc

Apabila disebutkan tentang peranti khas untuk 'gamers', trendnya nampak tidak berubah dan kekal konsisten dalam dekad ini.

Prinsip rekaannya yang digunapakai sudah menyelinap ke keseluruhan produk yang ada, daripada sekecil-kecil kipas dalam rangka komputer...

jalur led kipas komputer

Kepada telefon pintar...

telefon nubia untuk gamers

Kerusi khas untuk gaming...

gaming chair acer predator

Sehinggalah sebesar meja.

meja gamers rekaan terbaru

Anda boleh nampak tak sesuatu yang konsisten dalam semua produk di atas? Buruk. Hodoh. Apa lagi istilah yang sesuai untuk digunakan?

Siapa sebenarnya demografik sasaran mereka?

Lagipun barangan berorientasikan kaki 'gamers' bukan murah. Jauh lebih mahal berbanding produk-produk biasa.

Adakah budaya 'gamers' sendiri suka show-off?

acara e athlete

Untuk menyalahkan sepenuhnya pengeluar yang mengekalkan trend produk buruk ini, tidak adil juga.

Penulis melihat prinsip rekaan yang digunakan pengeluar, sebenarnya berpunca daripada budaya suka menayangkan atau 'show-off' yang menjadi satu stereotaip mudah budaya gaming ini - dicedok pengeluar sebagai asas kepada rekaan produk yang mereka rasakan berkesan untuk jualan.

'Pop-culture' seorang 'gamers' itu sendiri penuh dengan ruang yang membolehkan seseorang itu berbangga mempamerkan sesuatu; sama ada peranti miliknya, kemahiran maya miliknya atau sekadar bangga mempunyai 'set-up gaming' yang lengkap dalam bilik tidurnya.

Sama ada trend ini dibentuk pengeluar atau pengeluar hanya menuruti trend pengguna, sukar untuk diperjelaskan faktanya.

Apa yang nyata pada penulis yang sudah bergelumang sebagai seorang pemasang komputer profesional sejak 2 dekad lalu, perubahan trend ini merupakan sesuatu yang sukar untuk dihadam mata penulis.

Komuniti gamers pula seakan-akan menuruti saja seterotaip 'budaya gamers' yang diteruskan syarikat-syarikat pengeluar, sehinggakan apabila disebut saja produk untuk 'gamers,' kita dah boleh bayangkan dah rekaannya bagaimana.

Tidak dinafikan ada juga produk khas untuk kaki 'game' yang direka baik, sesuai untuk kegunaan semua peringkat umur.

Namun itu bukanlah kebiasaan.

minuman untuk gamers

Penulis belum sentuh lagi budaya mempopularkan minuman 'bertenaga' khas untuk kaki game. 

Perkara ini sudah jadi satu kebiasaan pula kepada kaki permainan video untuk minum minuman tinggi gula ini.

Rekaan tin pun turut samalah membawa tema serupa. Buruk, hodoh dengan rekaan entah apa-apa. Kenapa ya?




Hakcipta iluminasi.com (2017)