Oleh pada 26 Jul 2020 kategori

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Mohamed Salah dianggap seperti azimat bagi pasukan Liverpool pada ketika ini.

Pemain antarabangsa Mesir itu telah menjadi sensasi sejak beliau menyertai Liverpool pada tahun 2017 setelah berpindah dari AS Roma.

Malah, Salah juga telah memecahkan rekod jaringan terbanyak Liga Perdana Inggeris bagi musim 38 perlawanan, dengan menjaringkan 32 gol dalam kempen EPL sulungnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

pemain boleh gantikan mo salah di liverpool 2

Sejak itu, Salah memainkan peranan yang tersangat penting dalam kejayaan Liverpool merangkul piala Liga Juara-Juara Eropah dan juga Liga Perdana Inggeris.

Untuk menggantikan beliau adalah sesuatu yang tersangat sukar, namun pemain berusia 28 tahun ini telah dikaitkan dengan kelab-kelab ternama yang lain seperti Barcelona dan Real Madrid.

iluminasi.com kongsikan 5 pemain yang dilihatkan dapat menggantikan Mohamed Salah di Liverpool.

5. Samuel Chukwueze - Vilarreal

samuel chukwueze

Dianggap sebagai salah seorang bakat paling hebat di Sepanyol ketika ini, Samuel Chukwueze telah menarik perhatian ramai di seluruh Eropah.

Merupakan pemain sayap kanan, kemampuan Samuel menggelecek boleh bukanlah sesuatu yang baru.

Pemain antarabangsa Nigeria ini menarik perhatian dunia dengan persembahannya yang sangat menarik ketika seri 4-4 menentang Barcelona.

Beliau juga mempunyai fizikal yang kuat dan kelajuan yang menakjubkan, ditunjukkan dengan gol-gol serta membantu dalam menjaringkan gol.

samuel chukwueze 2

Semenjak itu Samuel berada dalam pemerhatian banyak kelab ternama. Namun pemain berusia 21 tahun ini telah dikritik oleh Samuel Eto'o tidak begitu banyak menjaringkan gol, sesuatu yang sememangnya benar.

Samuel bermain dalam 37 perlawanan musim ini di mana 20 daripadanya beliau termasuk dalam kesebelasan utama. Beliau menjaringkan 3 gol dan 2 bantuan, serta tersenarai dalam kedudukan ketiga dalam skuad Villareal dari segi menggelecek dan keempat dari segi hantaran penting dalam setiap perlawanan.

Samuel dikaitkan dengan kelab EPL iaitu Arsenal dan Liverpool.

4. Federico Chiesa - Fiorentina

federico chiesa 2

Federico Chiesa boleh dikatakan sebagai pemain terbaik kelab Fiorentina untuk beberapa musim ini, membuatkan kelab-kelab besar mula memberikan perhatian.

Pemain antarabangsa Itali ini telah bermain sebagai pemain utama musim ini dan menunjukkan prestasi menakjubkan.

Merupakan penggelecek yang hebat, kelajuan Federico telah mencetuskan mimpi ngeri bagi barisan pertahanan lawan.

Namun beliau dikritik disebabkan oleh kebolehannya untuk membuat keputusan, yang mana boleh diperbaiki.

federico chiesa

Walaupun baru berusia 22 tahun, Federico bermain dalam 30 perlawanan dalam musim ini, dengan 7 jaringan dan 5 bantuan gol. 

Beliau berada di senarai teratas bagi cubaan dalam setiap permainan dan di tangga kelima dari segi menggelecek. 

Ketika ini, Federico dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus, namun Manchester United dan Chelsea juga dikatakan berminat dengannya.

3. Ousmane Dembele - Barcelona 

ousmane dembele

Bakat Ousmane Dembele tidak pernah dipersoalkan. Dua musimnya di Rennes dan Borussia Dortmund menunjukkan kepada dunia potensi yang dimilikinya.

Walau bagaimanapun, perpindahan Ousmane ke Barcelona tidak begitu berjaya setakat ini.

Ousmane tercicir lebih lebih dari 80 permainan dalam semua pertandingan untuk Barcelona sejak menyertai kelab ini pada tahun 2017 dengan yuran perpindahan € 105 juta.

Pemain antarabangsa Perancis ini tercicir disebabkan oleh kecederaan dan masih dalam situasi yang sama ketika ini.

ousmane dembele 2

Berusia 23 tahun, Ousmane berkebolehan untuk bermain sebagai pemain sayap dan juga pemain tengah. 

Mampu menggunakan kedua-dua belah kaki dengan begitu baik, kreativiti Ousmane dan kebolehan menggelecek dipersembahkan dengan begitu menakjubkan.

Beliau dikatakan bakal berpindah daripada Barcelona tak lama lagi dan banyak kelab yang berminat dengannya.

Antaranya adalah pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang merupakan salah seorang peminat Ousmane. Selain itu, Arsenal, Manchester United dan Paris Saint-Germain juga dikaitkan dengan pemain muda ini.

2. Jadon Sancho - Borussia Dortmund

jadon sancho 2

Ketika ini, Jadon Sancho sangat kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool. Pemain sayap ini berkata bahawa beliau sanggup bersedia meninggalkan Jerman dan pulang ke England.

Jadon adalah antara pemain terbaik Bundesliga sejak menyertai Borussia Dortmund pada tahun 2017.

Pemain antarabangsa England ini telah bermain di pelbagai posisi hadapan, dengan kreativiti dan kemahiran menggeleceknya yang sangat menonjol.

Sangat pantas dan lincah, Jadon sangat produktif di minit-minit akhir.

jadon sancho 21

Dianggap oleh ramai sebagai bakal pemenang Ballon d'Or di masa depan, pemain berusia 20 tahun ini telah membuat 32 penampilan liga musim ini.

Dia telah menjaringkan 17 gol dan 16 bantuan gol, dengan mendahului skuadnya dari segi menggelecek dan hantaran penting dalam setiap permainan.

Selain daripada Liverpool dan Manchester United, Jadon Sancho juga dikaitkan dengan Real Madrid dan Chelsea.

1. Kylian Mbappe - Paris Saint-Germain  

kylian mbappe 429

Antara salah seorang pemain terhebat dalam dunia bola sepak ketika ini, Kylian Mbappe melonjak ke puncak dengan begitu mengagumkan. Malah, dia dikatakan telah mengatasi Neymar dalam senarai pemain terbaik dunia. 

Pemain di bahagian serangan ini seperti biasa menunjukkan prestasi yang hebat musim ini.

Tersangat kreatif dan juga penggelecek bertaraf dunia, Mbappe memiliki segala-galanya.

Kuat dan pantas, pemain antarabangsa Perancis ini juga kuat secara teknikal dan pintar dalam membaca permainan.

kylian mbappe 2

Penyudah yang ditunjukkannya tidak pernah dipersoalkan sejak bermain untuk Monaco dan kemahirannya ini diasah dengan lebih hebat di PSG.

Pemain berusia 21 tahun ini telah bermain 20 perlawanan musim ini, menjaringkan 18 gol dan 5 bantuan gol.

Beliau berada di kedudukan kedua dalam PSG dari segi cubaan dalam setiap perlawanan, ketiga untuk hantaran penting dan kedua dari segi menggelecek dalam setiap perlawanan.

Bersama-sama Liverpool, Real Madrid dan Manchester City adalah kelab besar yang dikaitkan dengan Mbappe.

Rujukan:

1. Sport Skeeda

2. Sportsjoe




Hakcipta iluminasi.com (2017)