Oleh pada 09 Jul 2020 kategori

Jika dibandingkan dengan Malaysia dari segi saiz, Singapura adalah sebuah negara yang tersangat kecil. Saiznya lebih kecil daripada negeri Perlis bahkan anda boleh memandu ke seluruh negara hanya dalam masa satu jam sahaja.

Tetapi walaupun saiznya yang kecil dan kekurangan sumber daya semula jadi, 5.6 juta rakyat Singapura menikmati salah satu pendapatan purata tertinggi di dunia, lebih tinggi daripada negara-negara seperti Jerman, Perancis dan Jepun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi, bagaimana negara pulau kenit ini menjadi sangat kaya?

singapura 562

Singapura tidak mempunyai sumber seperti arang batu atau minyak, namun ia memiliki kelebihan yang mana tidak dapat dibeli oleh mana-mana negara, iaitu lokasi.

Pulau ini terletak di tengah-tengah laluan perdagangan penting yang menghubungkan Asia ke Eropah.

Ini adalah sebab utama mengapa British memutuskan untuk mendirikan jajahan di Singapura pada tahun 1819.

Akan tetapi, lokasi bukanlah satu-satunya penyebab mengapa negara ini sangat beruntung.

mengapa singapura sangat kaya 2

Ini kerana terdapat juga beberapa buah negara yang terletak berhampiran seperti Malaysia dan Thailand yang dapat memanfaatkan lokasi strategik, tetapi tidak begitu berjaya.

Tidak seperti beberapa jiran Singapura termasuklah Malaysia, yang ingin memisahkan diri dari sejarah penjajahan mereka, Singapura terus menjalinkan hubungan erat dengan Britain.

Malah, hubungan ini berterusan walaupun setelah ia merdeka pada tahun 1965, satu keputusan yang memberitahu seluruh dunia bahawa Singapura sedia bekerjasama dalam hubungan perdagangan.

singapura teruskan hubungan dengan britain

Ini sangat penting kerana umum tahu bahawa eksport membantu membina dan mengembangkan ekonomi.

Namun pada ketika itu, ia bukanlah sesuatu yang diketahui oleh ramai.

Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan menjadi terkenal sebagai empat harimau Asia dan membangun dengan pesat sejak tahun 1960-an.

Pembangunan ekonomi pesat oleh negara-negara ini didorong oleh eksport, perindustrian dan yang lebih penting adalah campur tangan pemerintah terutamanya bagi Singapura.

Di Singapura, mogok buruh adalah satu perkara biasa pada tahun 1960-an, ditambah pula dengan pengangguran yang tinggi.

Tak cukup dengan itu, berlaku krisis perumahan di mana Singapura menjadi salah satu penempatan setinggan terbesar di dunia.

singapura merupakan salah satu penempatan setinggin terbesar di dunia satu ketika dahulu

Jadi, bagaimana kerajaan Singapura membina tenaga kerja yang lebih berdisiplin untuk menarik pelaburan?

Salah satunya adalah dengan memberikan motivasi kepada pekerja untuk bekerja lebih berdisipilin, iaitu untuk memiliki rumah sendiri.

Ini adalah sebab mengapa salah satu agensi kerajaan Singapura yang pertama ditubuhkan menumpukan sepenuh perhatian untuk membina perumahan awam yang berpatutan dan mampu milik.

Dengan inisiatif ini, jumlah populasi yang tinggal di perumahan awam pada tahun 1960-an iaitu sekitar 9% meningkat melebihi 80% pada hari ini.

Ditambah pula dengan hak-hak majikan yang lebih hebat, maka mogok menjadi tersangat jarang.

mogok pekerja di singapura 187

Pada masa yang sama, kerajaan Singapura menarik pelaburan asing melalui insentif cukai, mengembangkan ekonomi dan mengurangkan pengangguran, yang turun dari anggaran 14% pada tahun 1959 menjadi 4.5% pada tahun 1970-an.

Menjelang tahun 1980-an, Singapura menjadi hab pembuatan serantau dan ia merupakan pengeluar pemacu cakera keras terbesar di dunia.

Tetapi pada hari ini, pembuatan hanya merangkumi sekitar 20% sahaja daripada KDNK Singapura.

Jika dilihatkan kepada pertumbuhan KDNK Singapura, kita dapat melihat dua lonjakan terbesar, satu bermula pada lewat tahun 1980-an dan satu lagi pada permulaan alaf baru.

peningkatan kdnk singapura

Apa yang ironinya adalah lonjakan ini sebenarnya disebabkan oleh kemerosotan yang dihadapi mereka.

Pada tahun 1985, Singapura memasuki kemelesetan pasca kemerdekaan pertamanya, yang mendorong pemerintah untuk memperkenalkan langkah-langkah baru.

Syarikat milik negara seperti telekomunikasi telah diswastakan untuk menjadikannya lebih kompetitif.

Kemudian pada awal abad ke-21, industri perkhidmatan seperti kewangan dan insurans diliberalisasikan dengan lebih lagi.

Keterbukaan itu membantu meningkatkan bahagian perkhidmatan dari hanya 24% daripada KDNK pada tahun 1985 kepada lebih daripada 70% pada tahun 2017.

Syarikat-syarikat multinasional mula menubuhkan ibu pejabat serantau di Singapura dan ini menarik lebih banyak pelabur-pelabur besar dunia sekaligus meningkatkan daya tarikan Singapura terhadap korporat dan seterusnya KDNK mereka.

perumahan awam di singapura 612

Kini, Singapura disenaraikan sebagai salah satu tempat paling mudah untuk menjalankan perniagaan di dunia dan mendapat pujian kerana berjaya melakukan transformasi dari ekonomi membangun kepada ekonomi maju.

Namun satu persoalan yang sangat penting perlu kita tanya, iaitu adakah sebahagian besar rakyat Singapura berasakan mereka kaya?

Jawapannya adalah tidak.

Dan dua sebab yang menyebabkan rakyat negara pulau ini berasa sedemikian adalah kos hidup yang tinggi dan ketaksamaan.

Untuk lima tahun berturut-turut, Singapura telah dinobatkan sebagai bandar termahal di dunia, di hadapan New York dan London.

Ini terutamanya disebabkan oleh cukai ke atas kereta yang mana menjadikan Singapura tempat paling mahal di dunia untuk membeli dan memiliki sebuah kereta.

cukai kereta paling mahal di singapura

Singapura juga merupakan tempat ketiga termahal di dunia untuk membeli pakaian.

Namun dari segi penjagaan diri, barangan rumah dan bantuan domestik di Singapura adalah lebih murah berbanding bandar-bandar besar yang lain.

Walaupun Singapura kaya dengan KDNK per kapita, gaji bulanan rata-rata adalah sekitar $ 3,270 bersamaan dengan RM 10,019.70

Jumlah tersebut boleh dianggap agak banyak, namun 20% daripadanya dimasukkan ke dalam akaun simpanan wajib.

Anda boleh menggunakan akaun tersebut untuk membayar bil perubatan, perumahan dan pendidikan, tetapi ia menyekat daya beli penduduk.

Dan walaupun Singapura memiliki sekitar 184,000 jutawan, namun ia juga mempunyai kadar ketaksamaan pendapatan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.

kos sara hidup tinggi di singapura

Untuk itu, kita perlu merujuk kepada pekali Gini, satu skala yang digunakan untuk mengukur ketaksamaan pendapatan di mana 0 adalah yang paling sama rata dan 1 adalah yang paling tidak sama rata.

Selepas mengambil kira cukai dan pemindahan, pekali Gini Singapura adalah 0.356 pada tahun 2017.

Ini jauh lebih teruk daripada negara-negara seperti United Kingdom, Jepun, Korea Selatan dan Jerman. Sebagai perbandingan, pekali Gini bagi Malaysia adalah 0.399 pada tahun 2017.

Sebuah institut penyelidikan telah mencetuskan perbahasan awam mengenai perpecahan dalam kelas sosial selepas ia menemui bahawa secara purata, rakyat Singapura yang tinggal di perumahan awam mempunyai kurang daripada seorang rakan yang tinggal di perumahan persendirian.

the interlace singapura 2

Kerajaan Singapura telah mengenal pasti masalah ketaksamaan ini sebagai keutamaan negara, namun masalah ini dilihatkan masih tidak dapat ditangani dengan begitu berkesan.

Konklusinya, sebuah negara yang sangat kaya tidak bermakna rakyat negara tersebut berasa kaya atau hidup dalam kesenangan. Semuanya terletak kepada polisi kerajaan dan bagaimana kekayaan itu ditadbir serta diagihkan kepada yang berkenaan.

Wallahualam.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)