warga emas maut tercampak tersepit bawah tayar

Sumber foto: BH Online / ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Seorang pemandu meninggal dunia selepas lori tanah tanpa muatan dibawanya berlanggar dengan sebuah lori membawa tar bitumen yang diberhentikan di bahu jalan Simpang Bakun-Bintulu, Jalan Lama Bintulu-Miri awal pagi semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samajaya telah menghantar sepasukan anggotanya ke lokasi insiden dengan jarak 30 kilometer sebaik mendapat laporan pada jam 1.41 pagi.

Beliau memberitahu sejumlah 5 anggota bomba berserta jentera dikerahkan ke tempat kejadian untuk turut serta dalam operasi mengeluarkan mayat mangsa, Phang Chang Phiaw (67 tahun) yang tersepit di bawah lori.

“Mangsa telah tercampak keluar melalui cermin kenderaan sebelum jatuh dan tersepit di bawah tayar hadapan lori dipandunya.

“Pasukan bomba menggunakan beg angkat udara dan peralatan menyelamat untuk dapat mengeluarkan mangsa kira-kira pukul 2.45 pagi tadi (semalam),” ujarnya sewaktu dihubungi pagi semalam.

Jelasnya lagi, mangsa diberikan kepada pihak ambulans lalu disahkan sudah tidak bernyawa di lokasi insiden kemalangan.

Selepas itu, mayat mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan tangan kanan dihantar kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Sumber berita: Utusan Online


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)