Malaysia kerap menjadi pilihan untuk menjadi tempat perlindungan pelbagai pihak yang dikehendaki oleh kerajaan negara asal mereka. Banyak kes yang membuktikan Malaysia telah menjadi tempat operasi aktiviti mereka atau menjadi pusat transit kegiatan. Ada pelbagai contoh yang membuktikan perkara tersebut berlaku.

Jadi, jika ada yang bertanya mengapa abang tiri kepada pemerintah Korea Utara, Kom Jong Nam berada di Malaysia ketika dibunuh, sejarah negara kita membuktikan yang negara kita adalah salah satu negara yang menjadi pilihan ramai pemohon perlindungan politik.

Berikut adalah contoh beberapa pihak yang menjadikan Malaysia tempat tinggal sementara mereka atas desakan politik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kemasukan Partai Rakyat Brunei 1960

partai rakyat brunei 1960

Selepas gagal rancangan untuk menjatuhkan Sultan Brunei, kumpulan pemberontak ini mendapat perlindungan di Malaysia, kemudiannya dipindahkan ke Indonesia.

2. Ferdinand Marcos 1986

ferdinand marcos

Apabila Ferdinand Marcos terpaksa melarikan diri ke Hawaii akibat pemberontakan kerana corak pemerintahan diktatornya, keluarga dan saudara maranya ditempatkan di Kuala Lumpur untuk mendapatkan perlindungan.

3. Keluarga Di-Raja Kemboja

hrm norodom sihanouk 470

Beberapa orang anggota keluarga di-Raja Kemboja mendapatkan perlindungan di Kuala Lumpur pada era pemerintahan Khmer Rouge. Kesinambungan kisah ini, Duta Kemboja ke Malaysia adalah anak perempuan kepada Raja Norodom Sihanouk.

4. Pemberontakan Maldives

medium 47579 290

Apabila Maldives mengalami masalah pemberontakan pada tahun 1990, beberapa orang ahli politik mereka berpindah ke Malaysia.

5. Moro National Liberation Front

26 kjartan maas 765px 737

Semenjak tahun 1960, ramai pemimpin kepada dua parti iaitu Moro National Liberation Front dan Pattani United Liberation Organization telah duduk di Malaysia.

6. Gerakan Aceh Merdeka

psukan gam sejarah aceh 154

Semenjak tahun 1990, parti Gerakan Aceh Merdeka atau GAM menjadikan negeri Kedah sebagai pusat kegiatan mereka. Pada tahun 2000, Teuku Don Zulfahri seorang pemimpin gerakan tersebut dibunuh di Kuala Lumpur. Selepas terjadinya bencana tsunami, kepimpinan GAM kembali semua ke Aceh untuk membangunkan semula daerah mereka.

7. Abu Bakar Bashir

abu bakar baasyir

Abu Bakar Basyir tinggal di Johor selama 17 tahun selepas kerajaan Indonesia di bawah Suharto ingin menangkap beliau. Dikhabarkan beliau dituduh sebagai Ketua Jemaah Islamiah kerana menolak asas tunggal Pancasila yang merupakan prinsip utama Indonesia. Beliau menafikan bahawa beliau ketua Jemaah Islamiah tapi beliau mengaku sebagai pemimpin Majlis Mujahidin Indonesia. Mendapat taraf penduduk tetap Malaysia dan telah membuka sekolah agama, serta membuka pusat perlindungan untuk militan Indonesia yang dikehendaki oleh kerajaan Indonesia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)