Ikuti kisah hidup Shah seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di hospital Balik Pulau.

Alhamdulillah setelah banyak fasa yang Shah lalui akhirnya Shah dah temui identiti Shah yang sebenar. Gambar 2008 masa tu penampilan Shah banyak dipengaruhi oleh ELYANA, artis kegemaran Shah. Bila karaoke sahaja, mesti kawan-kawan kata "lagu Elyana lagi? Tak habis-habis"

Dulu ketika kecil Shah memang agak lembut. Suka main dengan perempuan contohnya seperti permainan masak2, Barbie Doll, main tali getah, Main jengket2 dan banyak lagi. Jarang lah nak main dengan kawan lelaki.

fb img 1520329674663

Tetapi Shah join juga, sebab permainan lelaki ni lasak. Kadang-kadang best juga. Main gasing lah, guli, panjat pokok ciku. main police and thieft pastu panjat bukit dan GAMEBOY game StreetFighter selalu ambil Chun LI jaa lawan dengan yang lain sampai kawan-kawan lelaki bosan dengan Shah. 

Shah muka tak bermain dengan kawan lelaki selepas ada rakan marah kepada Shah "Kami tak mahu kawan dengan hang. Hang lembut macam pondan!" Shah terus nangis teresak-esak lari balik rumah menangis atas buaian. Tetapi di hadapn ibu dan ayah, Shah tak tunjuk Shah bersedih. Shah cepat-cepat berhenti menangis dan buat macam tidak ada apa berlaku. Pernah juga dipanggil "Sayur" oleh seseorang yang terdekat sebab tak pandai main bola macam anak lelakinya.

Shah suka juga suka menonton Power Rangers, suka tengok Pink Ranger. Pastu bila main dengan kawan-kawan mulalah tiru aksi Kimberly. Dan Shah juga fanatik Sailor Moon. Hingga sanggup lukis buat komik berbuku2 pastu buku2 sekolah semua balut dengan Pembalut Sailor Moon. 

Bila tak ada orang dirumah Shah akan curi2 pakai High Heels dan penyepit baju buat subang feeling seperti cikgu sedang mengajar murid-murid depan cermin bilik Shah. Kalau berani sikit masuk bilik kakak curi-curi pakai mekap kemudian mekap muka jadi seperti hantu.. hahaha!

Disekolah rendah Cina dulu, Shah juga lebih rapat dengan kawan-kawan perempuan Cina hingga buat kerja sekolah pun pergi ke rumah mereka. Mak Ayah mereka sporting! Siap mandi dan memasak lagi kat rumah mereka. Shah pernah juga makan nasi goreng cina, kawan lelaki cina tolong belikan sebab masa tu Shah lapar sangat tak tahan perut. Mereka kesiankan Shah mereka belanja Shah makan. Mereka rajin mengajar Shah berbhasa mandarin dalam masa setahun sahaja Shah dah pun boleh bertutur dalam bahasa Cina. Disekolah Cina tidak ada mata pelajaran Islam. Jadi Shah perlu ke sekolah melayu (SK GENTING) dengan mengayuh basikal dan tukar seluar track, sebab disekolah cina dari darjah 1 hingga darjah 6 Shah hanya pakai seluar pendek paras paha saja.

Waktu petang ke Sekolah Agama pula, dari situ Shah mula ada ramai kawan-kawan melayu. Dan mengenali kawan yang senasib macam Shah iaitu CZ hingga kini kami masih bersahabat. Masa sekolah agama pun ada juga Shah kena buli. Hingga sanggup Shah nak bagi duit saku Shah semata-mata nak elak diorang buli Shah. Shah takut nak lawan sebab bila balik nanti memang kena marah la dengan mak ayah. Shah pernah kena letak mercun dalam seluar dan mercun tu meletup dalam seluar Shah Shah lari balik umah, Shah betul2 tak kuat dah time tu Shah sujud pada Allah minta Allah kuatkan hati dan semangat Shah. 

Masa sekolah menengah, cukup meluat ada janggut, misai dan bulu2 kat badan. Shah cukur semua sampai lincin. Kening pun Shah cabut sikit. Shah rasa rimas ada bulu. Disekolah, rata-rata kawan Shah dari golongan Gay, Pengkid dan Lesbian. Hanya merekalah yang sudi berkawan dan tak pandang pelik pada Shah. Pernah ditegur oleh guru, "Kenapa cikgu tengok Shah makin lama makin menjadi lembut?" Shah diam ja sebab Shah tak suka sembang dengan orang yang tak memahami Shah. Jadi mangsa buli tu ada juga, Shah pernah dicucuk punggung dengan gunting oleh kawan-kawan cina, bila lapor dekat guru melayu dia tak mahu ambil peduli. 

Shah sendiri berjumpa guru disiplin cina dan lapor kes buli tu. Alhamdulillah mereka dihukum. Masa tahun akhir tingkatan 5 Shah pernah kena pulau oleh seluruh kelas, sebab mereka syak Shah jatuh hati pada kawan2 lelaki dalam kelas tu. Sampai Shah menangis depan guru kelas. Hanya kawan2 Pengkid dan Gay mendekati Shah dan memahami Shah pujuk Shah kembali beri semangat pada Shah. Kalau kelas Pendidikan Islam memang awal-awal Shah dipandang pelik oleh pelajar melayu disekolah cina tu. Tetapi Shah buat tak tahu saja. Malangnya mereka jadi anti dengan Shah pernah tunggu Shah depan pintu pagar sekolah pukul Shah dengan beg sekolah. Shah jadi takut dan malam tu Shah balik meraung atas sejadah yang Shah tak kuat Ya Allah, Ubahlah hati mereka apa la salah Shah pada mereka buat mereka benci kat Shah. Esok tu Maha Kuasa Allah, mereka jadi baik macam tak ada apa yang berlaku hinggalah ke hari ni.

Shah pernah berubah menjadi apa itu lelaki selepas kematian arwah Mak. Satu tamparan besar buat diri Shah orang yang selama ini berkongsi cerita dan memahami Shah pergi meninggalkan Shah. Dalam kelurga Shah, Shah lah jadi sasaran orang terdekat dengan arwah mak. Hari arwah mak dikebumikan petang itu juga mereka menasihati Shah depan orang ramai. "Hang taw mak hang baru ja kan meninggai, hang jangan dok karaoke kat taih naa. Tu... TV jangan duk buka hang ingatlah mak hang bru ja p. Toksah dok buka dalam beberapa hari ni". Abg kakak Shah tak tahu pasal ni sebab Shah rahsiakan, cuma sekarang baru mereka tahu dan mereka terkilan juga kenapa nasihat Shah dikhayalak ramai bukan didalam bilik. Yang perli Shah pun ada time tu "Ni lepaih ni kami nak tengok la na hang mai dak umah adik beradik. Mak dah tak ada hampa kena maila rumah kami".  

fb img 1520329677685

Pernah sekali dalam majlis kenduri, orang menuduh Shah dan adik Shah mencuri Handphone mereka sampai ugut nak mencari bomoh nak panaskan badan pada siapa yang mencuri. Arwah mak lantang terus membela Shah dan adik Shah. "Anak aku bukan pencuri, selama ni tinggai duit dalam cawan pun depa tak usik ni kan pula nak curi handphone orang". Pada mak juga Shah suka bercerita soal-soal kerja dan kehidupan, mana yang baik mak nasihat mana yang buruk mak marah tak bagi buat. Tapi mak tetap sayang anak dia, pernah dia beli baju saiz kecil kat Shah, shah kata kat mak "Mak. Mana muat shah nak pakai ni. haha". "Mak ingat hang boleh pakai tu mak beli dah hang suka pakai baju ketat-ketat." 

Lepas kematian mak, Shah terus berubah jadi orang lain. Shah jadi sangat alim. Segala CD lagu pop original artis semua Shah sedekahkan pada sanak saudara dan lagu-lagu Nasyid sahaja Shah simpan lagi. Pakaian2 yang tak elok Shah buang dan produk-produk yang membatal mahupun makhruh dalam air sembahyang semua shah buang. Shah hanya pakai yang halal saja dan Shah rajin membaca buku-buku agama dan sangat minat membeli majalah agama. Hari-hari shah berzikir dan ke masjid berjemaah solat fardhu, menghadiri kuliah-kuliah agama dan menghadiri kenduri orang kampung. Hinggalah diberi kepercayaan untuk menjadi muadzin.

Ujian Shah rupanya ada lagi mencabar. Disaat Shah berubah alim, ada hamba Allah menegur cara Shah laungkan Azan. Katanya terlalu lembut kena keras sikit. Yang buat Shah malu sebab teguran dia dikhayalak. Insiden lain pula, time Shah tolong mengangkat dulang di majlis tahlil di masjid. Ada seorang hamba Allah ni menegur Shah "Amboii lembutnya jalan". Pastu ramai yang dalam masjid tu ketawakan Shah. Shah masih lagi bersabar. Dan saat paling Shah tak kuat adalah sudah berani meraba2 dan peluk Shah dari belakang. Hari tu juga selepas solat Isyak Shah menangis mohon ampun pada Allah Shah dah tak kuat nak berjemaah lagi dan tak akan jejak lagi kaki di masjid tersebut. Dan Shah kembali pada asal Shah balik.

Selepas beberapa tahun, Shah dapat kerja di Brands Outlet. Disitulah Shah belajar bagaimana menghias diri dan staff disana tak jemu-jemu memberi dorongan dan semangat supaya Shah jadi lelaki yang handsome bukan macam adik-adik lembut. Shah mula menyuntik Vit C dan laser dimuka berkali-kali untuk pudarkan parut dimuka, makan pelbagai supplement dan guna bermacam produk untuk muka dan berbekam dibadan. New York Skin Care pun Shah pernah buat rawatan. Seiring dengan semua itu Shah mula aktif bersenam dan mengelak dari memakan makanan tak sihat dan minum air masak banyak2. Bukan perkara yang mudah untuk golongan macam Shah nak bangun dari kelemahan dan capai sesuatu yang terbaik pada masa akan datang. Kalau salah telunjuk maka hanyut lah, kalau benar cara nasihat maka eloklah.

Walau kini Shah dah tampil segak dan sedikit sado, masih jua ada yang tak puas hati. Ada yang hina Shah kalau kahwin dengan Shah hidup mereka kan musnah, ada pula yang kata takkan pilih orang macam Shah untuk dibuat suami sebab lembut. Biarlah tanggapan orang pada Shah, janji Shah tahu Shah dah berusaha menjadi lebih baik dari dahulu. Shah dah tak peduli kata2 buruk orang dah yang penting Shah nak bersyukur sangat!


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)