jurukimpal melecur teruk akibat tong dram meletup

Sumber foto: terengganutimes.com

Seorang jurukimpal mengalami kecederaan parah setelah tong dram yang sedang dipotongnya dengan tidak disangka-sangka meletup di sebuah bengkel menghasilkan perabot di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka di Dungun kelmarin.

Menerusi insiden pada jam 11.40 pagi itu, Muhammad Salehuddin Mohd. Noor (25 tahun) melecur lebih kurang 50 peratus daripada anggota badannya disebabkan letupan berkenaan.

Menurut Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab. Rahim, ketika insiden, Muhammad Salehuddin sedang membuat kerja-kerja kimpalan ke atas tong dram itu sebelum ianya dengan tidak disangka-sangka meletup ketika sedang dipotong mengakibatkan mangsa tercampak dan terbakar hampir keseluruhan pakaiannya.

Menurut siasatan awal, barangkali masih terdapat bahan mudah terbakar dipercayai alkohol pada tong dram itu ketika kerja-kerja pengimpalan sedang dibuat.

Beliau memberitahu, pihaknya yakin letupan tersebut disebabkan oleh percikan api yang mengenai bahan mudah terbakar di dalam tong dram itu ketika kerja-kerja kimpalan dilaksanakan oleh mangsa.

Sumber berita: Kosmo Online


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)