Oleh pada 03 Feb 2018 kategori

iqram liana dikatakan beraksi lucah dalam video terbaru

Kredit foto: Instagram Liana Rosli

Kerana sebuah kiriman video yang dimuatnaik di Instagram, aktor Iqram Dinzly dan pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM, dihentam teruk netizen.

Dalam rakaman selama 60 saat yang dikongsi Liana itu menyaksikan aksi Iqram dan beliau menikmati ais krim dengan gaya yang dianggap lucah.

Difahamkan, foto itu dirakam sewaktu dua selebriti ini hadir sebagai tetamu di majlis malam berinai pelakon Betty Rahmad, berlokasi di ibu kota.

Menerusi ruangan komen, netizen melahirkan rasa terkejut sekaligus meminta dua artis kontroversi ini sedar akan perlakuan mereka.

"Bawa mengucaplah kakak, semoga diberi hidayah oleh Allah SWT," komen Marzizawanie dan Auni_Syahadib.

"Ingat Allah sis, kita hanyalah hamba yang lemah, bila-bila masa dia boleh tarik nyawa dan nikmat, di dunia hanya sementara. Akhirat kekal abadi," tulis Mimieyy.

Begitupun, ada juga segelintir netizen yang menganggap aksi itu hanyalah video jenaka untuk menghiburkan para pengikut.

Malah, mereka meluahkan rasa seronok melihat gelagat 'aksi panas' Iqram dan anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu.

"Macam-macamlah, sampai tersedak Iqram. Adoi, kelakar betul Kak KM ni," kata Aleyalishadanish.

"Puas gelak. Dua orang ni lucu, jangan tertekan ya. Kita nikmati saja," pesan mhdzailan.

Terdahulu, Iqram pernah mencetus sensasi kerana beraksi pelik dan melakukan adegan yang dianggap lucah di media sosial.

Rentetan itu, beberapa tokoh agama dan pakar perubatan meluahkan hasrat untuk membantu beliau yang kini sudahpun mencecah usia 37 tahun itu.

Sumber berita: Mstar


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)