Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

bekas suami buka mulut isu pergolakan rumah tangga joy revfa dan hafiz hamidun 1

Kredit foto: Google Plus Datuk Ray Imran & Beautifulnara

Bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray Imran dalam kenyataan terbarunya mengakui berasa terkesan dengan berita keretakan rumah tangga Joy dan penyanyi Hafiz Hamidun.

Bagaimanapun Datuk Ray sudah dapat mengagak situasi buruk itu akan berlaku sebelum Joy mendirikan rumah tangga lagi, namun enggan menyuarakan pandangan beliau kerana bimbang dianggap iri hati dengan kebahagiaan bekas isterinya. 

bekas suami buka mulut isu pergolakan rumah tangga joy revfa dan hafiz hamidun 2

Kredit foto: Mstar

Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya mahu menasihatkan dirinya sebelum mereka kahwin, tetapi siapalah saya? Nampak seperti saya cemburukan dirinya pula. Sekarang, apa yang saya khuatir sebelum ini benar-benar terjadi.

Sumber: BH Online

Ditanya adakah dia tahu masalah sebenar yang dihadapi pasangan suami isteri itu, Datuk Ray berpendapat mereka barangkali tidak kenal hati budi masing-masing.

bekas suami buka mulut isu pergolakan rumah tangga joy revfa dan hafiz hamidun 3

Kredit foto: mynewshub.cc

Mungkin masing-masing ada kesilapan sendiri. Ditambah pula dengan perkenalan yang singkat, jadi mereka mungkin belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

Sumber: BH Online

Terdahulu, Joy memberi bayangan tentang sesuatu yang buruk sedang melanda rumah tangganya menerusi beberapa kiriman di laman Instagram. 


tags : , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)