Oleh pada 02 Sep 2017 kategori

tol

Sedang memandu, tiba-tiba kenderaan di hadapan anda membelok tanpa memberi signal. Atau anda sedang berada di simpang dan ingin belok, tetapi menunggu kenderaan yang mendatang lepas terlebih dahulu, tiba-tiba kenderaan itu membelok masuk, tanpa memberi signal. Sudah pasti anda berasa sangat geram dan marah malah memaki hamun seorang diri.

Tidak memberi signal sudah menjadi kebiasaan di atas jalan raya dan ia merupakan sesuatu yang tidak beretika. Ia bukan sahaja membuang masa pemandu lain malah boleh menyebabkan kemalangan seterusnya kematian. 

iluminasi.com ingin berkongsi 10 sebab mengapa pemandu tidak memberi isyarat ketika membelok.

1. Malas

signal

Ini adalah sebab yang paling popular di antara pemandu yang tidak memberikan isyarat membelok. Bagi pemandu-pemandu seperti ini, memberikan signal adalah sesuatu yang sangat leceh dan menjengkelkan, serta berasakan tidak ada apa-apa akan berlaku sama ada mereka memberikan signal atau tidak.

Kalau rasa beri isyarat itu leceh, kenapa nak memandu, kan lagi leceh? Baik naik bas je.

2. Tak ada kenderaan lain di jalan raya

jalan kosong

Biasanya di sinilah bermulanya tabiat ini, iaitu isyarat membelok hanya diberikan apabila terdapat kenderaan lain di jalan raya sahaja. Jika memandu di jalan atau lorong di taman-taman di kawasan perumahan, ramai yang tidak mempedulikan hal ini.

Perkara ini akan menjadi tabiat buruk dan apabila memandu di jalan besar, mereka akan cenderung untuk tidak memberi signal. Pemandu akan lebih berhati-hati jika ada pemandu lain di jalan raya. 

Anda silap jika merasakan bahawa tidak memberikan isyarat membelok di kawasan perumahan atau jalan yang kosong adalah selamat, kerana menurut syarikat insurans kereta, lebih banyak kemalangan berlaku dalam lingkungan 40 kilometer dari jarak rumah, dan di jalan yang kurang sibuk.

3. Tersalah suis

wiper

Ramai pemandu yang baru mendapat lesen memandu kerap melakukan perkara ini. Disebabkan kecuaian atau gelabah atas jalan raya, mereka ini sering tersalah menghidupkan suis wiper cermin ketika ingin menghidupkan suis signal. Juga sering berlaku kepada mereka yang memandu kereta milik orang lain dan tidak tahu mana satu suis signal, kerana terdapat kereta yang mempunyai suis signal di bahagian kanan, dan juga bahagian kiri.

4. Nak jimat masa

tak bagi signal

Ini sebab yang paling tak masuk akal, namun masih kerap berlaku. Pemandu yang perlu membelok dengan cepat disebabkan tersalah atau terlepas jalan tidak ada banyak masa untuk memberikan signal yang membuatkan mereka membelok dengan tiba-tiba tanpa fikirkan akibatnya. Ia sangat bahaya dan boleh menyebabkan kemalangan.

5. Rasa bahawa signal itu adalah pilihan

Mempunyai kereta dan kebolehan memandu tidak bermaksud seseorang pemandu itu mengetahui semua peraturan jalan. Terdapat sesetengah pemandu yang berasakan bahawa memberikan isyarat belok adalah satu perkara yang boleh dipilih untuk dilakukan atau tidak, lebih-lebih lagi jika tiada kenderaan lain di atas jalan. 

Beri isyarat belok sama ada terdapat kenderaan lain atau tidak, kerana anda tidak akan pernah tahu terdapat kenderaan lain yang datang secara tiba-tiba.

6. Memotong barisan

tukar lorong

Ini sangat kerap berlaku ketika jalan sesak. Adalah menjadi kelaziman tindakan potong-memotong di antara pemandu ketika jalan sesak, jadi ramai pemandu menghalang jalan bagi sesiapa sahaja yang ingin memasuki jalannya (mencilok).

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, terdapat pemandu yang sengaja tidak memberikan isyarat membelok yang membolehkan mereka untuk memotong barisan sebelum kenderaan hadapan sempat menghalang jalan mereka.

Tindakan tidak bijak ini yang ingin menjimatkan masa beberapa saat boleh menyebabkan kemalangan yang merugikan.

7. Ingin belok ke kiri

Di Malaysia kenderaan dipandu di bahagian kiri jalan, jadi untuk membelok ke kiri adalah lebih mudah berbanding membelok ke kanan. Ini yang membuatkan ramai pemandu tidak mempedulikan pemandu lain ketika ingin membelok ke kiri. Perkara ini amat menyedihkan dan sifat pentingkan diri sendiri ini sememangnya perlu diubah.

Dengan tidak memberikan signal belok ke kiri, anda telah menyebabkan beberapa masalah. Pertama, kenderaan di belakang tidak tahu anda akan memperlahankan kenderaan dan boleh menyebabkan kemalangan fender-bender. Kedua, sikap pentingkan diri anda telah melengahkan trafik yang sepatutnya berjalan lebih lancar. 

8. Kereta hadapan pun tak bagi signal

tak reti bagi signal1

Kajian menunjukkan bahawa memberi signal adalah berjangkit, dan juga sebaliknya. Jika kenderaan hadapan memberi isyarat membelok, kenderaan di belakang secara tak langsung akan mengikut perbuatan itu, dan jika pemandu hadapan tidak memberikan signal, ia juga akan dituruti oleh pemandu belakang.

9. Berada di belakang barisan

Ini antara yang paling kerap berlaku. Apabila anda berada di belakang beberapa kenderaan yang sedang menunggu giliran untuk belok ke kiri, anda berasakan mengapa anda pelu berikan isyarat belok sedangkan orang dah tahu ke mana anda nak pergi kan?

Ini yang silap, kerana tak semua orang tahu ke mana anda akan pergi. Jika anda betul, tak mengapa, tetapi jika anda membelok tanpa beri signal dan terlanggar pejalan kaki, anda lah yang bersalah.

10. Signal rosak

signal rosak

Walaupun ia tidak kerap belaku, namun tidak memberikan isyarat belok disebabkan lampu isyarat kereta rosak masih tetap berlaku. Tidak ada gunanya jika anda seorang pemandu yang selalu memberi isyarat belok, namun isyarat tersebut rosak. Ia menjadikan anda sama seperti mereka yang pentingkan diri sendiri kerana mengabaikannya. Segeralah betulkan lampu isyarat belok kerana ia sangat penting.


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)