2 penunggang motosikal maut bertembung di kluang

Sumber foto: Mynewshub

Dua lelaki meninggal dunia setelah motosikal dinaiki mereka bertembung menerusi insiden di Felda Ulu Belitong, Kluang, malam tadi.

Insiden sekitar pukul 8.30 malam tersebut membabitkan tiga kenderaan iaitu dua motosikal dan sebuah kereta model Perodua Myvi.

Asisten Komisioner Mohamad Laham selaku Ketua Polis Daerah Kluang memberitahu, kemalangan mengakibatkan penunggang motosikal Yamaha, Faiz Razak (26 tahun) meninggal dunia di lokasi insiden.

Sementara itu, seorang lagi penunggang, Md Rizel Sanip (39 tahun) menghembuskan nafas terakhir semasa dalam perjalanan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang.

Menurut siasatan awal, insiden terjadi ketika Md Rizel dan pemandu kereta berumur 30 tahun sedang berada dalam perjalanan dari Kluang ke Kota Tinggi. Faiz pula dari arah Kota Tinggi ke Kluang.

Ketika berada di lokasi insiden, motosikal yang ditunggang Mohd Rizel bertembung motosikal milik Faiz semasa mahu memotong sebuah kereta.

Pertembungan tersebut mengakibatkan kedua-dua penunggang motosikal terpelanting ke tepi jalan.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)