Oleh pada 03 Aug 2017 kategori

Pada zaman Empayar Uthmaniyyah dahulu, ramai orang yang membina istana miniatur yang rumit dan sangat berseni untuk kediaman burung-burung. Terdapat beberapa lagi peninggalan rumah burung yang telah dibina oleh orang terdahalu yang masih kekal di Turki pada hari ini. Rumah burung kebanyakkannya ditempatkan di dinding luar struktur bangunan yang terletak di sekitar bandar utama seperti masjid, rumah penginapan, jambatan, perpustakaan, sekolah dan binaan air pancut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sehingga hari ini, terdapat hampir setiap bandar di Turki yang masih mempunyai beberapa contoh jenis peninggalan senibina burung yang menarik ini. Istana burung yang tertua dibina adalah pada abad ke-16 yang berada di Jambatan Büyükçekmece, Istanbul.

rumah burung di turki

Bukan sahaja mereka menyediakan tempat kediaman serta perlindungan burung, struktur ini juga memenuhi tujuan kerohanian iaitu mereka yakin dengan membuat amal baik kepada setiap makhluk pasti diberi balasan yang baik.

istana burung diturki

Rumah burung mempunyai pelbagai nama yang berbeza sejak bertahun-tahun dahulu seperti "kuş köşkü", "güvercinlik" dan "serçe saray". Walaubagaimana cara anda menyebut nama rumah burung tersebut, satu perkara yang pasti tersentuh di hati anda iaitu setiap kepingan seni bina yang mengasyikkan ini akan menggalakkan sifat kasih sesama makhluk di kalangan masyarakat Turki dan merupakan satu perkara yang baik untuk bandar dan juga burung-burung yang mempunyai kediaman yang telah siap dibina.

rumah burung turki




Hakcipta iluminasi.com (2017)