Kredit foto: Instagram Yuna Zarai

Penyanyi Yuna Zarai memecah tradisi apabila menjadi penyanyi Malaysia pertama yang dicalonkan dalam anugerah BET di Amerika Syarikat.

Berita tersebut didedahkan oleh syarikat pengurusan Yuna, iaitu Yuna Room Records menerusi laman Instagram mereka. 

Beliau tercalon dalam kategori Centric Award (untuk lagu Crush, nyanyian bersama Usher) - yang menyaksikan persaingan daripada penyanyi-penyanyi dari genre neo soul atau R&B.

yuna pecah tradisi artis malaysia pertama tercalon dalam anugerah bet 2

Kredit foto: singersroom.com 

Lima lagi calon dalam kategori tersebut adalah Fantasia, Kehlani, Mary J. Blige, Solange dan SYD.

Sementara nama-nama besar Hollywood yang berada dalam pencalonan Anugerah BET tahun ini adalah Beyonce, Rihanna, Bruno Mars dan ramai lagi.

Dianjurkan oleh saluran Black Entertainment Television, acara tahunan itu dibuat khusus untuk mengiktiraf pemuzik-pemuzik Afrika-Amerika serta golongan minoriti lain.

Anugerah BET bakal berlangsung pada 25 Jun 2017 di Microsoft Theater, Los Angeles.

yuna pecah tradisi artis malaysia pertama tercalon dalam anugerah bet 3

Kredit foto: fasttrack.hk




Hakcipta iluminasi.com (2017)