Jika ibu-ibu lain gigih membuat bekalan bento untuk anak-anak, ibu ini pula gigih menukarkan makanan anaknya dalam bentuk karakter kartun terkenal.

jacob dan ibunya laleh

BESARKAN TEKS     A-  A+

Laleh Mohmedi, 31, tinggal di Melbourne, Australia bersama anaknya, Jacob, yang berusia 5 tahun. Dia bekerja sebagai seorang konsultan pengrekrutan perubatan yang sentiasa menyokong pemakanan sihat daripada sumber organik.

olaf frozen

Semua ini bermula apabila dia sukar memberi makanan seimbang kepada anaknya yang cerewet. Jadi, dia cuba untuk mendekorasikan pinggan si kecil dan mengubah lempeng biasa ke dalam bentuk singa dan ternyata Jacob amat menggemarinya. Kini, ia sudah menjadi rutin setiap malam sebelum tidur, Jacob akan memberitahu ibunya karakter kartun apakah yang ingin dimakan keesokan hari.

michael jackson

Jacob juga pernah meminta ibunya membuat makanan berbentuk Michael Jackson!

chicken little

Ada sesetengah ibu yang melihat seni makanan Laleh ini dan berfikir, "Wuishhh. Mana ada masa nak buat semua ni!" Jangan risau. Laleh hanya meluangkan 20-35 minit sahaja untuk menyediakan setiap hidangan, bergantung kepada tahap kesukaran.

finding nemo

Ibu muda ini juga telah membuat satu akaun Instagram khas untuk memaparkan seni dan kreativitinya setiap hari untuk dijadikan inspirasi oleh ibu-ibu lain. Anda boleh follow Laleh di Instagram.

Tengoklah video ni cara Laleh mengukir makanan. Kreatif betul!




Hakcipta iluminasi.com (2017)