Kredit foto: freemalaysiatoday.com

Baru-baru ini, sebuah sidang media permohonan maaf telah dilakukan oleh pihak Primeworks Studios Sdn Bhd dan Ammar Titan berikutan tindakan pengacara itu yang telah menghina nama mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negaram Watson Nyambek menerusi rancangan 'Sukan Tak Sentral'.

Walaubagaimanapun, Watson tidak menerima permohonan maaf tersebut kerana terasa hati apabila bapanya diejek seperti haiwan.

 

Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di TV serta di depan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini susah hendak menerima maaf itu. Ini kerana bapa saya ini dipandang seperti seekor haiwan. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua?

 

Tambahnya lagi, sebuah laporan polis berkaitan isu tersebut juga telah dibuat demi menuntut keadilan.

Mungkin suatu masa nanti, hati saya akan terbuka…dan saya akan menerima kemaafan ini. Jadi sekarang saya belum hendak menerima (permohonan) maaf. Saya akan teruskan perjuangan saya mendapatkan keadilan.

Untuk info, siaran rancangan 'Sukan Tak Sentral' ditamatkan selain Ammar Titan selaku pengacara serta enam kru program itu digantungkan tugas untuk suatu tempoh yang tidak dinyatakan.

Semoga kes ini menjadi iktibar kepada semua pelawak di luar sana untuk tahu menjaga batas apabila sedang menghiburkan penonton. 

Sumber : BH Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)