Oleh pada 10 Jun 2017 kategori

Kredit foto: encikshino.com

Baru-baru ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita yang mendakwa dirinya telah menerima gangguan mesej tidak senonoh daripada aktor popular, Shukri Yahaya.

Dakwaan itu disertakan dengan bukti bergambar mesej peribadi berkenaan.

wanita tayang bukti terima mesej tidak senonoh ini kenyataan shukri yahaya 2

Kredit foto: Beautifulnara

Menerusi laman Instagram wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle itu, dia melahirkan rasa meluat dengan sikap aktor berkenaan yang asalnya merupakan salah seorang artis kegemarannya.

Perbualan mesej biasa akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Shukri didakwa mula menyentuh tentang subjek yang berbaur seks.

Bagaimanapun Shukri dalam wawancara terbarunya menafikan berita yang tersebar.

wanita tayang bukti terima mesej tidak senonoh ini kenyataan shukri yahaya 3

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya

Saya pun dapat tahu berita ni pagi ini. Komen saya senang je, orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk ‘famouskan’ diri mereka tanpa rasa malu akan diri sendiri. Mereka seperti sudah tidak bermaruah dan nak popular cara pantaslah ni. Saya sikit tidak terasa dan malas nak layan. Stop making stupid people famous.

Sumber: Mstar 

Tambah Shukri lagi, beliau tidak akan mengambil tindakan susulan kerana enggan melayan isu remeh sebegitu. Baginya, sesiapapun dapat mengaku diri mereka sebagai beliau di alam maya dengan niat untuk menarik perhatian wanita lain.

Bersabarlah Shukri kerana sudah menjadi resam dunia hiburan untuk digelimpangi dengan berita fitnah sebegini. Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi hari ini, bukti bergambar sahaja tidak cukup untuk membuat tuduhan. Bertenanglah jika anda berada di pihak yang benar.

wanita tayang bukti terima mesej tidak senonoh ini kenyataan shukri yahaya 4

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya 




Hakcipta iluminasi.com (2017)