Oleh pada 08 Mar 2017 kategori


Penulisan ini telah mendapat perhatian editor Iluminasi di mana penulis asal posting ini, saudara Akhi Fairuz telah menyatakan penyataan yang sangat menarik iaitu "Walaupun kau tak sokong BR1M, tapi kau kena sokong kerajaan dalam isu ketegangan Malaysia dengan Korea Utara ini". Penulisan ini telah diterbitkan semula di laman blog ini dengan kebenaran  beliau.



akhi fairuz al jengkawi di turki


Ada satu video di Youtube. Video ini membandingkan aset ketenteraan yang dimiliki Korea Utara dan Malaysia. Jelas, Korea Utara mendahului kita dari aspek berkenaan. Baik dari bilangan tentera, pesawat tempur, senjata dan lain lain.

Aku tak mahu memperkatakan sangat tentang video berkenaan. Yang membuatkan aku tertarik adalah komen komen pengguna Youtube di video berkenaan. Rata rata menyokong Malaysia. Baik dari Turki, Pakistan, Indonesia, bahkan dari negara Barat sekalipun. Indonesia yang selalu bertegang leher dengan Malaysia pun beri sokongan penuh. Ajaib tuan tuan.

Bila ini berlaku, aku teringat hadith Nabi SAW, yang aku lupa teks penuh. Akhir zaman nanti kaum muslim dan bangsa Rom akan bekerjasama melawan satu musuh di belakangnya. Ada yang menafsirkan musuh ini Iran (Syiah). Namun ada juga yang menyatakan ia Korea Utara (Blok Komunis). Wallahuallam.

Teman teman yang baik hati, isu ini melibatkan Malaysia dengan satu negara yang gila. Gila dan degilnya persis negara haram Israel. Kita harus bersama dengan kerajaan Malaysia.

Elakkan dari mengulas dari sudut yang tak menguntungkan sesiapa. Elakkan dari memberi komen yang mengguris hati keluarga 11 orang rakyat Malaysia di sana. Jangan sesekali politician di pihak pembangkang mengulangi kesilapan dengan mempertikaikan kerajaan seperti isu di Lahad Datu.

Yang paling penting sekali diri kita. Tahan diri dari mengulas apa yang kita tak tahu. Doa doa dan doa. Beri sokongan pada kerajaan. Apa yang betul kita sokong. Apa yang salah (contoh : pemberian Br1m), kita hentam.

Percayalah, komen sindiran, sarcasm, menghentam dan seangkatan dengannya benar benar tidak membantu.

Kalau kau rasa menggeletar nak komen juga, cari gambar kucing, post lah di facebook anda. Letakkan caption "Kalau artis seksi beribu orang likes dan komen. Takkan gambar kucing comel ni anda nak abaikan."

Takdir tuan tuan.


Penulisan asal : Akhi Fairuz @ Aya Kitchen


tags : , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)