Oleh pada 09 Mar 2017 kategori

Diambil oleh sebuah dron udara milik IS dan disebarkan, rakaman video menampakkan satu kejadian di mana sebuah kereta yang dipandu oleh pengebom berani mati ditahan daripada memasuki kawasan yang mempunyai ramai penduduk di daerah Mosul, Iraq.

1. Bulatan bertanda merah menandakan kereta yang dipandu secara perlahan oleh pengebom berani mati cuba mendekati kawasan. Kita boleh nampak ada sebuah kereta perisai yang menunggu di jalan tetapi masih ada ruang untuk kereta tesebut mencelah kerana kereta kebal di sebelahnya sedang berundur.

suicide bomber iraq 01

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Menyedari kedatangan kereta tersebut ke kawasan tersebut, askar Iraq yang berada di dalam kereta kebal yang sedang mengundur dengan pantas cuba menutup jalan yang masih terbuka sambil diberikan isyarat amaran supaya kereta pengebom tersebut tidak melalu kawasan tersebut, dengan signal lampu merah yang dipasang di atas kereta kebal.

suicide bomber iraq 02

3. Menyedari ruang sudah tertutup, pengebom berani mati memberhentikan kereta berdekatan dengan dua kereta kebal tersebut.

suicide bomber iraq 03

4. Kemudian meletupkan bom yang sudah tersedia menghasilkan letupan yang cukup kuat. Tidak dapat dipastikan apakah nasib askar yang berada di dalam kereta perisai dan kereta kebal tersebut.Marilah kita sama-sama doakan agar kita tidak mengalami keadaan seperti mereka yang setiap hari, hidup dalam ketakutan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)