Oleh pada 23 Oct 2017 kategori

ular tedung selar bersenyawa

Semasa di bangku sekolah dulu, pasti anda pernah belajar tentang pembiakan haiwan dalam matapelajaran sains tingkatan tiga iaitu "seks dan aseks". Umum mengetahui bahawa ular bertelur dan pada masa sama tidak mengetahui bahawa ada juga spesis ular yang boleh beranak (tidak bertelur).

Beberapa bulan lepas, satu video klip pendek dalam laman facebook Reptile Collective telah viral di beberapa negara termasuklah Malaysia.Video ini telah mencuri perhatian para netizen kerana ular dalam video tersebut melahirkan 3 ekor anak ular. Hal ini sangat bertentangan dengan apa yang anda belajar di bangku sekolah dulu. Jangan risau, sekiranya anda mula keliru, ikuti penjelasan di bawah ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

70% sahaja ular bertelur

Sebenarnya, hanya 70 peratus sahaja ular dalam dunia yang bertelur. Yang lagi 30 peratus ular pula tergolong dalam dua kategori: beranak dan kombinasi bertelur dan beranak. Ular yang bertelur ialah ular yang tergolong dalam keluarga Oviparous. Ular oviparous seperti King Cobra, akan bertelur di sarangnya dan akan mengeram telur-telurnya sehingga menetas seperti yang umumnya kita ketahui.

ular tedung antara spesis ular yang bertelur

Lagi 30 peratus ular pula dibahagikan kepada 2 jenis iaitu viviparous dan ovoviviparous.

1. Viviparous : Jenis beranak

Viviparous. Ular viviparous seperti ular Boa langsung tak bertelur. Dalam erti kata lain, ular jenis ini beranak sahaja. Ibu ular daripada kalangan viviparous akan membekalkan segala nutrien dan oksigen yang diperlukan oleh janin yang sedang membesar (anak ular) dan menyingkirkan bahan perkumuhan yang dihasilkan anak ular menerusi plasenta dan yolk sac (kantung yang mengandungi kuning telur).

gambar ular beranak

2. Ovoviviparous : Jenis beranak + bertelur

Ovoviviparous merupakan gabungan perkataan Oviparous dan Viviparous. Seperti asal usul namanya, ular dalam keluarga Ovoviviparous 'bertelur dan beranak'. Ular betina akan menghasilkan dan menyimpan telur dalam badannya dan anak ular akan membesar dalam telur di dalam badan ibu ular sehingga menetas. Selepas menetas, barulah anak-anak ular dilahirkan ke dunia. Dalam bahasa mudah, telur-telur tersebut diramkan di dalam badan ibu ular . Contoh ular ovoviviparous pula ialah ular orok-orok.

Sebenarnya, bukan semua haiwan reptilia bertelur. Selain ular, reptilia seperti sesetengah jenis cicak dan chamelon juga beranak. Kesimpulannya, bukan semua haiwan yang tergolong dalam sesetengah kategori, sama cara pembiakkannya. Jangan terkejut kalau haiwan berdarah panas seperti haiwan mamalia pun ada yang bertelur.

Boa betina boleh menghasilkan anak dengan sendirinya

Boa adalah antara spesis ular yang pelik di dunia. Boa betina boleh melahirkan anak tanpa memerlukan proses persenyawaan dengan Boa jantan. Proses yang berlaku adalah proses yang digelar Parthenogenesis di mana, proses ini biasanya berlaku pada tumbuh-tumbuhan sahaja.

boa lahirkan anak

Boa betina yang melahirkan anak melalui proses aseks Parthenogenesis ini, hanya akan melahirkan anak ular betina sahaja dan membawa genetik yang serupa dengan ibunya. Untuk mendapatkan anak ular jantan, Boa betina perlu menjalankan proses persenyawaan dengan Boa jantan.

Video pelbagai ular melahirkan anak

Sumber :

1. egg-birth snakes

2. weird snakes

3. sciencedaily




Hakcipta iluminasi.com (2017)