Oleh pada 29 May 2017 kategori

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan satu ibadah wajib yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Berpuasa merupakan satu ibadah di mana kita menahan diri daripada makan dan minum serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dar terbit matahari sehinggalah terbenam fajar. Bagi sesetengah individu yang mengalami masalah kesihatan atau mudah jatuh sakit, berpuasa merupakan satu ujian yang agak berat untuk mereka terutamanya ketika cuaca yang panas. Oleh hal yang demikian, marilah kita baca dan kongsikan tips penjagaan kesihatan semasa di bulan puasa ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Jangan tinggalkan sahur

sahur

Sahur merupakan salah satu perkara yang paling penting untuk penjagaan kesihatan semasa berpuasa. Jangan pandang remeh terhadap bersahur, kerana ia akan memberikan anda tenaga sepanjang hari. Hanya dengan memakan 3 biji kurma dan segelas susu dan segelas air suam sudah memadai untuk bersahur. Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya 2-3 gelas air semasa bersahur untuk mengelakkan dehidrasi.

2. Jangan gelojoh ketika berbuka

gelojoh

Berbuka merupakan saat yang paling menyeronokkan ketika berpuasa. Namun, kita perlu kawal diri dan jangan terlalu mengikut kehendak nafsu. Rancang pemakanan anda dan elakkan daripada makan terlalu banyak ketika berbuka kerana ia akan menyebabkan badan anda berasa tidak selesa dan pening kepala. Sebaliknya, berbuka secara ala kadar dan sambung makan setelah selesai solat tarawih.

3. Makan makanan yang memberi tenaga

vitamin b foods

Makanan yang memberikan tenaga yang tinggi amat diperlukan bagi mengelakkan anda berasa cepat penat semasa berpuasa. Antara makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi adalah makanan yang mempunyai kandungan vitamin B12 yang tinggi seperti telur, sardin, pisang dan kekacang. Amalkan memakan buah-buahan bagi mendapat sistem pencernaan yaang sihat.

4. Elakkan makanan tidak berkhasiat

junk food

Berpusa akan menyebabkan perut menjadi kosong dan akan meningkatkan tahap keasidan gastrik di dalam perut. Untuk mengelakkan gastrik daripada terjadi, amalkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Makanan segera, makanan yang sangat pedas, makanan yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi juga perlu dielakkan sama sekali. Anda akan cepat berasa lapar sekiranya makan makanan sebegini kerana ia mengalami pembakaran dan pencernaan yang pantas di dalam badan anda.

5. Elakkan minum minuman berkafien

minuman berkafien

Semasa berpuasa, minuman berkafien seperti kopi, teh, coklat dan soda adalah amat dilarang sama sekali. Hal ini demikian kerana, kafien tersebut akan menyebabkan anda berasa lapar. Elakkan meminum teh ketika bersahur kerana ia akan menggalakkan pengeluaran air dari badan dan anda akan berasa haus dan lesu sepanjang hari. Air yang paling sesuai untuk bersahur adalah susu ataupun air kosong. Anda juga boleh menambah seotong limau ke dalam air anda bagi menambahkan kelazatannya.

Sumber rujukan ;

emiratewoman




Hakcipta iluminasi.com (2017)