Sesetengah bandar yang ada di dunia ini terdapat pesta seks, arak dan sebagainya yang menyebabkan bandar itu dikenali sebagai pusat  pelancongan justeru dapat menjana pendapatan ekonomi yang sangat lumayan. Ini adalah senarai 5 bandar yang digelar sebagai sin city dan penuh dengan dosa:

#1 Pattaya, Thailand : Bandar Seks

Pattaya merupakan syurga seks yang paling banyak dikunjungi oleh para pelancong di seluruh dunia. Di sini terdapat banyak pertunjukan seks dan tarian transeksual yang menjadi tarikan utama oleh pelancong di bandar yang terletak di sisir Teluk Thailand, sebelah Tenggara Bangkok ini. Tidak perlu untuk menunggu sehingga waktu malam kalau nak cari pelacur kerana di sini mereka beroperasi 24 jam. Tidak pelik juga jika pondan cantik ditawarkan di sepanjang jalan di bandar Pattaya ini. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

#2 Las Vegas : Bandar Judi

Las Vegas merupakan syurga bagi kaki judi. Di sini, ramai yang boleh berjudi tak kira siang atau malam kerana hampir seluruh wilayah Las Vegas telah meyediakan tempat untuk berjudi walaupun belum sah sepenuhnya di sisi undang-undang. Para pelacur juga menjadi daya tarikan aktiviti di setiap kasino yang ada. Tidak kisah walau apa pun latar belakang seorang pengunjung itu, Las Vegas tetap menjadi tempat persinggahan utama yang terbaik di Amerika. Moto "Go and Sin" yang digunakan oleh industri judi tersebut sudah sememangnya menarik perhatian bagi kaki judi.

6359414504763272881019619450 las vegas

#3 Amsterdam, Belanda : Bandar Marijuana

Ramai yang tidak tahu bahawa bandar ini terdapat puluhan kafe marijuana iaitu sejenis dadah. Hal ini kerana di sini Marijuana dan rokok seumpamanya merupakan benda yang sah di sisi undang-undang negara kincir angin ini. Tidak ada peraturan ataupun prosedur yang perlu dijalankan berkaitan dengan benda larangan tersebut. Disebabkan kebebasan ini juga ramai yang mengamalkan seks sejenis. Mereka bebas untuk mengikrarkan hubungan sesama jenis ini. Di sini juga, ramai yang tidak meyakini bahawa Tuhan itu wujud. Oleh sebab itu, tidak ada orang yang mempersoalkan perkara tersebut di Amsterdam.

shutterstock 172753478

#4 Rio de Janeiro, Brazil : Bandar 'Topless'

Semestinya kita tahu bahawa ramai wanita Brazil ini memiliki wajah yang membuatkan para lelaki terpesona dengan kecantikan mereka. Jadi, tidak hairanlah jika kebanyakan Top Supermodel berasal dari sini. Kalau anda berkunjung di pantai-pantai sana, jangan terkejut melihat ramai wanita di situ yang hanya kelihatan separuh bogel. Mereka tidak kisah untuk lalu lalang tanpa seurat benang di bahagian dada dan suasana semakin liar jika matahari hampir terbenam. Di sini terdapat juga beberapa rumah pelacuran di persisiran pantai untuk mereka yang ingin memuaskan nafsu. Aktiviti pelacuran merupakan satu industri yang sah di bandar ini.

rio de janeiro an amazing part in brazil

#5 Manama, Bahrain : Bandar Pesta

Ucapan "Selamat Datang ke Pesta Oasis Timur Tengah" akan seringkali diucap jika anda berkunjung di sini. Seperti yang kita tahu, kerajaan di Arab Saudi mengeluarkan undang-undang yang sangat ketat untuk rakyatnya jika ingin mengadakan pesta. Walaupun bandar Manama, Bahrain ini berdekatan dengan Arab Saudi, namun di Manama, apa jua perkara boleh dirunding. Tidak kisah sama ada pesta seks mahupun 'clubbing', jangan risau kerana ianya adalah perkara biasa dan sah. Meskipun bandar ini merupakan bandar yang ramai penduduknya beragama Islam di kawasan padang pasir, namun sejak tahun 2004, semuanya telah berubah dan mengamalkan budaya barat.

manama at night




Hakcipta iluminasi.com (2017)