Oleh pada 08 Mar 2017 kategori

Ibu negeri Kedah, Alor Setar atau dipanggil "Loq Staq" oleh penduduk tempatan adalah salah satu destinasi menarik bagi kaki-kaki makan. Tempat-tempat makan yang menawarkan pelbagai jenis menu menyelerakan dan murah semestinya menjadi agenda utama setiap kaki makan yang datang ke Alor Setar.

Kalau anda nak tahu tempat-tempat makan terbaik di Alor Setar yang mendapat sambutan dan liputan media-media masa dan sosial, jom baca tentang 10 tempat makan yang WAJIB dikunjung di Alor Setar ini. 1. Nasi Lemak RoyaleTak sah rasanya kalau datang ke Alor Setar tak makan nasi lemak ni. Bila musim cuti sekolah, dia punya queue tu mencapai level bumper-to-bumper! Nasi Lemak Royale ni ada banyak cawangan kat Alor Setar since perniagaan ni dikembangkan oleh keluarga pemiliknya. Antara yang popular adalah:-Royale depan Bangunan Alor Ria, berdekatan Pekan Rabu lama (dikatakan yang ni adalah pioneer)-Royale Hijau Kuning, Lebuhraya Sultan Abdul Halim.-Royale Istana, bersebelahan Istana Anak Bukit.

Fuhh sedapnya kuah banjir! kalau tak suka kuah banjir boleh bagitau kat mamak tu sbelum dia taruk kuah.

2. Koaytiow BakhariRahsia kehebatan koaytiow ni adalah ia digoreng dengan menggunakan arang dan udangnya telah siap dikupas. Pemiliknya, Pak Bakhari memulakan perniagaan pada jam 5 ptg setiap hari berbekalkan 70 kati koaytiow, 70 tray telur ayam, 20kg kerang dan 20kg udang yg siap dikupas sendiri oleh beliau. Seawal jam 8:30 malam, semua dah habis licin! ohsem kan?Lokasinya terletak di Medan Selera Pekan Simpang Kuala. Menurut Pak Bakhari, tiada hari cuti yang tetap. Hanya tutup jika bekalan udang dan kerang kurang atau tiada.

Tengok udang tu pon dah terliurkan?

12985597 961737813940711 7181817852078662410 n

gambar dari : Jalan-Jalan Cari Makan Di Kedah - Rasmi3. Gulai Temenung Kuala KedahGulai temenung ni antara makanan kegemaran orang Kedah. Memang kau bukan orang Kedah la kalau tak pernah makan gulai ni. Lebih menarik jika bahan asas seperti rempah, digiling secara home made.  Itulah keistimewaan yang ada pada gulai temenung Kuala Kedah. Eh terlupa pulak nak info, temenung tu adalah ikan kembung tau. Bukannya lepas makan gulai tu korang akan termenung.Antara warung-warung gulai temenung yang popular di Kuala Kedah:- Gulai Temenung Hj. Jamil, Jalan Batas Paip- Warung Kak Yang, Kg. Seberang Kota.- Gulai Ikan Meletop, Taman Kota Nelayan.

Gulai ikan ni kalau cicah dengan roti pon sedap oi!

10411223 10202723025229852 2257509794451561702 n

4. Roti Doll Roti ni menjadi pilihan untuk warga Alor Setar bersarapan atau "menyorok" dalam dialek tempatan. Roti Doll ni adalah roti canai yang diletakkan telur mata separuh masak diatasnya dan selepas itu ditabur lada. Kuahnya dicampur dengan sambal untuk menambah lagi umph!Menurut sumber warga tempatan, Roti Doll ni diasaskan oleh peniaga roti canai bernama Faroq di Jalan Putra. Lama Kelamaan, roti ni menjadi popular dan dikembangkan oleh saudara Sham di Jalan Gunung Keriang.Lokasi popular Roti Doll:- Restoran Mee Faroq, Jalan Hutan Kampung.- Restoran Mee Sham, Jalan Gunung Keriang- Restoran MiKamal, Anak Bukit.Tengok telur kuning tu mana tahannn! 

10929970 793828890653842 1309838948947839705 n foto oleh : Md Yhy5. Awi PulutPulut memang tak dapat dipisahkan oleh penduduk negeri yang bersempadanan dengan Thailand. Awi Pulut menawarkan pulut mangga, pulut durian dan pulut kahwin (mangga+durian). Gerai ini akan dipenuhi dengan pelanggan seawal jam 8 pagi sehingga 4 petang dan akan menjadi sesak ketika cuti sekolah. Kalau korang minat pulut durian, dinasihatkan datang awal sebab sekarang ni stok agak terhad. Tapi bila masuk musim lambakan durian pada pertengahan tahun, tak payah bimbang dah! Lokasi:Bersebelahan Bangunan Mara, Jalan Langgar, Pusat Bandaraya Alor Setar. Peminat pulut durian pasti tak senang duduk kan?

14064253 1046634122117746 6458109212358373589 n

6. Kopitiam Jalan Teluk Wan Jah

Lagi satu tempat sarapan yang popular di Alor Setar. Meja-meja makan sentiasa dipenuhi pelanggan dari pagi hingga ke tengah hari. Tambahan pula sekarang ini Pekan Rabu berpindah sementara ke Bangunan Ukir Mall untuk memberi laluan pembinaan semula Pekan Rabu yang lama.Kat sini banyak pilihan gerai makanan, terdiri daripada kuih-muih tempatan, masakan Kelantan, Thai, mamak hinggalah ke masakan barat. Lokasi:Jalan Teluk Wan Jah (bersebelahan Ukir Mall)Pelanggan beratur membeli kuih muih.

13244781 1330111483670448 40225132148214516 n Gambar oleh : Mohd Sharumnisham

7. Koaytiow ImanBermula dengan gerai kecil di tepi jalan dan popular dengan 'koaytiow teloq ataih' dan 'nasi lemak 3 kupang', kini Koaytiow Iman menjadi ikon Bandaraya Alor Setar. Tapi nasi lemak tu tak dapat dah la harga 3 kupang, tu harga zaman dulu hahaha.Kaki-kaki makan yang datang ke Alor Setar wajib singgah makan kat sini. Lokasinya terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah Sambungan berhadapan Taman Pandan. Dibuka seawal 6petang hingga 1pagi.

ninndiaaa koaytiow teloq ataih!

11251170 816123601835467 1959147662958881225 n

Gambar : -sumber-

8. Laksa Ikan Sekoq

Haa kalau hantu laksa mesti cuba ni, laksa yang diletak ikan temenung seekor. Kalo korang jenis makan banyak, nak tambah laksa pon boleh...FREE!

Lokasinya di Blok A Taman Wira Mergong, Jalan Gangsa. Dibuka dari tengah hari hingga lewat petang.

merrcikkk!!

11752429 10206057964506171 2190403500983059404 n

9. Daging Bakar Pak Leh

Kalau nak rasa daging bakar yang ohsem! boleh cuba di Warung Daging Bakar Pak Leh. Terletak di Tapak Pasar Malam Jalan Kuala Sungai. Dibuka seawal jam 7:30pagi, pelanggan kena beratur untuk dapatkan daging ni panas-panas. Korang kena bersabar sikit kalau ada manusia cuba potong queue..jangan gaduh-gaduh aaa hahaha..warung ni dibuka hari Ahad, Selasa, Rabu & Khamis sahaja.Makan dengan nasi putih+air asam pon dah cukup sedap!

11230978 828195093961651 8837334713257285494 n

10. Nasi Kandar YasmeenAntara nasi kandar yang orang sanggup beratur sampai ke tepi jalan. Lokasinya di Lebuhraya Darulaman, berdekatan Stadium Darulaman. Keistimewaan dia adalah nasi carrot dan ayam goreng panas yang super power! dicampur pula dengan kuah kari secukup rasa akan membuatkan korang tersenyum lebar satu hari. Dibuka jam 5:30ptg hingga lewat pagi. Kat Alor Setar ni ada lagi satu cawangan dia depan Hospital Sultanah Bahiyah.Gambar ini mungkin mengganggu fikiran anda!

11745932 820153508099143 3946410873885142479 n

Ok perut aku pon lapar jugak ni..cukup setakat tu perkongsian..akan bersambung..tunggu!




Hakcipta iluminasi.com (2017)