Oleh pada 09 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Selepas sekian lama mengambil tindakan berdiam diri, akhirnya pelakon Rita Rudaini tampil menjawab isu yang mengaitkan dirinya sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pelakon Aqasha. 

Dalam kenyataan penuh yang dibuat Rita, beliau menepis dakwaan isteri Aqasha, Baizura. 

Menurutnya, hubungan yang terjalin antara dia dan Aqasha hanyalah untuk menghidupkan watak dalam drama terbarunya, Misi Laksa dan Laksam. Drama yang bakal ke udara untuk siaran TV3 tersebut menggandingkan pasangan ini menjayakan watak sebagai suami isteri. 

Malah, Rita turut menjawab punca dia tidak tampil mengulas dakwaan itu sebelum ini kerana tidak mahu menghangatkan lagi isu tersebut. Apabila keadaan sudah reda, Rita bersedia memberikan penjelasan.  

Ini kenyataan penuh Rita: 

tanyalah aqasha rita rudaini akhirnya dedah kisah sebenar 2

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Saya bukan baru hari ini kenal Aqasha, malah sejak dia berusia 19 tahun. Sepanjang tempoh itu, tidak dinafikan kami memang bersahabat baik. Bermula dengan drama Janji Kasih, kami digandingkan dalam beberapa lagi drama seperti Butakah Cinta, Jangan Bunuh Matahariku, Oh Haram 1 dan 2 sehinggalah baru-baru ini, kami sekali lagi berlakon bersama dalam Misi Laksa dan Laksam. Sudah lama kami tidak digandingkan bersama, kira-kira empat tahun. Apabila digandingkan lagi dalam drama Misi Laksa dan Laksam untuk siaran TV3, sudah tentu saya sebagai kawan lama gembira dengan perkembangan itu. Rita akui gandingan kali ini berbeza dengan sebelumnya apabila menerusi Misi Laksa dan Laksam, mereka berdua memegang watak suami isteri. Memang tidak dinafikan dalam menjayakan watak itu, sebagai kawan lama, kadangkala kami terlepas bergurau. Malah, orang produksi sendiri tahu bagaimana dalam kalangan kami bercanda. Cuma bagi orang luar yang tidak faham, pastinya susah untuk menerimanya. Bukan itu saja, dalam menjayakan watak itu kami membayangkan kalau kami benar-benar sebagai suami dan isteri, bagaimana situasinya. Berapa orang anak, rupa mereka macam mana dan apa saja yang boleh kami bayangkan membabitkan karakter dijayakan. Contohnya filem Indonesia, Test Pack dijayakan Reza Rahadian dan Acha Septriasa. Sepanjang tempoh mereka menjalani penggambaran filem itu, Acha menugaskan Reza untuk menjemputnya setiap hari di rumah untuk ke lokasi dan merasai hidup bersama sebagai suami isteri semata-mata untuk mendapatkan keserasian. Tugasan itu dilakukan Reza sehingga penggambaran Test Pack tamat. Ternyata latihan itu menyebabkan persembahan lakonan diberikan hidup dan Acha menang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia pada 2012. Itu antara contoh yang saya berikan tetapi sebenarnya setiap pelakon mempunyai cara tersendiri bagaimana hendak menghidupkan watak diberikan mengikut latar watak dan juga jalan cerita. Pada saya dan Aqasha, memandangkan kami memang sudah berkawan baik sejak dulu, jadi mencari keserasian itu agak mudah. Cuma kadangkala, apabila mendapat projek berbeza sudah pasti cara untuk mewujudkan keserasian itu juga berbeza. Namun, apabila ada yang melihatnya pada sudut berbeza, ia disalah tafsir dan menganggapnya sesuatu yang negatif. Sekarang saya tampil kerana isu sudah reda dan drama itu pun mula diperkatakan terutama apabila TV3 dan penerbit, Zeel Production memuat naik beberapa sedutan drama yang kami jayakan ke laman sosial mereka. Sekurang-kurangnya dengan kenyataan yang saya berikan ini, umum faham kedudukan sebenar dan jangan pula nanti ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan sedutan terbabit dan memburuk-burukkan lagi situasi.

Sumber: Harian Metro

Susulan isu tersebut, beberapa khabar angin muncul termasuk dakwaan yang mengatakan Rita dan Aqasha telahpun melangsungkan pernikahan secara rahsia. 

Menjawab gosip tersebut, Rita enggan memberi sebarang ulasan kerana baginya, isu itu tidak ada kena-mengena dengan kerjayanya. 

Saya juga berharap kenyataan yang saya berikan ini adalah yang pertama dan terakhir serta ia menjelaskan segala-galanya. Saya tidak mahu lagi bercakap mengenainya. Sekiranya ada perkara lain yang mahu ditanya, ada baiknya mereka tanyakan kepada Aqasha sendiri kerana yang mencetuskan isu ini bukan daripada pihak saya tetapi daripada pihak dia.

Sumber: Harian Metro  

tanyalah aqasha rita rudaini akhirnya dedah kisah sebenar 3

Kredit foto: edtv-zahidizakariya.blogspot.my 




Hakcipta iluminasi.com (2017)