Oleh pada 23 Mar 2017 kategori

Kalau anda mahu tingkatkan tahap protein dalam badan anda, telur adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia sangat mudah untuk disediakan, tapi juga sangat murah berbanding sumber protein yang lain. Sebiji telur rebus mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi. Kita selalu takut untuk makan telur kerana telur kuning dikaitkan dengan kolestrol. Tapi kita tidak tahu yang sebenarnya telur kuning mengandungi mineral dan vitamin ini. 

homepage model man slide 21 996

Antara khasiat yang boleh kita dapat dari telur adalah :


1. Sistem imun yang lebih baik

sunny side up over easy or scrambled how do you like your eggs hero 509

Jika anda tidak mengamalkan makan telur dalam diet anda, anda perlu mulakan sekarang, kerana dengan pengambilan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi. Makan telur yang bersaiz besar (saiz AA) kerana ia mengandungi hampir satu perempat kandungan selenium yang badan kita perlukan. Selenium adalah nutrien yang badan kita perlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan juga mengawal hormon tiroid.


2. Kandungan kolestrol yang lebih baik

gty atherosclerosis cholesterol plaque artery ll 111114 wmain

Ya, kita tahu yang telur mengandungi kolestrol, tapi kita jangan ingat semua kolestrol adalah tidak baik untuk kita. Kolestrol daripada telur hanya menambahkan kadar kolestrol yang baik sahaja.


3. Mengurangkan risiko sakit jantung

man having a heart attack

Kolestrol yang tidak baik menyebabkan saluran arteri kita tersekat. Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.


4. Kadar tenaga bertambah

Vitamin B2 dalam telur juga dikenali sebagai riboflavin. Ia amat penting kerana dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga. Sebiji telur mengandungi 15% daripada keperluan harian vitamin B2.


5. Rambut dan kulit yang lebih sihat

4c5316be53b38eb74efe92ba3776f301

Selain vitamin B2, telur juga kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin-vitamin kompleks ini sangat penting jika anda mahukan kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat dan cantik. Kedua-dua putih dan kuning telur baik untuk kulit dan rambut. Kunung telur berfungsi untuk menyuburkan dan menguatkan rambut, manakala kandungan vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur pula membantu mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar dan parut,  jerawat, kedutan dan juga ruam. Dengan khasiat 69 jenis protein yang ada dalam telur, anda boleh bayangkan bagaimana hebat telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka anda. Telur juga boleh dijadikan salah satu bahan dalam face mask anda.


6. Perlindungan kepada otak

brain illustration 517

Ramai yang tidak tahu tentang ini, tapi telur amat penting untuk otak kita. Choline yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini. Choline diperlukan untuk neurotransmitter (pemancaran neuro) dalam otak kita berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.


7. Badan mendapat asid amino

Badan kita mampu menghasilkan sehingga 11 asid amino yang diperlukan badan untuk berfungsi. Namun, badan kita masih perlukan lagi 9 asid amino, yang mana terkandung di dalam telur.


8. Mengurangkan tekanan dan kebimbangan

depression 948

Jika badan anda tidak dibekalkan dengan asid amino yang terkandung di dalam telur, ia boleh memberi kesan kepada otak anda. Mengikut kajian pada 2004, mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan, yang mana boleh mengurangkan tekanan dan juga rasa bimbang.


9. Memelihara kesihatan mata

tips for healthy eyes

Lutein dan zeksantin adalah dua asid amino yang terkandung dalam telur yang dapat menjaga kesihatan mata anda, dan dengan pengambilan yang kerap boleh mengurangkan penyakit yang berkait dengan mata. Tapi, kedua-dua asid amino ini hanya terkandung di dalam kuning telur. Jadi jangan takut untuk makan kuning telur, tapi jangan pula makan berlebihan.


10. Tulang dan gigi yang lebih baik

hollywoodsmile 338x212

Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita. Vitamin D dalam telur membantu penyerapan kalsium, dan vitamin D juga baik untuk kesihatan hati.


11. Membuatkan anda kurang makan

Bagi sesetengah orang, ini adalah salah satu khasiat telur yang terbaik. Telur adalah satu sumber protein yang sangat baik dan dapat membuatkan anda berasa kenyang. Dan juga, telur mengandungi kalori yang rendah.


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)