Oleh pada 15 May 2017 kategori

Semua orang tahu apakah itu selotep. Ianya digunakan di mana-mana saja terutamanya untuk membungkus barang di dalam kotak. Namun begitu, mungkin ramai tidak tahu yang perkataan selotep ini apa maksudnya. 

Selotep sebenarnya berasal dari perkataan cellophane tape. Mungkin kerana sebutannya yang agak panjang, ianya disingkatkan kepada cello-tape, yang lama-kelamaan ditukarkan kepada sebutan bahasa pasar yang kita biasa dengar iaitu selotep.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejarah

Cellophane tape yang kita kenal pada hari ini telah wujud di pasaran bermula dari tahun 1930. Ianya dicipta oleh seorang lelaki bernama Richard Drew dari Minnesota. Beliau berkerja di sebuah syarikat yang pada peringkat awalnya menghasilkan kertas pasir iaitu Minnesota Mining and Manufacturing, yang kemudiannya berkembang maju dan sangat dikenali pada hari ini dengan nama 3M.

Cellophane berasal dari dua perkataan iaitu ‘cellulose’ yang merupakan bahan utama dalam pembuatannya dan ‘diaphane’ yang membawa maksud lutsinar. Gabungan dua perkataan cellulose-diaphane ini disingkatkan menjadi cellophane.

Di Amerika Syarikat, bahan cellophane ini dihasilkan oleh sebuah syarikat yang tidak kurang hebatnya iaitu DuPont. Richard Drew telah mendapatkan bahan ini untuk menghasilkan satu produk untuk menyelesaikan masalah insulasi haba salah satu pelanggannya. Setelah menghasilkan keluaran yang pertama dan dihantarkan kepada pelanggannya, didapati bahawa produk yang dihasilkan beliau tidak menyelesaikan masalah insulasi haba mereka, namun ianya lebih sesuai digunakan untuk tujuan membantu pembungkusan bahan lain.

scotch 511

Richard Drew terus memperbaiki setiap aspek cellophane-tape ciptaannya dan pada 8 September 1930, 3M Scotch Cellophane Tape mula berada di pasaran.

Di Amerika Syarikat dan Kanada, selotep lebih dikenali dengan nama 'Scotch tape' kerana inilah jenama pertama yang dijual di sana. Di United Kingdom pula, ianya dikenali dengan nama 'Sellotape' kerana inilah jenama pertama yang dijual di sana. Di Australia pula, ia dikenali dengan nama sticky tape.

Pengunaan perkataan selotep di negara kita mungkin sekali hasil dari adaptasi dari jenama dari UK iaitu Sellotape. Semua jenama lain yang datang kemudiannya juga dipanggil dengan nama Sellotape. 

jim carrey

Nah..sekarang anda sudah tahu dari mana datangnya perkataan selotep ini. Jangan lupa SHARE untuk iluminasikan kawan-kawan anda yang lain.

Sumber Rujukan: Ideafinder.comWikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)