Oleh pada 10 May 2017 kategori

Penggunaan perkataan roger telah menjadi suatu kebiasaan dalam perbualan harian masyarakat di negara kita. Antara penggunaannya yang paling popular pada masa sekarang adalah frasa “Gerak lu, pape roger”

Penggunaan perkataan roger dalam bahasa pasar kita bermaksud menghubungi atau menelefon, atau dalam sebutan lainnya ‘calling-calling’ walaupun sebenarnya kita tidak call menggunakan telefon pun, cuma sekadar menghantar pesanan ringkas melalui SMS atau aplikasi Whatsapps. Unik sungguh..

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun begitu, adakah anda tahu apa sebenarnya maksud perkataan ‘roger’ ini?

Asal-usul Perkataan 'Roger'

Semasa era awal perhubungan melalui radio (terutama sekali oleh agensi pertahanan dan penerbangan), perkataan Roger digunakan untuk merujuk kepada huruf R dia awal perkataan ‘Received’ atau diterima. Oleh kerana komunikasi melalui oleh radio ini mengalami banyak gangguan isyarat dan dicemari oleh bunyi-bunyi lain seperti bunyi tembakan meriam dan deruan enjin kapal terbang, menyebut perkataan ‘Received’ menjadi kurang efisyen dan kurang jelas. Oleh sebab itu, perkataan 'Roger' disebut oleh penerima untuk membolehkan penghantar tadi mengetahui dengan jelas yang pesanannya telah diterima.

roger

Mengikut sistem NATO (North Atlantic Treaty Oranization), 26 perkataan telah diwakilkan kepada 26 huruf yang kita kenal dan susunannya adalah seperti berikut;

Alfa, Bravo, Charlie, Delta, Echo, Foxtrot, Golf, Hotel, India, Juliett, Kilo, Lima, Mike, November, Oscar, Papa, Quebec, Romeo, Sierra, Tango, Uniform, Victor, Whiskey, X-ray, Yankee, Zulu.

Dapat kita perhatikan yang dalam sistem ini, perkataan 'Romeo' telah menggantikan perkataan 'Roger' untuk huruf R. Di awal era komunikasi radio, huruf R pernah diwakili dengan perkataan ‘Rush’. Ia kemudiannya ditukar kepada perkataan ‘Roger’ lebih kurang pada tahun 1927 dan kemudiannya ditukar pula kepada perkataan ‘Romeo’ pada tahun 1957 dan kekal hingga sekarang. Namun begitu, penggunaan perkataan 'Roger' masih meluas sehingga kini, mungkin sekali akibat dari pengaruh dari filem-filem Perang Dunia Ke-Dua seperti Saving Private Ryan, Behind Enemy Lines dan sebagainya.

roger that

Nah..sekarang anda sudah teriluminasi dengan fakta ini, mohon anda SHARE pula untuk kawan-kawan anda.

Roger.

Sumber Rujukan: Vintage NewsWikipediaMilitaryspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)