Kredit foto: encikshino.com

Tahniah kepada pelawak Jihan Muse yang mengumumkan berita kehamilannya di rancangan hiburan Meletop semalam.

Dalam rancangan tersebut, Jihan yang menggantikan Neelofa sebagai pengacara memberitahu kandungannya kini telahpun berusia empat bulan. 

tahniah jihan muse hamil 4 bulan bayi made in france 2

Kredit foto: Instagram Jihan Muse

Saya mengalami mabuk teruk, sekarang ini dah masuk trimester kedua. Alhamdulillah, semuanya sudah okay, dah boleh kembali bekerja.

Sumber: Astro Gempak

Dalam nada jenaka, Jihan menyifatkan anak yang dikandungnya itu sebagai anak 'made in France'. 

tahniah jihan muse hamil 4 bulan bayi made in france 3

Kredit foto: Instagram Jihan Muse

Secara kebetulan, saya berada di Perancis untuk menjalani penggambaran drama bersiri Biniku Ninja. Watak Sabatini yang saya jayakan sedang hamil. Tak sangka saya memang betul-betul sedang mengandung. Kepada yang berteka-teki, saya tak mahu beritahu awal-awal. Selepas masuk trimester kedua, sekarang sudah okay untuk saya beritahu.

Sumber: Astro Gempak

Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga segalanya dipermudahkan buat Jihan sehingga ke hari kelahiran. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)