Oleh pada 11 Aug 2017 kategori

Setiap pasukan tentera negara mempunyai kelainan dan kelebihan tersendiri. Ia termasuklah dari segi latihan, senjata api, pesawat, dan termasuklah strategi dan taktik. Namun, antara yang paling penting adalah taktik kerana dengan taktik yang betul, dengan kekuatan tentera yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan tentera yang tinggi.

Walaubagaimanapu, strategi dan taktik yang dirangka terlebih dahulu sebelum perang bermula perlu sentiasa diubah-ubah mengikut corak dan rentak perang yang sedang berlangsung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 3 taktik yang sangat licik dan bijak digunakan ketika perang.

3. Penipuan - Kapten Fritz Klingenberg (Nazi Jerman)

fritz klingenberg

Menipu atau bluffing biasanya digunakan dalam permainan Poker, namun bagi Fritz Klingenberg, ia merupakan salah satu cara untuk menakluki sebuah banda. Ketika awal Perang Dunia Ke-2, kapten Fritz yang digambarkan sebagai seorang yang sangat pintar oleh pihak atasan, adalah ketua unit peninjau motosikal yang diarahkan mengumpul maklumat untuk pasukan tentera.

Ketika beliau mendekati ibu negara Yugoslavia iaitu Belgrade, Fritz yang ingin melihat bandar itu dengan lebih dekat telah menyeberangi Sungai Danube bersama 6 tentera lain. Ketika itu, bandar tersebut sedang diserang oleh tentera Nazi melalui udara dan kebanyakan pegawai tentera Serbia telah melarikan diri dari bandar Belgrade. Fritz telah merampas buah kenderaan dan memasuki Belgrade tanpa sebarang konfrontasi dari pihak musuh.

belgrade

Mereka kemudiannya menggantikan bendera dengan warna bendera Nazi pada beberapa buah bangunan. Fritz mengarahkan pegawai bawahannya untuk melakukan rondaan di sekeliling bandar menggunakan kenderaan mereka. Ini menampakkan seperti Belgrade sudah ditawan dan menjadi milik Jerman. Namun, masih terdapat pegawai Yugoslavia di bandar itu termasuklah datuk bandar.

Fritz memberitahu pihak musuh bahawa beliau diberikan tugas untuk mengawal bandar Belgrade yang telah berada di bawah kawalan Nazi. Beliau juga menipu datuk bandar tersebut dengan mengatakan beliau perlu menghubungi unitnya menggunakan radio dan tentera udara Jerman akan terus menyerang bandar dan diikuti dengan serangan darat.

fritz klingenberg 2

Datuk bandar tersebut tidak tahu untuk berbuat apa-apa namun agak meragui kata-kata Fritz. Ketika itu, sekumpulan pesawat peronda Jerman terbang melintasi mereka dan Fritz menunjukkan simbol jari supaya mengisyaratkan bandar bahawa masa sudah suntuk. Datuk bandar tersebut kemudian menyerah kalah.

Tentera Nazi ketika menerima berita menyerah kalah melalui radio seakan tidak percaya dan menganggap beliau telah ditangkap dan diseksa serta dipaksa untuk mengumpan tentera Jerman.

2. Pokok palsu - Tentera Perancis

no mands land

Ketika berlakunya perang, di mana ketika dua musuh sedang berperang, terdapat kawasan di tengah-tengah yang hendak ditakluki namun dibiarkan kosong kerana bimbangkan keselamatan. Kawasan ini dipanggil No Man's Land. Dalam sesetengah kes, No Man's Land ini sangat luas yang menyebabkan satu pihak tidak dapat melihat aktiviti pasukan musuh kerana terlalu jauh.

Untuk menyelesaikan masalah ini dan mendapatkan pandangan yang lebih jelas, tentera Perancis merupakan yang pertama yang menggunakan saki baki yang tinggal di medan perang dan tidak terlalu jelas sehinggakan menarik perhatian, dengan menggunakan tunggul pokok yang telah meletup.

pokok palsu 865

Tunggul yang berdekatan dengan kawasan pihak musuh dipilih dan mereka akan melakukan operasi mengambil gambar, mengukur dan melukis tunggul tersebut, dan semua ini dilakukan secara rahsia dari jarak yang jauh. Hasil daripada operasi itu dibawa ke bengkel untuk menghasilkan replika yang sama.

Tunggul pokok palsu itu dihasilkan dengan ukuran yang sama dan sangat terperinci. Tunggul palsu ini dihasilkan daripada logam yang didalamnya kosong, bagi memuatkan askar dan digunakan untuk merisik pergerakan musuh.

pokok palsu 2

Menghasilkannya bukan lah mudah, tetapi apa yang lebih sukar adalah menukarkan posisi tunggul sebenar dan tunggul palsu. Biasanya mereka akan memindahkan tunggul palsu dengan tunggul sebenar pada waktu malam dan askar yang dipilih untuk duduk di dalamnya biasanya bertubuh kecil. Segala maklumat yang diperolehi akan dilaporkan kepada ibu pejabat.

1. Rokok Candu - Tentera British (Perang Dunia Pertama)

tentera british 826

Semasa kempen Sinai dan Palestin ketika Perang Dunia Pertama, Empayar Uthmaniyyah dan British berperang antara satu sama lain bagi menakluki Jerusalem. Setelah beberapa bulan Empayar Uthmaniyyah diserang dan dihujani bom, bekalan mereka semaking berkurangan termasuklah bekalan rokok.

kempen sinai dan palestin

Mengetahui akan maklumat itu, tentera British telah menghantar bekalan rokok yang dibalut dengan utusan propaganda bagi melemahkan semangat tentera Turki. Namun, tentera Turki tidak menyerah kalah malah menghisap rokok yang dihantar tentera British.

pokok candu

Dan sebelum tentera British menyerang bandar Beersheba, mereka menghantar sekali lagi bungkusan rokok kepada tentera Turki namun terdapat mereka mengubah taktik itu. Rokok-rokok itu diadunkan dengan heroin yang sangat tinggi, dan membuatkan tentera Empayar Uthmaniyyah menjadi khayal dan sukar untuk bergera. Akhirnnya, perang tersebut dimenangi oleh British dengan mudah.

Rujukan : Tactical Tricks That Turned The Tide Of War




Hakcipta iluminasi.com (2017)