Setahun dua kebelakangan ini merupakan zaman yang sukar buat rakyat di Malaysia. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, ia menyebabkan banyak syarikat bertindak menstrukturkan organisasi mereka dengan membuang pekerja dalam skala yang besar.

Walaupun industri minyak dan gas mengalami impak yang paling besar, industri lain turut menerima tempiasnya. Bagi golongan remaja, situasi ini amat membimbangkan. Ditambah dengan pertambahan jumlah graduan di Malaysia, persaingan untuk mendapat pekerjaan menjadi semakin sengit.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Negara dalam laporan tahun 2016, kadar pengangguran di Malaysia, kadar pengangguran di kalangan remaja adalah 3 kali ganda daripada kadar penggangguran kebangsaan. Hal ini disebabkan oleh pengurangan pengambilan pekerja oleh majikan di Malaysia. Pada tahun 2015, kadar pengangguran golongan remaja dianggarkan mencapai 10.7%.

Menurut Bank Negara lagi, keadaan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan syarikat lebih berjaga-jaga dan berhati-hati untuk mengambil pekerja baru. Selain itu, golongan muda juga seringkali dilihat sebagai pilihan terakhir untuk diambil bekerja disebabkan oleh kekurangan pengalaman bekerja.

Mengikut Bank Negara lagi, golongan remaja dengan pendidikan tertiari merupakan golongan penganggur tertinggi dengan kadar 15.3%. Sementara itu, perbandingan antara golongan remaja yang berpindidikan taraf diploma dan ijazah sarjana menunjukkan mereka yang memiliki ijazah sarjana muda mempunyai kadar peratusan pengangguran yang lebih rendah.

kadar penggangguran

Dalam dunia sekarang, para remaja dan graduan khususnya haruslah bijak mengambil peluang dan tidak terlalu memilih pekerjaan. Jika sudah mendapat tawaran kerja, seeloknya ambil dahulu dan pada masa yang sama usaha untuk mencari pekerjaan lain yang menawarkan gaji yang lebih lumayan dan setimpal dengan kelayakan.

Kredit: The Star




Hakcipta iluminasi.com (2017)