Oleh pada 20 Apr 2017 kategori

simbol tcs traction control system

Sebagai seorang pengguna kenderaan, anda mestilah tahu serba sedikit mengenai perihal kenderaan anda itu. Sebagai contoh, jika anda memiliki kereta, anda perlu memiliki pengetahuan tentang justifikasi komponen yang ada pada kereta anda. Ini akan memudahkan anda jika berlaku masalah kerosakan  kelak.

Jika dilihat  pada bahagian dalaman kereta pula, terdapat pelbagai butang yang mempunyai simbol berlainan dengan fungsi berbeza. Secara amnya, pengguna sedia maklum tentang fungsi setiap butang seperti penghawa dingin, lampu kecemasan, pelaras tingkap dan lain-lain. Namun masih ada pengguna yang masih tidak peka tentang beberapa lagi fungsi butang yg terdapat di dalam kereta mereka. Artikel ini akan berkongsi tentang fungsi  satu butang yang terletak dibahagian pemandu kereta iaitu butang sistem kawalan cengkaman (TCS Traction Control System).

BESARKAN TEKS     A-  A+

  tcs button

Pasti ramai yang menyedari tentang kewujudan butang ini(rujuk gambar) pada kereta anda. Setiap model kereta pula, mempunyai kedudukan yang berbeza, ada yang di sebelah kanan dashboard, dan ada juga di sebelah kiri dashboard. Namun berapa ramaikah pemandu menyedari akan kepentingan butang  ini? Sebenarnya sistem TCS sudah tersedia secara automatik pada kereta dan butang OFF pada dashboard kereta anda itu berfungsi mematikan sistem TCS itu sendiri. Apakah relevannya?

 Traction Control System(TCS) pada umumnya, ialah fungsi kedua kepada Antilock Braking System(ABS) dimana kedua-duanya dibangunkan untuk ciri keselamatan kenderaan anda. Jika ABS berfungsi untuk mencegah tayar anda daripada tergelincir ketika brek kecemasan, TCS pula mencegah tayar anda dari tergelincir ketika pemanduan. Secara lazimnya, TCS berfungsi secara automatik ketika kenderaan anda melalui jalanraya yang licin ketika hujan. Ia beroperasi mengoptimumkan pemanduan anda ketika dalam kelajuan yang agak tinggi atau sederhana.

  tcs

Bagaimana TCS beroperasi?

TCS akan beroperasi apabila censor mengesan  salah satu tayar yang berputar lebih laju dari tayar yang lain. Maka sistem akan segera mengaktifkan brek pada tayar yang berputar laju itu supaya ia berputar pada kelajuan yang sama dengan tayar yang lain. Sebagai contoh, sebuah kereta yang melalui jalan yang mempunyai lopak air, secara tiba-tiba hilang kawalan kerana  tayar belakang berputar lebih laju. TCS akan akan segera mengaktifkan brek pada tayar yang berputar lebih laju supaya keempat-empat tayar kembali seimbang.

  tcs indicator 10k50

 Apakah maksud jika lampu indikator TCS menyala?

Anda tidak perlu panik jika lampu indikator TCS menyala kerana memberi isyarat bahawa keadaan jalan anda agak licin. Bagi langkah berjaga-jaga, anda harus memperlahankan kenderaan anda dan memandu dengan selamat. 

TCS OFF?

Jika kenderaan anda tersekat dikawasan berlumpur, tanah atau lopak yang dalam, anda disarankan menekan butang TCS OFF yang terdapat pada bahagian dashboard kereta anda. Lampu indikator TCS OFF akan menyala menunjukkan anda telah mematikan sistem TCS. Ia bertujuan membenarkan tayar belakang anda berputar dengan lebih laju dan keluar dari kawasan yang tersekat. Tapi harus diingat, anda perlu mengaktifkan semula TCS selepas itu untuk langkah keselamatan.

tcs 10k50

Kesimpulannya, TCS ialah salah satu fungsi yang dibangunkan oleh kejuruteraan automotif di eropah bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna dijalanraya. Sebagai pengguna, kita harus peka dengan beberapa fungsi yang boleh dianggap sebagai penting. Jangan hanya tahu guna sahaja. Diharap pembaca dapat berkongsi info yang berguna ini agar kita semua memperoleh pengetahuan.

Video ujian sistem kawalan cengkaman Proton Iriz 1.6




Hakcipta iluminasi.com (2017)