Oleh pada 07 Apr 2017 kategori

Umum mengenali Sultan Hassanal Bolkiah, pemerintah Brunei Darussalam,yang terkenal dengan sikap berjiwa rakyat dan kekayaan baginda. Namun, pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa baginda mempunyai seorang putera yang muda, kacak dan bergaya. Dikatakan putera ini telah menjadi kegilaan wanita-wanita di Asia!

Sudah semestinya,ramai wanita yang mengimpikan untuk berkahwin dengan putera raja. Nah! Sekarang mereka berpeluang untuk merealisasikan impian mereka itu. Tapi, layakkah dan mampukah mereka? Hmm...

BESARKAN TEKS     A-  A+

putera abdul mateen 934

Merupakan anak kesepuluh Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri Mariam, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen lahir tanggal 10 Ogos 1991.

brunei prince

Beliau yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Diplomasi Antarabangsa di SOAS, University Of London, adalah barisan keenam di dalam senarai pewaris takhta kesultanan Brunei.

abdul mateen prince of brunei

Selain pakej utama iaitu wajahnya yang tampan, Putera Abdul Mateen turut memiliki beberapa ciri-ciri lain yang mampu membuatkan beliau menjadi dambaan gadis-gadis di luar sana. Mari kita lihat ciri-ciri tersebut!

1. Putera Raja yang berpangkat Leftenan

hot prince of brunei in military clothes

liutenant prince

Putera Abdul mateen memperoleh pangkat Leftenan selepas mengikuti rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dimana sudah menjadi ia sudah menjadi kebiasaan bagi putera raja. Kacak, tegap, Leftenan pula. Pakej lah kan. Bertambah la gadis-gadis yang gilakan beliau.

2. Penyayang, terutamanya kepada keluarga.

Wanita semestinya sukakan lelaki yang sayang keluarganya, bukan? Gambar-gambar bersama keluarganya adalah bukti. Anak 'mak' betul!

putera abdul mateen mom

mateen family

3. Menyayangi haiwan

Kata orang, kalau lelaki sayangkan haiwan, terbukti dia adalah seorang yang sangat penyayang. Putera Abdul Mateen adalah orangnya! 

Jelas kelihatan betapa manjanya beliau bergambar bersama haiwan-haiwan kesayangannya.

prince pets     

prince cat

hot prince of brunei smiling with cats

4. Suka aktiviti lasak

Putera Mateen sangat sukakan aktiviti lasak seperti Paragliding dan juga Scuba Diving di mana beliau mempunyai pengiktirafan dari PADI Open Water Course yang membenarkan beliau untuk menyelam sehingga 18 meter di dalam laut. Tak macho lah kan kalau lelaki tak sukakan aktiviti lasak!

mateen gliding

5. Sukakan selfie

Hah! Yang ni tentu ramai wanita suka. Putera Abdul mateen ni sangat sukakan selfie. Cuba Google nama baginda, tentu banyak gambar-gambar selfie beliau yang muncul.

selfie prince mateen

selfie prince

selfie prince 1

Rujukan: 5 sebab putera abdul mateen jadi dambaan setiap gadis/




Hakcipta iluminasi.com (2017)