shahrol shiro hampir pengsan ketika mlm

Kredit foto: Twitter Shahrol Shiro

Pelawak Shahrol daripada kumpulan Shiro mengakui hampir pengsan selepas mengadakan persembahan Maharaja Lawak Mega (MLM 2017) pada Jumaat baru-baru ini. 

Ditanya apakah puncanya, Shahrol mendedahkan semuanya gara-gara ucapan nakal 'I Love You' daripada pengkritik tetap, Neelofa. 

Saya hampir pengsan bila Neelofa cakap 'I Love You Shiro' selepas kami mengadakan persembahan. Sejujurnya kami tidak menyangka Neelofa akan berkata begitu kerana giliran Najip Ali memberi komen ketika itu. Tanyalah mana-mana lelaki pun...kalau wanita cantik cakap I Love You kepada mereka, mesti mereka pun rasa nak pengsan! Tapi kami tahu ini merupakan program komedi jadi dia mungkin ingin melawak sahaja dengan kumpulan Shiro. 

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dibuat Shahrol dalam keadaan berjenaka ketika sidang media program tersebut berlangsung. 

MLM 2017 minggu keenam yang lalu tidak membuat sebarang penyingkiran peserta. Minggu yang membawa tema 'Muzikal' tersebut menyaksikan kumpulan Joras, Rahim dinobatkan sebagai Gempak Man Of The Match (GMOTM).

MLM 2017 diacarakan oleh Datuk AC Mizal, manakala kritikan persembahan diadili oleh empat pengkritik tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa. 

Sumber berita:  Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)