iluminasi zina anak luar nikah6 120

Tahukah anda, di negara kita setiap satu jam, enam anak luar nikah dilahirkan? Statistik itu hanya merangkumi kes-kes yang didaftarkan. TIdak termasuk kes terpencil seperti kes bayi yang dibuang atau tidak dilaporkan kelahirannya. Menakutkan bukan?

Negara kita digemparkan dengan keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama bapa untuk di-binkan pada nama si anak, yang menyebabkan golongan mufti, agamawan dan masyarakat bangkit mempersoalkan keputusan itu.

Namun begitu, wujud juga sekelompok masyarakat lain yang menyokong tindakan mahkamah tersebut dengan hujah-hujah tersendiri yang pada dasarnya memang tak dinafikan dapat membantu menjamin tumbesaran yang lebih baik bagi si anak yang tidak bernasib baik, lahir di luar ikatan pernikahan.

Tidak ramai yang benar-benar faham apa keburukan menjadi seorang anak luar nikah dan hak-hak yang dia hilang, khasnya bagi anak perempuan luar nikah, yang akan jatuh pada dia menurut tafsiran agama Islam.

iluminasi zina anak luar nikah

Apabila lahir seorang anak luar nikah dan ibu bapanya tidak berkahwin dalam tempoh tertentu, dia sebagai anak sebenarnya hilang hak menuntut harta pusaka ayahnya.

Dia juga hilang hak untuk menuntut nafkah dari bapanya kalau ibu bapanya tidak berkahwin. Kehilangan hak untuk di bin atau di bintikan ke atas ayahnya juga hilang jika si ayah gagal mengahwini si ibu ketika usia tertentu dia dalam rahim dan pernikahan ibu bapanya.

Jika status si anak dirahsiakan sehinggalah dia cukup besar untuk berkahwin, dia akan hilang hak untuk meneruskan perkahwinan yang sudah berlangsung jika perkahwinan seseorang wanita itu diwalikan ayah yang bukan keturunan dia, walaupun secara biologinya itu memang ayah kandungnya.

Yang paling membimbangkan - jika mak dan ayah kandungnya tidak berkahwin, segala perkara tentang aurat dan hubungan antara si anak wanita dan ayahnya adalah terbatas seperti aurat dan hukum bersentuhan, kerana hak keturunan jatuh sepenuhnya pada ibu. Bagaimana status dosa pahala di ayah dan anak jika mereka tidak menjaga batas-batas pergaulan?

Jika si anak tahu tentang kekangan ini, tak mengapalah kerana dia boleh jagakan batas. Yang ditakuti jika si anak atau ayah tidak tahu perkara ini.

iluminasi zina anak luar nikah2 374

Persoalannya di sini - dengan pelbagai kekangan yang bakal dihadapi oleh anak yang terhasil di luar hubungan nikah; mengapa masih ramai yang sanggup menanggung risiko menjalankan hubungan seks luar nikah?

Masyarakat digesa untuk bersimpati kepada nasib anak luar nikah tetapi pokok pangkalnya, adakah si ibu dan bapa tidak ada rasa simpati dengan anak jika wujud benih luar nikah? Bukankah itu sebenarnya isu yang lebih perlu diperbetulkan kerana itulah punca segala polemik yang wujud ketika ini?

Apakah solusinya?

Masyarakat kita perlu mudahkan serba serbi urusan perkahwinan, bukan untuk membanyakkan perkahwinan untuk halalkan seks tetapi dengan memudahkan perkahwinan daripada tuntutan-tuntutan yang melambatkan perkahwinan.

Hanya orang yang pernah bercinta tahu betapa berisikonya bercinta yang memang mudah menjurus kepada zina. Kalau kita tak permudahkan perkahwinan, yang bercinta akan permudahkan zina. Jika mereka nak sangat berzina, berilah mereka jalan keluar.

iluminasi zina anak luar nikah4

Namun rasanya saranan untuk memudahkan perkahwinan tak kiralah untuk peringkat umur muda atau yang dewasa akan mendapat tentangan pihak-pihak tertentu yang mempunyai hujah masing-masing.

Masalahnya, bila terjadi kes anak luar nikah, anak itu pula akan dihukum dan dipandang hina oleh masyarakat, sedangkan kita pun kemungkinannya tak beri peluang mak ayah dia yang mungkin tak mampu berkahwin atas faktor permintaan kewangan atau faktor usia muda lagi.

Inilah amalan yang akan menyeksa masyarakat yang setiap hari dijamu visual-visual penaik nafsu dalam media namun tidak ada jalan keluar yang selamat. Yang menggusarkan, lama kelamaan makin ramailah akan percaya solusi masyarakat barat adalah jalan keluar paling baik untuk diterapkan pada masyarakat kita -

"Jika nak lakukan seks sebelum perkahwinan, pastikanlah gunakan kondom. Ajarkan anak-anak pakai kondom dan didiklah mereka mengamalkan seks yang selamat."

iluminasi zina anak luar nikah7

Perlukah kita berubah sehingga ke tahap itu?

Kita ubah Islam untuk selarikan dengan permintaan masyarakat yang bergelut dengan pelbagai masalah, sedangkan Allah swt. dah tunjuk kalau ikut Islam dari awal, kita takkan ada masalah-masalah yang memerlukan kita bergelut seumur hidup cari jalan penyelesaian, yang sebenarnya tak mungkin dapat kita selesaikan.Rujukan Kosmo Online


tags : , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)