Oleh pada 18 Jul 2017 kategori

serina redzuawan dan suami sudah berbaik 1

Kredit foto: Instagram Serina Redzuawan 


Hanya kerana sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram, aktres Serina Redzuawan didakwa telahpun berbaik dengan suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.

Foto tersebut mempamerkan momen Serina dan Gavin ketika menemani kedua-dua anak mereka dalam sebuah aktiviti di sekolah.

Raut wajah pasangan suami isteri itu kelihatan begitu bahagia seperti telah melupakan kemelut yang melanda perhubungan mereka sebelum ini. 


serina redzuawan dan suami sudah berbaik 2

Kredit foto: Instagram Serina Redzuawan

Mak dan ayah akan sentiasa ada untuk anak-anak kesayangan kami ini. Kami akan menyayangi dan melindungi kedua-dua awak tak kira apapun. Tristan Tareef dan Isabella Saffiya, kami sayang awak sangat-sangat!! Moga anak-anak mama jadi anak yang hebat dan berjaya bila besar nanti. Amin.

Bagaimanapun dalam sebuah wawancara terbaru, Serina menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya dan suami sudah berbaik.

Menurut Serina, mereka nekad berbuat demikian hanya demi kepentingan anak-anak. Serina akan terus dengan niatnya untuk bercerai.

Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu. Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah.

Sumber: Utusan Online

Serina dan Gavin mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Tristan Tareef, 6, dan Isabella Saffiya, 5. 



tags : , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)