Oleh pada 15 Jul 2017 kategori

Kita semua tahu bahawa semua orang perlukan hiburan dalam kehidupan mereka. Pada masa lalu, trend menonton filem di pawagam tidak wujud kerana sesetengah keluarga yang ketinggalan zaman menganggapnya sebagai perkara yang tidak elok. Tetapi hari ini, trend berkunjung ke pawagam telah meningkat jauh lebih banyak daripada jangkaan, malah orang ramai lebih gemar menonton filem di panggung wayang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bilangan panggung wayang di setiap negara atau bandar semakin meningkat setiap hari. Terdapat banyak jenis pawagam di setiap negara yang berbeza mengikut bajet dan permintaan pelanggan di sesuatu tempat. Sesetengah pawagam sangat terkenal kerana mewah dan juga mahal.

Pawagam mewah boleh jadi berbeza dari yang biasa seperti berada di tempat yang berbeza, di dalamnya ada tempat tidur dan bukannya kerusi, mempunyai skrin besar berbanding saiz biasa dan lain-lain lagi.

Ciri-ciri mewah boleh disediakan kepada pelanggan menerusi banyak cara dan kemudahan. Dengan membaca artikel ini, anda akan dapat mengetahui tentang 10 buah panggung wayang paling mewah di dunia.

1. Floating Archipelago Cinema (Thailand)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 1

Ia adalah pawagam yang paling berbeza dan unik yang anda pernah lihat di dunia. Lokasi pawagam ini sangat menarik dan berbeza daripada mana-mana teater lain. Pawagam ini juga terbuka dan terletak di sebuah pulau.

Hanya beberapa orang yang bertuah sahaja yang akan dibawa ke pulau ini untuk menonton filem melalui sebuah bot. Orang yang pergi ke sana kurang memberi perhatian kepada filem yang sepatutnya ditonton, tetapi mereka lebih fokus pada pandangan yang sangat memukau. Ia dianggap pawagam paling mewah di dunia.

2. Olympic Music Hall (France)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 2

Ia adalah jenis panggung wayang yang sangat tersendiri dan lain dari yang lain. Menggantikan tempat duduk, terdapat katil untuk pengunjung menonton filem. Penonton berasa lebih selesa seolah-olah seperti sedang menonton filem di rumah mereka di atas katil dengan sistem muzik yang kuat dan skrin besar.

Susunan ini sesuai untuk pasangan. Ia adalah idea baru yang dilancarkan oleh sebuah pawagam. Ia dianggap sebagai pawagam mewah di mana penonton berasa paling selesa berbanding pawagam lain.

3. Sci-Fi Dine-In Theater (Disney Studios)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 3 280

Pawagam ini direka dengan gaya yang sangat memukau dan mencuri perhatian. Di teater ini, terdapat tempat duduk berbentuk kereta dengan meja di hadapannya. Kerusinya kelihatan seperti kereta dan di depan kereta dibentuk seperti meja untuk kemudahan penonton.

Seluruh pengalaman berada di pawagam ini sangat berlainan seperti anda sedang memandu kereta. Dinding pawagam dipenuhi dengan pemandangan indah untuk membuat anda merasa seperti sebuah perjalanan dalam kereta.

4. Electric Cinema (UK)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 4

Terletak di Notting Hill, ia merupakan panggung wayang yang sangat cantik seperti direka oleh beberapa perancang acara yang terkenal. Persekitaran pawagam ini sangat mempunyai kelas dan menarik. Ia mempunyai lukisan khas, lampu dan cermin untuk menjadikannya lebih menarik dan indah.

Ia mempunyai kerusi kulit merah untuk orang ramai. Ia juga mempunyai katil di bahagian depan untuk penonton yang ingin melihat filem dengan pengalaman romantis. Penampilan keseluruhan pawagam ini sangat mempesona dan menarik untuk orang ramai.

5. Cineteca Matadero (Spain)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 5

Ia adalah teater filem yang sangat besar dan gah. Bumbung pawagam ini dipenuhi dengan lampu yang menjadikannya sangat menarik. Ia dibuat pada awal abad ke-20. Reka bentuk teater ini sangat unik dan menonjol dari yang lain. Oleh disebabkan sangat tua, maka ianya diubahsuai secara kerap untuk menjadikannya lebih moden.

Ia mempunyai dua skrin dan boleh memaparkan lebih daripada satu filem pada satu masa. Orang ramai suka menonton filem di pawagam ini kerana ia dianggap sebagai bersejarah.

6. Hot Tub Cinema (UK)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 6

Ia adalah sejenis panggung wayang yang terlalu berbeza dengan suasana yang sangat inovatif. Seperti namanya, tempat duduk digantikan dengan tab panas bagi pengunjung yang datang untuk menonton filem. Orang ramai menonton filem sambil duduk di dalam tab dan menikmatinya.

Bagi mereka yang suka membasahkan diri sambil menonton filem, ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia terletak di atas bumbung dengan pemandangan London yang menakjubkan menjadikannya lebih mengagumkan untuk penonton. Ia lebih terkenal digunakan pada musim panas berbanding dengan musim-musim yang lain.

7. Cine Gold Plex Cinema (Bahria Town Pakistan)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 7

Bahria Town adalah sebuah komuniti di Pakistan dimana terdapat pawagam mewah yang dinamakan Cine Gold Plex. Ia merupakan pawagam yang sungguh mewah serta kelihatan seperti hotel.

Reka bentuk dinding dan lantainya juga sangat menarik. Malah, caj yang dikenakan di pawagam ini sangat berpatutan dengan kemewahan yang disediakan.

8. Le Grand Rex (Paris)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 8

Ia adalah pawagam yang sangat sejuk mata memandang kerana dibuat dengan tema menarik berkonsepkan dua warna iaitu merah dan kuning air. Grand Rex dianggap sebagai pawagam terbesar di seluruh Eropah. Ia mempunyai kapasiti duduk yang besar dan dapat menampung hampir 2500 orang pada satu masa yakni merupakan perkara yang tiada tolok bandingan untuk mana-mana pawagam.

Keseluruhan pemandangan panggung wayang ini kelihatan seperti sebuah istana. Ia dibuat seperti sebuah auditorium yang mempunyai tangga yang berbeza seperti tempat duduk. Susunan kerusi amat mempunyai kelasnya yang tersendiri dimana setiap penonton dapat melihat skrin dengan mudah.

9. Orange Cinema Club (China)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 9

Masyarakat Cina sememangnya dikenali suka menunjukkan kebudayaan dan nilai di negara mereka. Mereka juga tidak mahu belajar Bahasa Inggeris sebaliknya hanya mahu bercakap bahasa Cina.

Begitu juga dengan pawagam mereka yang juga dibina dengan cara yang sama seperti budaya mereka. Panggung wayang ini menawarkan mereka persekitaran mewah di mana penonton dapat menikmati makanan atau minuman sambil menonton filem.

Hampir keseluruhan teater ini berwarna oren yang merupakan sebab ianya diberi nama Orange Cinema Club. Di dalam pawagam ini, pengunjung dapat merasakan seolah sedang duduk di sebuah kafe kerana susunan tempat duduknya diilhamkan oleh kafe dan lain-lain lagi.

10. Transatlantyk Festival (Poland)

senarai 10 panggung wayang paling mewah di dunia 10

Ia merupakan sebuah pawagam yang terlalu mewah. Ia kebanyakannya dibuat dalam festival untuk menarik lebih ramai penonton dan meningkatkan trend menonton filem di teater. Susunan tempat duduk di dalamnya sangat mewah dan pengunjung dapat menonton filem dengan amat selesa.

Di panggung wayang ini, setiap keluarga atau pasangan mempunyai katil peribadi yang berasingan dan juga mempunyai langsir untuk mengekalkan privasi. Ia juga mempunyai sistem muzik khas di setiap bilik peribadi bagi menikmati filem yang ditayangkan sepenuhnya.

Pengunjung pawagam ini menonton filem dengan sangat selesa kerana katil yang tersedia untuk mereka. Ia juga menawarkan untuk memilih bilik sama ada terbuka atau tertutup mengikut keperluan tersendiri.

Rujukan: Most Luxirious Cinema




Hakcipta iluminasi.com (2017)