google 932

Ya, benar. Bagi pengguna telefon pintar Android, Google telah merakamkan dan menyimpan segala aktiviti anda selama ini tanpa anda sedari selama ini. Perkara ini melibatkan mereka yang mempunyai akaun Google yang dilog masuk. Jika sebelum ini terdapat sebuah artikel yang mengupas mengenai isu bagaimana Google Maps menjejaki ke mana sahaja anda pergi melalui 'history' lokasi anda, kini isu ini menjadi lebih serius. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

ok google

Google bukan sahaja menyimpan rekod lokasi di mana anda pernah berada, tetapi termasuk segala aktiviti yang anda lakukan menggunakan telefon pintar anda. Ya, segalanya. Daripada anda membuat carian di Google, melayari Facebook dan Instagram, berbual di Whatsaap, hinggalah ke merakamkan suara anda jika anda menggunakan aplikasi carian suara "Ok Google". Mengerikan bukan?

rakaman suara ok google 458

Jadi, anda boleh mendengar semula rakaman suara anda dalam segala pencarian yang pernah anda lakukan melalui aplikasi "Ok Google" dengan klik pada link ini.

Segala aktiviti anda yang disimpan ke dalam pangkalan data Google hanyalah jika anda log masuk ke dalam akaun Google anda. Jika anda mahu melihat segala maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti anda yang direkodkan dan disimpan oleh akaun Google anda, klik pada link ini. Contoh paparan adalah seperti foto di bawah.

my activity google

Cara untuk memadamkan rakaman suara atau aktiviti anda

cara untuk memadam 117

Jika anda mahu memadamkan segala rakaman suara atau aktiviti anda yang disimpan, mudah sahaja. Klik pada simbol 3 titik di bucu kann aktiviti tersebut dan pilih padam (delete).

Cara untuk halang Google daripada rekod dan simpan pada masa akan datang

Jangan risau, jika anda seorang yang sangat bimbangkan privasi anda, sudah tentu terdapat cara untuk anda menghalang Google daripada sewenang-wenangnya berbuat demikian. Ikuti langkah dibawah :

1. Buka "My activity" anda.

2. Klik pada "Activity control" di sebelah kiri paparan.

padam aktiviti

3. Klik pada butang suis di sebelah kanan bagi menyahaktifkan fungsi tersebut.

nyahaktifkan fungsi rekod aktiviti 155

4. Juga ulang langkah 3 bagi fungsi-fungsi lain seperti history lokasi, maklumat peranti, aktiviti suara dan audio dan juga history tontonan dan pencarian di youtube yang terletak di bawah.

Jadi, mulai dari sekarang anda lebih selamat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)