Oleh pada 18 Jul 2017 kategori

selepas lagu datuk seri vida i am me jadi tular ini pula pendedahan edry kru 1

Kredit foto: Youtube Previewdrama 


Nampaknya percubaan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) untuk menjadi penyanyi sudahpun membuatkan hasil.

Video lirik single sulungnya, I Am Me sehingga kini telah mendapat lebih 350,000 tontonan di laman Youtube hanya dalam tempoh 5 hari selepas dimuat naik.

Rata-rata netizen terhibur dengan lagu berkenaan yang mana melodinya dikatakan "mudah tangkap", ringkas dan mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Malah, ada juga yang menyifatkan identiti lagu tersebut mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya untuk menjadi tular dengan mudah.

Pencipta lagu, Edry Abdul Halim ketika ditemui di sesi pembikinan muzik video I Am Me turut mengakui hal berkenaan.


selepas lagu datuk seri vida i am me jadi tular ini pula pendedahan edry kru 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

DSV memang diketahui seorang individu yang sukakan perhatian, jadi saya sengaja mahu menjadikan lagu itu tular sesuai dengan imejnya. Selepas merakamkan lagu tema sebuah rancangan realiti sebelum ini, dia menghubungi saya baru-baru ini menyatakan hasratnya mahukan sebuah lagu berbahasa Inggeris. Jadi, saya ambil lirik dan melodi yang ringkas untuk menceritakan tentang cara membina keyakinan diri. Dirinya sendiripun lambang keyakinan seorang wanita dan I Am Me sangat sesuai dengannya.

Sumber: Astro Gempak

Terdahulu, lagu I Am Me dilancarkan di semua platform digital iaitu pada Jumaat lalu. Muzik video rasmi akan mula ditayangkan pada awal Ogos ini. 





tags : , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)