Oleh pada 09 Jul 2017 kategori

barbers pole

Dalam kehidupan seharian kita, pastinya kita akan melalui seharian dengan menggunakan ataupun paling kurang ternampak simbol-simbol yang terdapat di sekeliling kita. Namun, sejauh manakah kita mengetahui apa maksud dan sejarah terciptanya simbol-simbol yang sedikit sebanyak memudahkan kehidupan zaman moden ini.

iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 7 simbol yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian dan sejarah serta maksudnya.


1. Butang "On" dan "Off"

on off

Boleh dikatakan semua peralatan elektronik menggunakan simbol ini sebagai simbol menghidupkan alatan tersebut. Ia merupakan hasil daripada evolusi logik oleh rekabentu "user interface". Dahulunya, butang yang mengawal kuasa mempunyai 2 suis yang digunakan untuk fungsi "On" dan "Off". Untuk lebih memudahkan kerja, ia nombor 0 dan 1 digantikan sebagai simbol suis tersebut. Semakin dunia maju dalam teknologi, maka simbol ini telah digabungkan menjadi satu, dengan gabungan nombor 1 yang diletakkan di atas nombor 0 yang menjadikannya simbol yang kita lihat pada hari ini.


2. Bentuk hati (Love)

love

Mereka yang sedang hangat bercinta pastinya selalu menggunakan simbol ini. Ia melambangkan cinta, sayang, perasaan dan hubungan romantis pada zaman sekarang. Namun maksud sebenar bagi simbol ini adalah silphium, iaitu satu spesis adas gergasi yang tumbuh di pantai Afrika Utara berdekatan koloni Greece pada zaman Yunani purba. Mereka menggunakan tanaman ini sebagai perasa kepada makanan dan juga sebagai pil perancang kehamilan.


3. Tanda betul (Check atau Tick)

check

Semua orang tahu akan makna simbol ✔ (check) ini. Ia digunakan secara meluas lebih-lebih lagi dalam dunia pendidikan. Tanda check ini menandakan sesuatu itu betul atau sah. Sejarah penggunaan tanda ini bermula di era Empayar Roman yang pada mulanya menggunakan simbol "V". V adalah singkatan kepada perkataan "veritas" yang bermaksud betul. Namun, lama-kelamaan bentuk V itu menjadi ✔ oleh kerana ink pen yang digunakan ketika zaman itu yang tidak lekat pada kertas kerana menanda kertas dengan terlalu cepat sehinggakan bahagian awal "V" itu tidak tercatat.


4. Tiang gunting rambut

barber pole

Jika terlihat simbol ini, anda pasti tahu bahawa ia adalah kedai atau salon gunting rambut. Ia digunakan secara meluas pada zaman ini. Pada zaman pertengahan, tukang gunting rambut juga berperanan sebagai doktor bedah yang mana mereka memberikan servis perubatan daripada membetulkan keretakan tulang sehinggalah ke mencabut gigi. Simbol merah dan putih yang digunakan berasal daripada proses pengeluaran darah pesakit daripada badan sebagai tujuan terapi, yang mana merah melambangkan darah dan juga putih melambangkan pembalut bandage.


5. Pintu kecemasan

exit

Simbol ini terdapat di merata-rata tempat terutamanya di pintu keluar atau tangga-tangga di pasaraya atau pejabat. Ia menunjukkan jalan keluar terdekat jika berlaku kecemasan api atau lain-lain. Penggunaan warna hijau pada latar belakangnya melambangkan keselamatan yang sama maksud dengan warna hijau pada lampu isyarat. Ia telah dihasilkan oleh pereka Jepun, Yukio Ota pada tahun 1970 yang juga digelar sebagai simbol "running man". Ia kemudiannya digunakan secara meluas dan antarabangsa pada tahun 15 tahun selepas penghasilannya.


6. Swastika

swastika 604

Simbol ini lebih dikenali oleh dunia sebagai simbol parti Nazi Jerman yang diterajui oleh Adolf Hitler. Namun simbol swastika ini sebenarnya telah beribu tahun digunakan sebelumnya yang bermaksud "nasib baik". Ia juga bermaksud kesejahteraan dalam bahasa India purba Sanskrit. Ia digunakan oleh Hindu, Buhddha dan Jain. Namun imej simbol ini telah rosak akibat penggunaannya yang dikaitkan dengan tentera Nazi Jerman.


7. Rod Asclepius

rod of asclepius

Simbol ini biasanya boleh dilihat pada papan tanda klinik atau farmasi kerana ia dikaitkan dengan perubatan dan penjagaan kesihatan. Menurut mitos, dikatakan anak tuhan Apollo dan puteri Coronis iaitu Asclepius adalah dewa perubatan  Yunani dan mampu untuk memulihkan kesihatan dan juga menghidupkan yang mati. Simbol ular digunakan untuk melilit batang Asclepius kerana Yunani purba mengganggap ular sebagai haiwan yang suci dan digunakan dalam upacara penyembuhan. 


Sumber : Common symbols and their meanings



tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)