Oleh pada 22 Mar 2017 kategori

Ada dua jenis hasad dengki yang kita kena kawal jika kita mahu menuju ke arah masyarakat harmoni yang lebih baik tetapi selalunya hati kita mudah betul terjebak untuk sama-sama berkongsikan persepsi negatif orang ramai kerana ia sesuatu yang menyeronokkan, bukan. Berikut merupakan penerangan tentang 2 jenis hasad yang amat kerap dilakukan dalam zaman media sosial ini.

1. Orang senang vs Orang sederhana

BESARKAN TEKS     A-  A+

Orang senang up status dapat hadiah kereta kerana result SPM cantik, kita kata dia berlagak. Orang sederhana up status keluarga bawak makan sedap, kita ucap tahniah atas kejayaan.

2. Orang ada rupa vs Orang yang berwajah biasa

iluminasi tayang duit kaya 2

Orang yang ada rupa up result SPM bagus, kita kata dia dapat result tu kerana dia gunakan wajah dia untuk mintak orang ajar dia. Orang yang berwajah biasa pula, kita ucapkan tahniah dan bersyukur result bagus atas usaha sendiri.

3. Golongan-Golongan Lain

Mangsa paling teruk selalu kena hasad dengki masyarakat ni adalah mereka yang ada rupa dan ada kekayaan.

Yang selalu dijadikan bahan komedi pula, yang wajah biasa tapi ada kekayaan.

Yang selalu dianggap tak memenuhi potensi diri pula adalah mereka yang ada rupa tapi tak kaya dan berjaya.

Kalau diikut sangat kata orang ramai ni, sebenarnya menyusahkan diri sendiri juga.

Jalan paling baik sebenarnya adalah tak up apa-apa status hal-hal peribadi ke Internet supaya tak ada orang boleh memangsakan kita. Sesetengah orang Melayu kita ni, tak boleh tengok orang ada lebih sikit. Walaupun kita tau dia layak ada lebih.




Hakcipta iluminasi.com (2017)