Dalam usaha memelihara sungai dan laut daripada pencemaran, sebuah startup telah melancarkan sebuah projek yang diberi nama SeaBin.

SeaBin ada sebuah produk mesra alam yang boleh membantu mengumpulkan sampah-sarap yang sedia ada di sungai dan laut dengan mudah sekali. Ianya sangat mudah digunakan dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada alam sekitar.

Pengguna hanya perlu meletakkan SeaBin di kawasan yang terdapat banyak sampah sarap dan SeaBin akan bekerja secara automatik. Sampah sarap tersebut akan disedut ke dalam SeaBin dan apabila penuh, anda hanya perlu mengeluarkan Seabin dari air.

seabin 513

BESARKAN TEKS     A-  A+

SeaBin sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu meletakkan SeaBin di mana-mana sungai atau laut yang ingin dibersihkan dan ianya akan 'menyedut' sampah-sarap yang ada berdekatannya. Mari lihat video demo ini:

Buat masa kini, SeaBin belum lagi dijual secara komersil dan pihak pembangun produk ini juga giat melakukan kajian dan kerjasama dengan beberapa pihak yang lain. Produk SeaBin ini dijangka akan mula dijual pada musim panas 2017 ini.

Pihak pembangun SeaBin telah membuat kajian selama 4 tahun dan mereka amat positif akan kemampuan SeaBin. SeaBin juga tidak mendatangkan ancaman kepada hidupan laut di mana sepanjang kajian mereka, belum pernah lagi terdapat ikan atau hidupan laut lain yang terperangkap dalam SeaBin ini,

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi SeaBin Project.




Hakcipta iluminasi.com (2017)